GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/23/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

SYABAS - JELAJAH 1MALAYSIA BUAT ANWAR JADI GILA !!

| Thursday, December 23, 2010
Blogger2 Wangsa Maju ingin merakamkan ucapan Syabas buat Pemuda BN dan Giat Mara atas inisiatif menganjurkan program Jelajah One Malaysia (JOM) baru2 ini merentasi 5 buah Negeri. 3 blogger Wangsa Maju yang turun padang ke program ini iaitu Blogger Gelombang Rakyat, Badut Rakyat dan Malay Delima melihat ianya merupakan salah satu langkah efektif mendekati rakyat.


Sewajarnya program kerjasama ini diteruskan dan ianya dilihat dapat meningkatkan rekod dan krelibiliti Pemuda BN yang selama ini dilihat lemah oleh masyarakat luar. 3 blogger Wangsa Maju yang melihat sendiri gerak kerja pasukan ini telah terbukti bahawa Pemuda BN amat bertenaga dalam membantu membela nasib rakyat.


Giat Mara juga tidak kurang hebatnya. Program Baik Pulih Rumah yang merupakan salah satu agenda Jelajah JOM amat berkesan dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat yang berada dalam kesimpitan hidup. Giat Mara yang merupakan salah satu penyumbang program ini mampu memantapkan lagi program Jelajah One Malaysia (JOM). Kehadiran CEO Giat Mara dengan panggilan mesra Kak Yam sedikit sebanyak memberi anjakan baru masyarakat terhadap agensi ini. Giat Mara sewajarnya diberi penghormatan atas usaha murni ini.

Masyarakat yang bersama melihat sendiri program JOM terharu dengan inisiatif Pemuda BN yang selama ini dipandang enteng sesetengah pihak akan tetapi ianya tidak seperti yang digambarkan. Pasukan Pemuda BN mampu menjayakan sebuah program Kemasyarakatan dengan jayanya tanpa mengira kaum dan kedudukan.

Semangat 1Malaysia dapat ditafsirkan melalui program JOM. Hampir kesemua parti komponen BN terlibat. Malah, apa yang lebih mengejutkan, Melayu, Cina dan India bersama2 menyambut kami dengan penuh semangat. Semangat perpaduan yang agak sukar dilihat sebelum ini. Ternyata JOM berjaya memenuhi hasrat Perdana Menteri Malaysia bagi menggalas gagasan 1Malaysia.

Kehebatan program ini sukar untuk digambarkan. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan, Kami tidak dapat menafikan bahawa, program JOM berjaya. Atas kerjasama mantap Pemuda BN bersama Giat Mara, JOM berjaya mendekati rakyat. Ianya membawa maksud apa yang diperjuangkan BN selama ini diselami melalui program JOM. Dugaan sepanjang program ini berlangsung tidak semestinya menjadi alasan untuk Melayu CinDia menafikan hal ini. Malah Melayu CinDia berani mendakwa, program JOM merupakan nadi Pemuda BN.

Di kesempatan ini, Wangsa Maju Blogger Team ingin mengucapkan Syabas buat Pemuda BN di bawah pimpinan Saudara KJ. Buat Giat Mara, anda juga tidak kurang hebatnya. Kerana tanpa Giat Mara, program ini tidak mampu berjalan dengan lancar.

Syabas Pemuda BN.. Syabas buat Giat Mara. Teruskan usaha anda menjayakan Program Jelajah One Malaysia (JOM).



Post by...

Melayu CinDia (Blog Gelombang Rakyat)

Wayne (Blog Badut Rakyat)

Man Laksa (Blog Malay Delima)

APCO : SAIFUDDIN NASUTION ... ANDA JUGA MAHU JADI PEMBOHONG ! TUTUP MULUT BUSUK ANDA !

|

GWM faham jika Saifuddin Nasution mempertikaikan langkah Nazri Aziz yang lambat mengemukakan bukti kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim memang pembohong.

Pencacai mana yang tidak akan mempertahankan bossnya. Baik buruk boss ... Saifuddin Nasution perlu pertahankan.


Langkah Saifuddin Nasution mengungkit bayaran RM 77 juta kepada APCO Worldwide memperlihatkan kebobrokan beliau cuba mengaitkan kelewatan syarikat perunding tersebut dan Nazri Aziz mengeluarkan respons terhadap bukti APCO Worldwide tidak terbabit dengan gagasan 1 Malaysia dan kempen One Israel.


