Sunday, April 17, 2011

Pilihanraya Sarawak sudah melabuhkan tirainya. BN kekal memegang tampuk pemerintahan di Sarawak juga berdasarkan undi rakyat dan amalan demokrasi. Nyata propaganda mainan Anwar Ibrahim dan parti pembangkang tidak menjadi satu realiti. Apa yang menarik pada pilihanraya Sarawak kali ini, sejauh manakah tahap relevan dua 'heavyweight' pemimpin politik ... Pehin Sri Taib Mahmud dan Anwar Ibrahim?

Masihkah relevankah Taib Mahmud terus kekal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah 30 tahun berada dipuncak? Atau ... Anwar Ibrahim sudah semakin tidak relevan lagi sebagai Ketua Pembangkang!

'Pembunuhan Karier Politik' Taib Mahmud bukanlah sesuatu yang baru, Tun Dr Mahathir (TDM) turut mengalami nasib yang sama setelah memegang jawatan Perdana Menteri selama 20 tahun lebih. TDM mengambil langkah mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri walaupun khidmat beliau masih lagi diperlukan. Begitu juga dengan Taib Mahmud ... beliau turut berjanji untuk mengundurkan diri dari terus memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Bukan mudah ... mencari pengganti yang mampu kekal relevan dan efisyen dalam memacu Sarawak sebagai negeri termaju di Malaysia! Secara dasar, GWM masih lagi belum nampak bakal pengganti yang berkaliber seperti beliau.

Negeri yang mempunyai keluasan 124,450 km persegi, penduduk seramai 2.4 juta dibangunkan secara sistematik dalam tempoh 30 tahun oleh kerajaan negeri Sarawak, Pehin Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Carta dibawah (Laporan Ketua Audit Negara) adalah fakta pemerintahan beliau yang cekap dan berwibawa dalam menguruskan dasar fiskal kewangan negeri. Cukup jauh jika dibandingkan dengan negeri yang dikuasai pembangkang!







Begitu juga dengan keputusan pilihanraya Sarawak kali ini.



Parti PBB yang dinaungi Pehin Taib Mahmud menang kesemua kerusi yang dipertandingkan melainkan SUPP yang hanya memenangi 6 dari 19 kerusi (31.5%). Parti PRS memenangi 8 dari 9 kerusi (88.9%) dan parti SPDP memenangi 6 dari 8 (75%) kerusi dipertandingkan.

Pilihanraya Sarawak kali ini memberi 'signal' tersembunyi cukup kuat disebalik kemenangan BN dengan majoriti 2/3 ... kurangnya undi masyarakat Cina! Sesuatu yang perlu diberi perhatian serius atau sememangnya 'trend' baru kaum Cina mahu menguasai politik di Sarawak!

Tidak adil 100%, jika dikatakan Pehin Taib Mahmud bertanggungjawab sepenuhnya dengan kekalahan beberapa kerusi kepada pembangkang. Namun, kekalahan George Chan Hong Nam adalah tamparan terbesar bagi Pehin Taib Mahmud ... apakah SUPP sudah tidak lagi relevan sebagai parti untuk masyarakat Cina!

Apa yang berlaku di Sarawak adalah sama seperti yang berlaku di Semenanjung. Parti MCA dan Gerakan tidak lagi dilihat menjadi suara dan nadi masyarakat pertengahan dan bawahan kaum Cina ... parti ini dinobatkan sebagai parti elit kaum Cina! Mungkinkah SUPP juga bakal dinobatkan sebagai parti elit Cina Sarawak dan mengalami nasib yang serupa!

Peningkatan undi DAP dikawasan bandar lebih bersifat kepada sokongan 'ultra chauvinist'dan 'racist'. DAP bijak membakar sentimen kaum Cina ... masyarakat Cina kononnya bakal menjadi kaum paling minoriti walaupun menguasai kek ekonomi negeri Sarawak. Ini fakta!

Sebagai Ketua Menteri Sarawak, Pehin Taib Mahmud perlu segera tunaikan setiap janji semasa kempen pilihanraya rancak dijalankan. Setiap projek perlu diperincikan, disalurkan dan diagihkan secara telus kepada rakyat. Bahaya! ... jika masih terdapat segelintir 'puak' yang membolot kek ekonomi rakyat.

