GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/03/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PAKATAN HARAM TUMBANG AWAL SEBELUM PILHANRAYA SARAWAK BERMULA !

| Sunday, April 3, 2011

Anwar Ibrahim bakal menyaksikan Pakatan Rakyat tewas lagi pada setiap pilihanraya dan tidak terkecuali pada pilihanraya Sarawak kali ini. Parti SNAP sudah berpatah arang dengan politik jijik PKR. Ditambah lagi dengan konflik dalaman ADUN Padungan dengan Pakatan Rakyat.

Presiden parti SNAP Edwin Dundang telah mengesahkan tiada lagi perbincangan mengenai pembahagian kerusi di antara SNAP dan PKR. Cukup jelas, SNAP tidak akan bekerjasama lagi dengan Anwar Ibrahim yang gemar membuat keputusan ala Hitler tanpa mengadakan rundingan secara jujur. Parti SNAP nekad meletakkan calon mereka dan bertanding di 27 kerusi sebagai lambang protes terhadap permainan politik sempit Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.



Tamparan paling besar apabila SNAP dituduh berkomplot bersama BN untuk menumbangkan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan imej Anwar Ibrahim di Sarawak. Sebagai parti tertua, Edwin Dundang merasakan tindakan membabi buta PKR telah menghina parti tersebut dan intelektual rakyat Sarawak. Tidak logik bagi sebuah parti yang baru bertapak di Sarawak bertanding di 51 kerusi DUN tanpa menunjukkan sebarang rekod yang boleh dibanggakan.

Keadaan semakin teruk apabila ADUN PKR Padungan Dominic Ng menzahirkan Anwar Ibrahim adalah dalang utama komplot Baru Bian dan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang berusaha keras membunuh karier politik beliau dan ADUN Batu Lintang Voon Lee Shan.



Tanpa berselindung, beliau mengugut akan bertanding atas tiket BEBAS memandangkan 'tindakan pengkhianatan' Anwar Ibrahim bukan sekali, malah Dominic Ng telah dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sarawak oleh Anwar sendiri.

Dominic Ng diberitakan mempunyai pengaruh besar dan kuat dikalangan masyarakat Cina di Padungan dan turut mempunyai sejarah bertanding sebagai calon BEBAS dalam pertarungan tiga penjuru. Langkah tempang Anwar Ibrahim bakal menjerut leher PKR dan DAP.

Jika benar, DUN Padungan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, DAP dan BEBAS. BN Sarawak yang paling beruntung kerana undi kaum bumiputera sudah berada dalam genggaman. Perpecahan undi masyarakat Cina kepada tiga kelompok bakal menyaksikan kemenangan mudah BN dan merampas kembali kerusi tersebut.

Kerusi empuk di Putrajaya telah lama hilang dari bayangan dan pandangan mata beliau. Dan Anwar Ibrahim juga sudah boleh melupakan hasrat untuk menduduki takhta sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.



ANWAR IBRAHIM DILANDA SINDROM KETAGIHAN SEKS !

|

Anwar Ibrahim nyata mengalami sindrom ketagihan seks (sexual addiction syndrome) yang melampaui fitrah lelaki normal. Aksi Anwar Ibrahim dalam video seks sudah cukup menjelaskan ketagihan yang melanda dirinya.

Sudah semakin ramai selebriti dan ahli politik menghadapi gejala sosial ini. Rakyat mungkin tidak begitu hairan jika Tiger Woods dan Silvio Berlusconi dikenalpasti mengalami ketagihan seks ... peradaban Barat sememangnya menghalalkan gejala ini. Dan mereka ini adalah lelaki normal yang berkahwin dan mempunyai anak.



Menurut Perunding Terapi Ketagihan, Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, Chris Sekar, seseorang yang dikenal pasti mengalami ketagihan terhadap sesuatu seperti seks akan bersikap untuk menafikan tabiatnya itu.



Baik Tiger Woods, Silvio Berlusconi dan Eric Benet ... kesemuanya menafikan tabiat ketagihan seks biarpun mengidap penyakit yang memerlukan rawatan secukupnya. Apakah penyebab berlakunya sindrom ketagihan seks (sexual addiction syndrome)?



Jika mengikut definasi di atas, nyata Anwar Ibrahim mengalami sindrom ketagihan seks meruncing! Ketiga tiga unsur ini (obsessive-compulsive disorder (OCD), narcissistic personality disorder, manic-depression) terpancar melalui watak dan peribadi Anwar Ibrahim ... sanggup mengambil risiko yang tinggi hanya untuk memenuhi kehendak nafsu! ...hypersexual!

Beliau dilihat mempunyai dua perwatakan berbeza (dual personality). Dalam suatu masa diangkat sebagai baik dan warak namun masih mencari jalan untuk melepaskan nafsu biar apa sekali pun halangan. Masalah ketagihan beliau mampu memudaratkan agama, negara dan rakyat.