APCO Worldwide telah lama menafikan pembabitan kempen 1 Malaysia melalui press release yang dikeluarkan pada 18 Mac 2010. Apa yang dilakukan oleh APCO Worldwide adalah mengeluarkan affidavit sebagai tambahan kepada bukti. Anda bodoh ke ...



Saifuddin Nasution sudah dilihat terdesak mula pertikai mengapa perlu menunggu sehingga 8 bulan untuk menjawab dakwaan Anwar Ibrahim dan menunggu sehingga bulan Disember untuk mendapatkan bukti Notari Berkanun dari Robert Shrum.


Anwar Ibrahim telah diberi ruang secukupnya untuk mempertahankan kenyataan beliau sejak Mac 2010. Malah sekali lagi diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jika benar Anwar Ibrahim mempunyai bukti kukuh pembabitan APCO Worldwide dengan gagasan kempen One Israel dan 1 Malaysia, seharusnya dan sepatutnya beliau telah mengemukakan bukti tersebut di dalam Parlimen dalam bulan Mac 2010 lagi.

Hanya disebabkan pendedahan dari Wikileaks beliau sebagai peliwat, Anwar Ibrahim kelam kabut dan tergesa gesa mula menjaja sekeping surat sebagai bukti. Bukankah itu tanda Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang bukti? Hanya serkap jarang dan pembohong besar!



GWM juga melihat kenyataan Saifuddin Nasution sebagai amat melucukan dan bodoh, kerana mendesak rakyat untuk percaya Anwar Ibrahim mempunyai bukti kukuh pembabitan APCO Worldwide dengan gagasan 1 Malaysia dan One Israel.

"Anwar ada bukti, percaya saya. Beliau menunggu sejak hari pertama untuk menunjukkan bukti itu"

Anda dan Anwar Ibrahim sama pembohong ... pembohong besar!

Rasanya perlu GWM refresh kembali apa yang keluar dari mulut Saifuddin Nasution sewaktu kekecohan Pemilihan PKR 2010. Ini penting untuk menilai sama ada percakapan yang keluar dari mulut busuk Saifuddin Nasution boleh dipakai atau perlu ditong sampahkan.


Sudah masuk 2 bulan ... sehingga ke hari ini Saifuddin Nasution masih gagal menunjukkan sebarang bukti dan fakta UMNO terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kekecohan pemilihan PKR 2010.

Saifuddin Nasution dengan rasa over confident membuat kenyataan akhbar dalam akhbar Sinar Harian, 1 Oktober 2010 menamakan individu terlibat, Abdul Razak Halidi sebagai dalang dan barua UMNO untuk mencetus kekecohan pada Pemilihan PKR di Kuala Langat.


2 bulan telah berlalu dan Saifuddin Nasution nyata adalah pembohong dan penyebar fitnah sebenar. Gagal dengan cemerlang untuk mengemukakan bukti UMNO terlibat dalam kekecohan Pemilihan PKR 2010.

Rakyat perlu meneliti dan menilai permainan wayang dan silap mata dajjal dajjal yang berada di dalam parti PKR ini. Perlukah kita juga percaya kepada manusia yang bernama Saifuddin Nasution yang jelas adalah pembohong seperti Anwar Ibrahim.

GWM : Saifuddin Nasution ... anda dengan ketua anda sama pembohong dan munafiq!

APCO : TU DIA ... PENDEDAHAN DOKUMEN PERTAMA DARI NAZRI AZIZ ... MANA DIA BUKTI ANWAR IBRAHIM !

|

Nazri Aziz ... the go getter, non bullshiting minister ... sudah mendedahkan dokumen pertama kepada umum iaitu Notari Berkanun dari Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.


Notari Berkanun ini juga menunjukkan bukti bertulis ... bukan seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang hanya mampu menjaja sekeping kertas (surat pajak gadai kot) sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat.



Anwar Ibrahim nyata tidak mempunyai sebarang bukti (tangible evidence) mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.

Anwar Ibrahim ternyata adalah ahli politik pembohong terbesar yang pernah dilahirkan di Malaysia.

GWM : Terus menunggu dokumen kedua yang akan didedahkan oleh Nazri Aziz. Well done minister, KPI anda naik!

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU