Friday, April 22, 2011

Kegagalan pembangkang membentuk kerajaan '16 September 2008' bukan disebabkan oleh Hadi Awang tetapi berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri yang merupakan liabiliti besar kepada pembangkang.

Hadi Awang dijadikan kambing hitam dalam isu '16 September' sebenarnya bertujuan menutup pembohongan Anwar Ibrahim.

"Apakah hanya kerana Hadi Awang tidak sanggup menjadi 'pelacur politik' maka Presiden PAS ini dipersalahkan. Selaku Presiden PAS, tindakan beliau tepat kerana memandangkan parti tersebut berteraskan Islam" bekas AMK SD Johari Md Yassin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan penganalisis politik Aziz Bari bahawa Hadi Awang bertanggungjawab ke atas kegagalan pembangkang merampas kuasa dari BN. - Utusan Malaysia 22 April 2011.



Siapa tidak mengenali Aziz 'Barua' Bari ... penyokong tegar Anwar Ibrahim! Anwar Ibrahim sudah tugaskan Aziz Bari untuk menjahanamkan imej Hadi Awang sebelum berlangsungnya Muktamar PAS akan datang.

Tidak hairanlah mengapa Hadi Awang menempelak media Harakah sebagai bodoh! ... kerana terlalu mengikut rentak paluan gendang musuh dalam selimut.

Rupanya Hadi Awang maksudkan 'musuh dalam selimut' PAS adalah Anwar Ibrahim! Semakin terserlah pergaduhan dua kem dalam parti PAS.

Blog blog pembangkang cukup tegar waktu ini menyerang kepimpinan dan peribadi Hadi Awang ... dikambinghitamkan!



3 comments:

Anonymous said...

Sahabat,

minta linkkan blog kawan.

www.speakerakyat.blogspot.com

Unknown said...

SALAM TUAN SPEAKER ... BLOG TUAN SUDAH KAMI LINKKAN. MOHON JASA BAIK TUAN SPEAKER UNTUK TURUT BERSAMA LINKKAN BLOG KAMI ... WASALAM!

Pssstt ... TUAN SPEAKER DEWAN RAKYAT KE NI!

Mohd said...

Kaum Cina sedar bahawa jika kaum Melayu bersatu, Cina DAP tidak boleh merampas kuasa pemerintahan di Malaysia.
Itulah sebabnya DAP beria2 menyokong PAS dan PKR utk menentang UMNO.
Puak Erdogan dlm PAS yg disogokkan duit oleh Anwar akan cuba menumbangkan puak Ulamak dlm PAS sebab puak Ulamak spt Hadi dan Nasharuddin memang mahu berkerjasama dgn UMNO utk Kerajaan Perpaduan orang Melayu. Orang Islam sangat2lah berharap supaya pemimpin2 PAS puak Ulamak akan menumbangkan puak Erdogan dalam bulan Jun ini.
Sudah2lah PAS menyokong DAP utk berkuasa memerintah Malaysia. Lihat saja di Selangor dan di Penang, apa ADUN2 PAS boleh buat dgn ADUN2 DAP, ADUN2 PAS tidak boleh membantu dan membela kaum Melayu Islam langsung. Apa gunanya dapat jawatan ADUN dan dapat gaji utk diri sendiri jikalau ADUN PAS tak boleh memberi perkhidmatan kpd kaum Melayu Islam?
PKR boleh dihapus kira sahaja. Tunggu masa aje parti Anwar ini akan hancur setelah Anwar didapati bersalah meliwat dan berzina.
Oleh itu UMNO dan PAS mestilah bersatu utk menyelamatkan kaum Melayu di Malaysia.
Melayu mudah lupa .......???????