Anwar dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal ketagihan dan keinginan seks yang luarbiasa. Dan insan yang paling layak untuk memujuk beliau adalah Wan Azizah.

Masih belum terlewat bagi Anwar Ibrahim untuk menjalani rawatan dan diselamatkan dari nafsu buasnya.



GEMPAR ... PAPA GOMO DIPUKUL ! ... HANYA KERANA SELAMATKAN GADIS PROMOTER MILO !

|

Perjuangan Papa Gomo ke Sarawak mungkin tertunda untuk beberapa hari. GWM baru kembali dari menziarahi sahabat baik ini di HKL jam 11.50 pagi tadi. GWM menerima berita sms dari blogger Badut Rakyat jam 11.00 pagi.

Ramai juga para sahabat blogger yang bertanya khabar dan menjengah keadaan Papa Gomo di Unit Rawatan Luar HKL. GAP, HOUSE PK, Dr NOVANDRI, MELAYU CINDIA, RBF, USIN LEMPOYANG, FLYING KICK, PISAU.net, sahabat UMNO Wangsa Maju dan beberapa sahabat blogger lain. GWM sempat bertanya kepada MELAYU CINDIA apa sebenarnya yang berlaku ... kelihatan GAP dan HOUSE PK agak suram dan muram ... tak banyak bercakap!

Hanya disebabkan salah faham kecil di antara PAPA GOMO dan boyfriend promoter gadis milo, beliau dipukul dengan helmet. GWM kurang mengerti apa yang MELAYU CINDIA ceritakan.

GWM menemui PAPA GOMO ... luka di kepala dan tangan kanan berbungkus!



PAPA GOMO cuba meleraikan pertengkaran di antara sepasang kekasih di hadapan Jaya Jusco Wangsa Maju jam 8.00 pagi tadi. Khabarnya PAPA GOMO ke ATM untuk mengeluarkan wang bagi perbelanjaan ke Sarawak. Sangkaan PAPA GOMO, pasangan lelaki tersebut seperti mahu menampar kekasihnya. Ditepis tangan lelaki tersebut dan PAPA GOMO memberi amaran untuk bersikap 'gentleman' terhadap wanita.

PAPA GOMO tidak menyangka tindakan ikhlas untuk meleraikan pertengkaran dibalas dengan hentakan helmet di kepala dan tangan kanan. PAPA GOMO bernasib baik kerana ramai orang yang lalu lalang berlari mengejar lelaki tersebut. PAPA GOMO hanya tersenyum melihat kedatangan GWM melawat beliau di Unit Rawatan Luar HKL.

PAPA GOMO akan mengalami kesukaran untuk blogging dengan tangan kanannya berbalut. Namun seperti ada tanda puas dimuka PAPA GOMO. PAPA GOMO menunjukkan sekeping gambar dari beg kamera untuk ditunjukkan kepada GWM. "Bro ... awek promoter MILO kasi gambar kat gua, mantap!". GWM tersenyum kerana tahu dengan perangai sahabat seorang ni. "Kasi tunjuklah Bro ... cun ke?". PAPA GOMO hulurkan gambar tersebut pada GWM seraya berkata "Amacam ... Mantap tak!"


Allah ... ini bukan gadis GOMO! Ini SOTONG KUDETA Bro! PAPA GOMO hanya senyum meleret kepada GWM.



GOMO, GOMO ... Memanglah awalan nama SOTONG ni MILO. Ini blogger pembangkang ... MILOSUAM! Sah! ... kawan aku ni dah biol dengan hentakan helmet di kepala. GADIS dengan SOTONG sudah tidak tahu bezanya. Fuh! .. Jahanam!

Blogger PAPA GOMO telah mengambil alih kedudukan GAP yang telah mengungguli carta TOP RANKING BLOGGER 100 PRO BN ... Dan dibawah adalah lampiran senarai carta bagi 2 April 2011.






NOTA :

Carta TOP RANKING 100 PRO BN ini adalah inisiatif blogger blogger pro kerajaan yang tidak lagi mahu bergantung kepada blog TOP RANKING. Dipercayai blog TOP RANKING sebenarnya dikendalikan oleh blogger pro pembangkang berdasarkan sumber maklumat yang diperolehi.

Blogger TOP RANKING dipercayai menjadi tulang belakang bagi blog yang banyak mencemarkan nama Perdana Menteri DS Najib dan DS Rosmah.


P/S : Gomo ... Sorrylah! Lu jadi mangsa gua lagi! Selamat menjalankan tugas di Sarawak! Dan para sahabat blogger yang sudah berada di Sarawak ... selamat menjalankan tugas!