Apa yang GWM nampak sepanjang pilihanraya ini, tahap professionalisme dan keberkesanan wakil rakyat yang dilantik perlu dipantau secara serius. Kemenangan PR Sarawak merujuk kepada calon terpilih BN Sarawak yang cukup mudah didekati rakyat. Penduduk tempatan mempunyai akses mudah untuk kemukakan masalah setempat dan peribadi.

Memang benar, masih lagi terdapat suara yang mempertikaikan apa perlu Pehin Taib Mahmud kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak? Sudahlah tu! ... tak cukup lagi ke! Diktator! Nak Tongkat Langit pulak!


Pada GWM, ini adalah hak rakyat Sarawak! Ini adalah hak kabinet beliau! Perkembangan politik di Semenanjung berbeza dengan 'politicking' di Sarawak ... cukup berbeza! Seperti di awal artikel ... beliau sudah berjanji akan turun dari takhta pemerintahan kelak.


Namun, GWM cuma mahu paparkan 'track record' beliau selama 30 tahun sebagai rujukan:

1) Seorang berbangsa Melayu Melanau (bukan kaum majoriti di Sarawak) mampu menyatupadukan lebih 40 'sub ethnic'di Sarawak ... baik Iban, Melayu, Melanau, Cina, Penan, Orang Ulu, Kayan, Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Sebob dan lain lain.

2) Kewujudan SCORE (KORIDOR TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI SARAWAK) sebagai sumber tenaga baru mampu menjadikan Sarawak sebagai pendahulu negeri yang mencapai status negeri termaju disamping pertumbuhan ekonomi.



Fakta - pelaburan luar sebanyak USD 30 billion telah dimeterai. Tambahan dari SCORE, pelabur China (Acacia Cellulose International) telah melabur sebanyak USD 11 billion dan pelabur dari negara Arab (Asia Zincox Resources) sebanyak USD 7 billion bagi sumber tenaga baru ini.



3) Pengurusan sumber semulajadi yang cekap, LNG dan minyak. Sarawak juga sebagai pengekspot terbesar kayu balak didunia. Statistik UN (United Nation) menganggarkan ekspot mencecah 4,109,000 m³ diantara tahun 1996 ke 2000.



4) Pelancongan sebagai pemacu terbaru ekonomi Sarawak. Tahun 2010 sahaja memperlihatkan negeri ini dilawati dalam anggaran 3,270,655 pelancong luar dan dalam negeri. Pada tahun 2011, kerajaan negeri semakin aktif mempromosi 'direct flight' dari Jepun dan Korea kerana dianggarkan 4 juta pelancong akan tiba.



5) Usaha kerajaan negeri mewujudkan 'The Rainforest World Music Festival' selama 3 hari berturut turut dalam setahun. Festival muzik ini mempamerkan bengkel muzik, pertunjukan kebudayaan tempatan, kraftangan, produk makanan tempatan. Festival ini sudah menjadi suatu pesta kebudayaan paling terbesar di Malaysia yang mampu menarik 30,000 pengunjung dalam sehari.


Masih belum terbuka mata dan minda ... mengapa Anwar Ibrahim begitu terdesak mahu merampas pemerintahan kerajaan negeri Sarawak!



Bersambung ... (Anwar Ibrahim ... relevan atau tidak!)... Tak relevan pun sebenarnya!



3 comments:

Anonymous said...

Anwar Al-Juburi @ Al-Tantuya memang hebat pasal main depan belakang... tidak ada mana2 tokoh politik Dunia yang menyamai rekod nya dlm hal2 balun-membalun... ptuiih!!

Anonymous said...

biasalah bro... benda dah jadi kedai semua org berebutlah...

dulu masa penuh hutan, tak de siapa pun nak... pernah sampai satu ketika, 7,8 kerusi boleh menang tanpa bertanding, sbb tu kawasan pedalaman.

sudinn said...

tahniah taib mahhamud:
1. berjaya petahan tanah sarawak
2. berjaya tahan umno masuk sarawak lagi 5 tahun
3. saja saja hilang 8 kerusi lagi (lapan wa cakap luu broooo)
padan muka pas:
1. pi kempen pakai duit kocek sendiri,ayag liog sendiri, tak pasai pasai, tak semena mena dapat 9719 undi overall. as a beginner it a very good start. keep it up. tapak already there. not as Umno habuk pon tarak laieeee.