Singapura ... negara kebanggaan juak juak parti PAS. Blog blog pembangkang khasnya cukup memuja dan teruja dengan sentuhan Lee Kuan Yew menjadikan Singapura lebih maju dari Malaysia.
Kononnya ... masyarakat Melayu terbela dibawah pemerintahan kerajaan PAP Singapura, abang kandung DAP! Kebajikan masyarakat Melayu dibawah naungan Lee Kuan Yew lebih terbela jika dibandingkan dengan orang Melayu di Malaysia.
Orang Melayu di Malaysia ditindas, kebajikan diabaikan, harta dirompak dan berbagai lagi fitnah dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN dan DS Najib.
Benarkah orang Melayu di Singapura semakin hebat dan terbela nasib mereka ...
Misliah Mohd Som, bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai baki USD125.00 (selepas ditolak sewa dan utiliti) untuk menampung perbelanjaan tiga anaknya. Yuran persekolahan anak tidak dibayar berbulan lamanya. Bagaimana dengan perbelanjaan harian, makan dan minum?
Ahli Parlimen hanya memperuntukkan USD 30.00 sebulan (RM 304.70) sebagai balasan menyokong dan mengundi. Keadaan ekonomi semakin buruk, masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah sudah tidak lagi mengalami kenaikan gaji sejak 10 tahun yang lalu.
Hebat ... hebat orang Melayu di Malaysia. Kakitangan awam sudah beberapa kali dinaikkan gaji, elaun dan berbagai lagi kemudahan. Kerajaan BN terlalu bermurah hati. Tidak dinaikkan gaji nanti, disokong dan diundi pula parti pembangkang.
Sudah diberi berbagai kemudahan, masih lagi memberontak orang Melayu pada kerajaan. Ditambah pula dengan hasutan dari parti pembangkang seperti PAS yang semakin berkiblatkan DAP.
Mungkin ini yang PAS mahukan selama ini. Persetankan hak orang Melayu ... Nak harapkan Anwar Ibrahim? Wan Azizah? Heh ... anak sendiri pun menentang dan memperlekeh hak dan keistimewaan orang Melayu.
Mungkin orang Melayu perlu bergantung harap kepada parti DAP, adik kandung parti PAP Singapura ... mungkin hak dan keistimewaan orang Melayu lebih terjaga dibawah parti dominasi orang Cina ... kerana kerajaan BN terlalu kejam selama ini?
Mungkin nasib orang Melayu Malaysia akan lebih terbela seperti Misliah Mohd Som ... Melayu Singapura yang hanya diberi USD 30.00 sebulan sebagai imbuhan mengundi dan menyokong parti dominasi orang Cina!
Friday, April 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Melayu Singapura,
Memang cerita betul.Pas wajib keluar dari pakatan
TAKUT LEPAS NI VIDEO KLIP INI TURUT KENA FLAG ANON 3.03 PM!
PUAK PUAK MELAYU PEMBANGKANG NI BUTA SKIT ...
Penyokong PAS nampak sarban di atas kepala ketua2 mereka...tetapi aku nampak DAPigs di atas sarban mereka.
Nasihat aku pada PAS, keluar dari pakatan rakyat.
MUSTAHIL PAS AKAN KELUAR DARI PAKATAN HARAM ANON 3.15PM!...MUSTAHIL!
KERNA KIT SIANG, GUAN ENG & KARPAL SINGH SUDAH BERGELAR TUAN GURU! SETANDING ILMU DENGAN NIK AZIZ!
AN KENAPA PAS TA BOLEH FIKIR KALAU KITA TAK DA KUASA MACAMNA NAK TEGAKKAN SYIAR ISLAM... PAS PAS... KELAUR SAHAJA PR... MELAYU TERGADAI DEMI TUANNYA DAP..YA ALLAH LINDUNGI ISLAM MELAYU....
masih ramai kakitangan kerajaan yg tak sedar diri...berator berbaris suboh hari ambik gaji kt ATM..tapi tikam kerajaan yg bagi mereka makan dan segala gala...terutama orang Kelantan...maaf org Kelantan !bukan semua tapi kebanyakan...kata mereka itu hok kite..!