NOTA 2:

Khilaf, Ranking bagi no 44 hingga 46 tertinggal, sorry bro Perak Today, Angin Perubahan & Alehkayong ... tidak disengajakan!



KU LI KHIANATI UMNO LAGI ... HINA DS NAJIB & TUN DR MAHATHIR, BELA ANWAR IBRAHIM !

|

Masih belum luntur sedikitpun nafsu anak kerabat diraja ini mahu menduduki takhta sebagai Perdana Menteri sekalipun sudah dimamah usia.

Tidak mustahil jika Ku Li sudah bersedia menggantikan Anwar Ibrahim jika 'Anugerah Tuhan' ini bakal mendiami sekali lagi Penjara Sungai Buloh! Dan apabila Ku Li mula 'menawarkan pembelaan' kepada Anwar Ibrahim berkaitan isu video seks, semakin jelas arah politik yang bakal diambil bekas Naib Presiden UMNO ini suatu masa dahulu.

Bagi mereka yang masih baru mengenal dunia politik, kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO juga adalah atas usaha yang dibuat oleh Ku Li. Tun Abdul Razak telah melihat pengaruh Anwar (crowd puller) semasa di universiti lagi, lalu meminta Ku Li melamarnya masuk UMNO. Walaupun pada awalnya Tun Dr Mahathir (TDM) tidak setuju tetapi akhirnya beliau berubah fikiran menerima Anwar Ibrahim atas pandangan Tun Abdul Razak.

Tuduhan Ku Li bahawa Tun Dr Mahathir sebagai pencetus politik fitnah dalam UMNO lebih dilihat sebagai pembelaan percuma terhadap Anwar Ibrahim, yang telah lama beliau kenali rapat sebelum menjadi 'The Golden Boy' TDM.



4 Februari 1988, tarikh keramat UMNO dibunuh oleh Ku Li dan Kumpulan 11 akibat percaturan kuasa, kegagalan dan kekecewaannya menjadi Presiden UMNO pada pemilihan tahun 1987 setelah tewas kepada TDM. Kumpulan 11 ini jugalah terdiri dari juak juak Ku Li yang mengheret UMNO ke mahkamah. Hakikat ini adalah satu bukti hidup!

Jika hakikat di atas bukan satu bukti hidup, tidak mungkin kerana hanya cawangan UMNO tidak berdaftar menjadikan UMNO tidak sah. Hakikatnya Ku Li dan Geng 11 beliau yang mengheret UMNO ke mahkamah menyebabkan kematian UMNO! Dan kini, Ku Li sekali lagi bermain 'politik longkang' dengan Anwar Ibrahim!

Apa rasional beliau mempertahankan Anwar Ibrahim akibat perbuatan gelojoh seks 'China Doll Anugerah Tuhan' ini cukup memeningkan dan meloyakan. Ku Li mampu membisu dan memekakkan telinga apabila ditanya mengenai serangan seks Anwar Ibrahim terhadap DS Najib dalam kes Altantuya namun sanggup bergolok gadai mempertahankan Anwar Ibrahim dari serangan seks.



Pendirian Ku Li yang menjadi 'Ahli Politik Pekak & Bisu Sementara' apabila Anwar Ibrahim menjaja dalam setiap ceramah bahawa DS Najib mempunyai anak luar nikah hasil hubungan dengan Altantuya, menyerlahkan lagi belang dan nafsu politik beliau yang tidak pernah kunjung padam. Ini merupakan satu penghinaan besar Ku Li terhadap DS Najib.

Bukankah pelik ... setiap pembongkaran 'politik longkang' terhadap Anwar Ibrahim didedahkan sendiri oleh bekas kenalan rapat dan penyokong beliau, Ku Li sanggup pula menjadi bisu dan pekak tanpa membela DS Najib. Tidak mustahil rentetan kekecewaan Ku Li yang gagal merebut kerusi Presiden UMNO dari TDM tahun 1987 ... gagal merebut kerusi Presiden UMNO dari DS Najib tahun 2008, memungkinkan beliau akan berkompromi dengan Anwar Ibrahim!



Tiada yang mustahil bagi pengasas parti Semangat 46 ini. PAS pernah menjadi sahabat utama dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan DAP turut menjadi sahabat paling kanan dalam Gagasan Rakyat.

Dan tidak mustahil jika sekiranya Tengku Razaleigh ... sekali lagi akan mengkhianati UMNO!



GEMPAR ... BLOGGER PRO KERAJAAN DI PUKUL !

|


GWM akan mendedahkan tragedi sahabat blogger pro kerajaan dipukul oleh gerombolan manusia tanpa usul periksa. Hanya disebabkan ...

Tunggu jam 1.00 petang ... segalanya akan didedahkan. Lawan tetap lawan!




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU