BERITA JAM 9.00 PAGI ... MUSTAFA KATA AZMIN ALI LEMAH TENAGA BATIN !?
Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.
“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.
“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.
“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini - Utusan Malaysia, 27 April 2011
Pedas dan dalam sindiran Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dengan serangan terbuka Timbalan Presiden PKR tersebut tiga hari yang lepas.
Mustafa Ali sedar parti PKR kini sedang meniti retak menanti belah. Usaha penggabungan DAP dan SNAP di Sarawak kini menambahkan lagi tekanan kepada 'De Facto Leader' PKR tersebut ... PKR semakin hilang kehormatan dimata pakatan pembangkang.
Anwar Ibrahim yang telah 'mencabul' kehormatan pakatan pembangkang sepertimana beliau mencabul 'China Doll' dalam aksi sensasi video klip seks. Rakan pembangkang semakin meluat dengan permainan politik 'Ala ABIM' Anwar Ibrahim sebenarnya.
GWM melihat kenyataan Azmi Ali yang begitu mempertahankan Anwar Ibrahim tidak lebih kepada permainan politik. Walhal Azmin Ali yang sebenarnya begitu gembira jika lambaian penjara Sungai Buloh semakin hampir dengan Ketua Umum Pembangkang.
Siapa yang bakal berkuasa dan menentukan hala tuju dalam PKR setelah Anwar Ibrahim berada di Hotel Penjara Sungai Buloh? ...
6 comments:
TERTEKAN? APA YG TERTEKAN? SIAPA YG TERTEKAN?
KALAU DILIHAT UMNO LAH YG TERTEKAN DGN MESEJ MCA SPY UTUSAN DIBOIKOT LALU MENGAMUKLAH MENTERI2 UMNO DAN PERKASA...LALU MENGAMUKLAH UMNO KPD SOI LEK...MENGAMUKLAH PROKSI UMNO IATU PERKASA BUAT DEMO...WALAU ITU HANYA LAKONAN MEREKA...
UMNO LAH TERTEKAN DGN PERKEMBANGAN SLPS PRN SARAWAK SAMPAI SUDAH BERANI MAIN SENYAP2 DGN DAP AJAK MASUK BN...
KA..KA..KA..KA..
yang tertekan adalah golongan peliwat..itu je
HE HE HE ANON 9.43AM ...
GAMAKNYA KALAU HARAKAHDAILY KELUAR ARTIKEL MINUM AIR BASUH KAKI NIK AZIZ BOLEH CUCI DOSA, MAU DIMINUMNYA ...
salam anon apr 27 9.48 am... orng umno bukan cam pas pkr n dap. org umno akan sound direct kalau xpuas hati xsuka simpan2 dlm hati.. ty umno blasah terus MCA xspt pas takut sgt ngan PKR.. huhuhu penyokong kuat peliwat negara
TERTEKAN? APA YG TERTEKAN? SIAPA YG TERTEKAN? KALAU DILIHAT UMNO LAH YG TERTEKAN DGN MESEJ MCA SPY UTUSAN DIBOIKOT LALU MENGAMUKLAH MENTERI2 UMNO DAN PERKASA...LALU MENGAMUKLAH UMNO KPD SOI LEK...MENGAMUKLAH PROKSI UMNO IATU PERKASA BUAT DEMO...WALAU ITU HANYA LAKONAN MEREKA... UMNO LAH TERTEKAN DGN PERKEMBANGAN SLPS PRN SARAWAK SAMPAI SUDAH BERANI MAIN SENYAP2 DGN DAP AJAK MASUK BN... KA..KA..KA..KA..
kyrie shoes
jordan 13
hermes outlet
fear of god
ggdb outlet
Post a Comment