Wednesday, April 20, 2011

Semalam GWM paparkan bagaimana keuntungan masyuk cukai tanah dirompak oleh kerajaan PAS Kedah. Dan seperti biasa, kerajaan PAS Kedah yang menolak dan menafikan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan 10 kali ganda.

Mungkin benar kenyataan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah bahawa pihak UUM diberi rebat cukai tanah setelah pengurusan UUM mengemukakan rayuan pengurangan cukai tanah hanya dari kerajaan negeri sebelum PAS memerintah ... BN le tu!


Terdetik dihati GWM ... Mustahil pihak pengurusan UUM tidak mengemukakan sebarang rayuan bagi pengurangan cukai tanah semasa kerajaan negeri dibawah pemerintahan PAS Kedah.

Apakah pihak UUM langsung tidak mengemukakan sebarang rayuan pada tahun 2009 dan 2010. Jika benar, maka pihak pengurusan universiti mengambil jalan mudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan PAS Kedah! ... kerana terlalu bergantung kepada perjanjian pengurangan cukai rebat tanah pada tahun 2006 - 2008!

Dan kebenaran mulai ditunjukkan ...





Apa pula jawapan 'standard' Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah ...


Besarlah punya haram jawapan kerajaan PAS Kedah! Seolah olah pihak pengurusan UUM tidak pernah menghantar surat urusan rasmi meminta pengurangan cukai tanah bagi tahun 2009 dan 2010! Lebih teruk, Naib Canselor UUMM Professor Mohammed Mustafa pernah bersemuka dengan Azizan Abdul Razak di pejabat Menteri Besar!

Memang benarlah ... kerajaan PAS Kedah sengaja tidak mahu meluluskan rayuan pengurangan cukai tanah oleh pihak pengurusan UUM untuk merompak hasil kutipan cukai tanah! Persoalan demi persoalan mula terngiang dikepala ini ...

1) Mengapa tergamak parti Islamik ini berbohong dan tidak pernah melayan malah meluluskan rayuan pihak universiti.

2) Kemanakah pula disalurkan keuntungan hasil wang kutipan cukai sebanyak RM 3.3 juta dalam tempoh 2 tahun!

Azizan Abdul Razak ... anda Pembohong Besar!



9 comments:

Cicit Maharajalela said...

Salam bro,
Jemput ke blog saya:

gerakanantidap.blogspot.com

Terima kasih

Unknown said...

SALAM CICIT MAHARAJALELA ... DAH TENGOK DAH!

KITA LINKKAN BERSAMA BLOG UNTUK PERJUANGAN SETERUSNYA.

SELAMAT MENGGANYANG PEMBANGKANG!

pacat said...

PAS bersongkok putih masih boleh putar belit fakta dan kenyataan! dasar ular tul la!

Unknown said...

BUKAN STAKAT ULAR PACAT! DASAR PENIPU!

hangkedee said...

Buat kerja cara Islam lah tu.Awat hampa tak puas hati pi lah tidur atas jalan...takebeer

Medan Tempur Kedah said...

biasa la puak pas ni..kalo x mbohong x sah..dah jd makanan harian ha..kes ni sama dgn insaniah tu..menteri besaq yg serba xtau dan xnk ambik tau ni..

Unknown said...

KUAT HANG PUNYA PERLI TU PEMUDA MELAYU KEDAH!

sudinn said...

cukai kena bayo bro, tanah kubur pun kena bayo, nak free, leh, tunggu umno hidop balik kat kedah

Anonymous said...

ntah le apa nak jadi ngan Malaysia sekarang ni... dah rayu 5 kali minta rebet, xdapat2 gak... bukannyer rayuan nak buka kelab bogel/malam... tapi utk tanah universiti utk anak2 kita pun, payah nak luluskan...