Saturday, April 16, 2011

Perkembangan terbaru di Sarawak selepas tamat proses pengundian, keputusan tidak rasmi Pehin Sri Taib Mahmud kekalkan kerusi DUN Balingian.

Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan BN mendahului Pakatan Haram seperti berikut:

BN mendahului pengiraan undi di 15 DUN

DAP mendahului pengiraan undi hanya 1 DUN
PKR mendahului pengiraan undi hanya 1 DUN
PAS .... ???? setakat bertanding dan menghabiskan wang deposit!



SINOPSIS SEHINGGA JAM 5.41 PM
JAM 4.10pm: DUN Saribas

PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006. Strategi menggunakan calon baru Muhammad Razi Sitam berjaya meningkatkan sokongn rakyat terhadap BN Sarawak.


JAM 3.58pm: DUN MERADONG

Berkemungkinan DAP mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui. Pengiraan undi menunjukkan DAP masih mendahului dengan 459 undi.


JAM 3.53pm: DUN LAYAR

BN mendahului pengiraan dengan 700 undi walaupun masih ada beberapa pusat mengundi yang belum ditutup. Adalah sukar untuk mengatasi majoriti BN. Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat Tan Sri Alfred Jabu.


JAM 3.50PM: DUN REPOK

DAP sedang mendahului proses pengiraan undi sebanyak 165 undi. Pengiraan awal menunjukkan DAP mendahului 135 undi.


JAM 3.45 PM: DUN ENGKILI

BN mendahului pengiraan undi dengan 400 undi. Ini merupakan kawasan yang ditanda 'kelabu' BN sejak awal kempen pilihanraya. Petanda baik BN Sarawak akan menguasai kembali.


JAM 3.48 PM: DUN TEBEDU

Secara tidak rasmi, PKR sedang mendahului penhiraan undi 86 undi yang ditandingi 4 parti yang lain.


JAM 3.44 PM: DUN BA'KELALAN

PKR sedang mendahului pengiraan undi sebanyak 200 undi.


JAM 3.35PM: DUN BAWANG ASSAN

BN sedang mendahului pengiraan undi sebanyak 245 undi.


JAM 3.33 PM: DUN SEBUYAU

BN sedang mendahului pengiraan undi sebanyak 1,118 undi.


JAM 3.33 PM: DUN TANJONG DATU

BN sedang mendahului pengiraan undi sebanyak 547 undi.


JAM 3.30 PM: DUN SADONG JAYA

BN sedang mendahului pengiraan undi sebanyak 256 undi.


JAM 3.24 PM: DUN BETING MARO

Dikhabarkan BN sedang mendahului dalam proses awal pengiraan undi.


Terus bersama GWM untuk keputusan tidak rasmi dari semasa ke semasa, dan keputuan rasmi jam 8.00 malam ini.



1 comments:

Anonymous said...

WAHAI ORANG ISLAM...

DAP MAKIN JADI DINASOR PAKATAN

PAS,Parti Melayu yg TETAP JADI GURKA PAKATAN...

OLEH:BUDAK DARJAH 6 TAK RETI MATHEMATIK..