Bangang betul... Video bukan pasal Melayu je, tapi pasal org Spore yg hidup susah, tak kira bangsa. Cina pun ada. Jgn nak main isu kaum. Lu org datang sendiri Spore baru kasi komen!
dah memangbetul, cleaner kat hotel tu melayu singapore...so bila tgk melayu malaysia boleh duk 5 star hotel bukan main dia borak habis, pasal apa pasal hidup dia orang di singapura .....sebagai .......
Cina ada jugak susah tapi susah nak tgk dia orang jadi cleaner kat hotel.
kalau yang melayu singapore yang kaya he.he.he boleh bilang je...kaya lagi melayu malaysia....
ITULAH KERAJAAN SEKARANG X SEDAR APA YANG SEDANG BERLAKU DALAM SEKTOR KERAJAAN...MEMANG ORG2 KELANTAN BIJAK2 DALAM PELAJARAN DAH MEMEGANG JAWATAN TINGGI DALAM SEKTOR KERAJAAN DAN ADA YG MENGGUNAKAN KELAYAKAN MEREKA UNTUK MEMBAWA MASUK GENG2 KELANTAN KE DLAM SEKTOR KERAJAAN(X CAYA BOLEH BUAT KAJI SELIDIK BERAPA JUMLAH KAKITANGAN AWAM DARI KELANTAN)DAN MAJORITI DARI MEREKA PENYOKONG PAS(TURUN TEMURUN DARI KELUARGA)DAN MEREKA2 NIELAH YG MEMBOCORKAN RAHSIA2 KERAJAAN KEPADA PUAK PEMBANGKANG...TETAPI ADA JUGAK YANG BERKECUALI...
kalau org susah dimana mana pun ada tak kira Singapore.Orang Spore yang senang juga banyak asalkan rajin berusaha.Soal diskriminasi juga wujud,ini naluri semula jadi.Tidak ada yang adil untuk semua. Beruntunglah kamu yang dilahirkan dibumi yang bertuah,Malaysia.Takkan hilang Melayu didunia sekiranya sekelian bersatu.
Mungkin juga ada penyokong PAS yang berkobar kobar sorak sana sini tak pernah jejak kaki ke singapura.
Bagi yang pernah kesana mungkin dapat menceritakan sikit tentang kehidupan di singapura.
Nak cari makanan Halal pun dah susah terutamanya di Hotel Hotel.
Tah tah Tok Guru yg dok hotel di singapura pun dah di hidang dengan makanan yg belum tentu halal..Cina kan kuat menipu..tah tah di hidang dengan daging babi pun dia bukan tau..
Pekerja Malaysia di Singapura
Jom kacau singapork, ni dah dekat pilihanraya.
pengalaman semasa di Singapore,lebih kurang 4 tahun bekerja di negara Singapore,bab tempat tinggal jangan cakap sewa memang mahal satu bilik kecik di Singapore sama dengan sewa sebulan rumah di kl,pasal makanan halal susah nak dapat kalau ada kedai makanan halal bercampur dgn kedai2 yang tak halal.kena tanya dulu nasi lemak yang nak makan halal ker tak sbb pernah kena nasik lemak bungkus tak halal,dominasi kedai makan di sg kebanyakan dari bangsa cina,so melayu kat sg dah biasa makan di kedai cina kedai makan melayu boleh kira dgn jari,kedai makan mamak jarang2 jumpa kena tgk kawasan tu pun mahal.pendek kata bab makanan memang payah sikit di Singapore,walaupun sg maju sikit dr Malaysia,agihan kekayaan kpd rakyat tak sama rata, ada yang tak ada rumah tidur tepi bangunan.masalah sosial hancur sama hancur dgn Malaysia.apa pun bersyukur Malaysia masih OK,...MEMANG RAMAI BUDAK2 KELANTAN KERJA KAT SG,
Setuju itu pun ramai kakitangan awam masih tak sedaq diri dok kutuk kerajaan. memang depa tak ada otak dan yang ada otak fikir tak pakai otak. kepada mereka2 yang sewaktu dengannya elok lah berhenti keja dan bagi pada mereka yang lebih layak. ada berani...
betul tu anon 4:40 PM,
beruntung kami dilahirkan di malaysia. terlalu banyak nikmat yg Allah SWT berikan hinggakan ada yg mati krn terlebih makan, gemuk2 & terlajak makan...itupun masih ramai melayu yg tak bersyukur. makanan penuh mulut pun masih nak memaki hamun kerajaan!
melayu wajib bersatu krn ummah yg kuat menjadikan watan kuat!
Post a Comment