Sunday, April 10, 2011


Penyandang kerusi DUN Pending sejak 2006, calon DAP Violet Yong Wui Wui semakin resah gelisah dengan sokongan masyarakat Cina yang meningkat kepada calon BN Dr Sim Kui Hian. Ketidakseriusan calon DAP ini dapat disaksikan ketika menyampaikan ceramah dihadapan penyokong DAP ... tidak ubah seperti sedang mabuk dan berkaraoke! Tidak ada satu pun agenda membela nasib rakyat!

Slogan 'Jom Ubah Sarawak' lebih kepada retorik beliau untuk mempertahankan kerusi DUN Pending. Khabarnya masyarakat setempat semakin mempersoalkan khidmat beliau yang cukup jarang turun padang dan lebih gemar mencari publisiti dari menyelesaikan aduan rakyat.




Masyarakat Cina terutamanya mempersoalkan gaji dan elaun bulanan wakil rakyat digunakan beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang undang, bukannya membantu meringankan beban rakyat. Violet Yong lebih banyak menghabiskan masa mencatur permainan politik dalaman DAP bersama rakannya Chong Chieng Jen. Calon DAP Pending ini gemar berkunjung dan menghabiskan masa di 'nite club' bersama Chong Chieng Jen.




Apabila pilihanraya Sarawak kembali, beliau lebih banyak membuat 'walkabout' mengutip derma untuk tabung kempen DAP. Masalah serius mula melanda DAP Sarawak apabila Violet Yong kini bergandingan dengan Chong Chieng Jen untuk memperkuatkan lagi kedudukan mereka dalam parti.



Dikhabarkan, calon BN Dr Sim Kui Hian semakin mendapat tempat dihati rakyat DUN Pending. Seorang pakar kardiologi yang cukup mudah didekati. Belumpun terpilih sebagai wakil rakyat, Dr Hui Kim Sian sudah banyak membantu menyelesaikan masyarakat setempat.

Semakin kuat angin bertiup di DUN Pending yakni DAP akan tewas. Ramai ahli DAP di Pending tidak berpuashati dengan cara Violet Yong berpolitik. DUN Pending sememangnya adalah kubu kuat BN selama tiga (3) pilihanraya sebelum ini. Tidak mustahil kerusi ini akan jatuh kembali ditangan BN Sarawak.

Rakyat di DUN Pending tidak memerlukan wakil rakyat yang lebih gemar berkaraoke, mabuk dan sibuk mencari kedudukan dalam parti ... rakyat di DUN Pending lebih memerlukan Dr Sim Kui Hian sebagai wakil mereka!

1 comments:

Anonymous said...

Mana Dr Sim sekarang?