GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/27/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

TIK TOK TIK TOK ... NAH HAMBIK ... VIDEO PART 2 CHINA DOLL !

| Wednesday, April 27, 2011















Secara rasmi, GWM mencabar Anwar Ibrahim dan Dato' Eskay untuk bersumpah Mubahalah menafikan video klip ini adalah fitnah semata mata!


DNA LELAKI Y ... AFIFA SEMAKIN HARI, SEMAKIN MERASAI AURA PAPA !

|
Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.

Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon
mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu. - Utusan Malaysia 25 April 2011



DNA Lelaki Y terbukti kepunyaan Anwar Ibrahim ... Pastinya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali paling cemas dan cuak dalam soal ini. Mengapa? ...

Azmin Ali cukup gelisah dan cemas dengan perbuatan beliau melakukan 'evidence tamping' ke atas sampel darah dalam menentukan siapa 'Papa' sebenar Afifa!

Fara Hafifah sudah terlalu lama menghirup udara tekanan dari rakan sebaya dan pihak sekolah. Fara Hafifah jugalah mendesak Shamsidar dan Azmin Ali melakukan ujian DNA menentukan siapakah 'Papa' sejati ... sedarah sedaging.

Fara Hafifah juga menjawab dalam tenang 'Let's do the test and settle the issue once and for all. We have nothing to be afraid off, if we are not wrong.'

Dan DNA pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi bakal menjadi bukti paling kukuh dalam menentukan siapa paling layak bergelar 'Papa' untuk adik Fara Hafifah!



BERITA JAM 9.00 PAGI ... MUSTAFA KATA AZMIN ALI LEMAH TENAGA BATIN !?

|


Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini - Utusan Malaysia, 27 April 2011


Pedas dan dalam sindiran Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dengan serangan terbuka Timbalan Presiden PKR tersebut tiga hari yang lepas.

Mustafa Ali sedar parti PKR kini sedang meniti retak menanti belah. Usaha penggabungan DAP dan SNAP di Sarawak kini menambahkan lagi tekanan kepada 'De Facto Leader' PKR tersebut ... PKR semakin hilang kehormatan dimata pakatan pembangkang.

Anwar Ibrahim yang telah 'mencabul' kehormatan pakatan pembangkang sepertimana beliau mencabul 'China Doll' dalam aksi sensasi video klip seks. Rakan pembangkang semakin meluat dengan permainan politik 'Ala ABIM' Anwar Ibrahim sebenarnya.

GWM melihat kenyataan Azmi Ali yang begitu mempertahankan Anwar Ibrahim tidak lebih kepada permainan politik. Walhal Azmin Ali yang sebenarnya begitu gembira jika lambaian penjara Sungai Buloh semakin hampir dengan Ketua Umum Pembangkang.

Siapa yang bakal berkuasa dan menentukan hala tuju dalam PKR setelah Anwar Ibrahim berada di Hotel Penjara Sungai Buloh? ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU