GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/11/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

AHMAD SAID GELAR MUSTAFA ALI SEBAGAI BENGAP DAN BEBAL !

| Saturday, December 11, 2010

PAS memang tidak pernah mengaku silap dan bertanggungjawab dengan segala tindak tanduk parti yang menyusahkan pihak lain sehingga terpaksa menanggung saman RM 1 billion.

Sikap suka menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak lain sudah sinonim dasar parti PAS yang berbelit belit dan berbolak balik.


Marah benar Ahmad Said dengan ketidakcekapan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2003 yang mengakibatkan BN terpaksa menanngung beban dan jumlah hutang yang cukup besar.

Dan seperti biasa Mustafa Ali menyalahkan media pro kerajaan dengan kenyataan laporan yang dikeluarkan oleh media menyalahi etika kewartawanan.


GWM kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh Mustafa Ali sebagai melanggar etika kewartawanan kerana Pengarah RiyaPadu Sdn Bhd, Ally Azwin yang membuat kenyataan akhbar kerajaan PAS Terengganu cuai dan mungkir janji terhadap kontrak konsesi pembalakan di Empangan Kedua Hulu Terengganu.

Sama seperti kes yang berlaku kepada kerajaan PAS Kelantan yang perlu membayar pampasan RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd, PAS turut meletakkan kesalahan tersebut kepada BN. Tiada kaitan langsung!


PAS sebenarnya tidak berkeupayaan untuk mentadbir sesebuah negeri. Apa yang berlaku di Kelantan jelas membuktikan PAS gagal menaikkan taraf ekonomi rakyat dan garis kemiskinan, walaupun dibarisi oleh golongan the so called professional.


Isu Ladang Rakyat Limau Kasturi, rampasan tanah orang asli di Posbrooke, rasuah untuk kelulusan tanah konsesi pembalakan, skandal penjualan tanah Yayasan IslamKelantan menunjukkan PAS sanggup bertuhankan matlamat menghalalkan cara.

Bukan sekali, sudah dua kali PAS disaman dengan jumlah yang cukup besar kerana tidak amanah dan khianat sebagai pentadbir kerajaan negeri. Apa jaminan PAS boleh mentadbir Kerajaan Persekutuan jika gagal sama sekali mentadbir negeri.



GWM: Kohilal pun tidak mampu diuruskan dengan baik, inikan pula Kerajaan Persekutuan ...

Sumber/pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29787:saman-mustafa-sifatkan-laporan-tidak-beretika&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm


TAK CUKUP KY JELLY, ANWAR IBRAHIM GUNA PULA MINYAK KELAPA SAWIT … MASYUK !

|

Makin terdesak si tua gayut ni ...! Minyak kelapa sawit pun Anwar Ibrahim sanggup bedal untuk pukul keliling.

Siapa yang tidak kenal rakan KY Jelly Anwar Ibrahim, Michael Danby. Penyokong kuat beliau dalam Parlimen Australia yang juga pejuang hak asasi golongan gay dan lesbian. Michael Danby adalah ahli Parlimen Australia pertama memantau perkembangan kes liwat Anwar Ibrahim.
Rakan lawan 'pedang' Anwar Ibrahim!

Tindakan Anwar itu jelas adalah rentetan usaha beliau terus mempertikai kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara. Jika boleh, kes ini perlu digugurkan secepat mungkin.


Untuk menambahkan lagi tekanan kepada Kerajaan Malaysia, Anwar terpaksa memanggil ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Nick Xenophon sebagai pemerhati paling baru untuk kesnya. Bukan main suka Nick Xenophon apabila ditemukan dengan rakan pembangkang dari Malaysia.



Mungkin ramai yang belum mengetahui latar belakang Nick Xenophon yang sememangnya terkenal sebagai Mr Anti Palm Oil Malaysia.


Rakan minyak kelapa sawit Anwar Ibrahim ini cukup lantang menentang penggunaan minyak kelapa sawit Malaysia di Australia. Malah beliau kerap mengadakan sidang media menghentam dan memfitnah kebaikan minyak kelapa sawit.

Nick Xenophon bertanggungjawab menjadi nadi penggerak utama rang undang undang di Parlimen bagi mengharamkan penggunaan minyak kelapa sawit di Australia.


Anwar Ibrahim semakin hebat. Tak cukup dengan rakan KY Jelly, beliau turut minta bantuan dari rakan minyak kelapa sawit. Mungkin minyak kelapa sawit lebih licin dari KY Jelly!

Dan Anwar Ibrahim sudah mempunyai sparring partner yang baru untuk membontoti beliau kemana mana.

GWM: Habis semua jenis pelicin Anwar Ibrahim bedal. Minyak kelapa sawit turut jadi modal.


sumber/pautan:
http://www.nickxenophon.com.au/media.php?id=68



PAS RAKUS DAN CEMERLANG BAZIRKAN RM 1.8 BILLION !

|

Itu adalah jumlah sebenar tuntutan saman ke atas parti PAS, parti yang dicanang sebagai tersangat adil, telus, tanpa rasuah, tanpa penyelewengan kuasa, tanpa pembohongan, tanpa itu dan tanpa ini …. parti pilihan untuk masuk ke syurga!

Rupanya indah khabar dari rupa …


31 Disember 2009
Mahkamah Tinggi Kelantan memutuskan kerajaan PAS Kelantan perlu membayar pampasan berjumlah RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian dan syarat kontrak kedua belah pihak. Kerajaan PAS telah mungkir janji dengan hanya memperuntukkan sebahagian kawasan konsesi balak kepada Timbermine Sdn Bhd yang dianugerahkan beribu ekar di Hulu Kelantan.


10 Disember 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2003, perlu membayar saman berjumlah RM 1 Billion kepada Riyapadu Sdn Bhd atas dakwaan cuai dan mungkir janji berkenaan kawasan konsesi balak di Empangan Kedua Hulu Terengganu seluas 16,587 hektar. Kerajaan PAS Terengganu perlu mengembalikan deposit RM 25 juta, bayaran faedah RM 7.55 juta dan lesen cukai balak RM 166,432.86.

PAS sudah menjadi parti Flip Flop ...! Betul betul punya Flop!

GWM tidak pula menyangka the so called ulama parti yang 'guarantee' masuk syurga ini tidak mempunyai sifat sifat Ulul Azmi Rasulullah s.a.w., Siddiq dan Amanah.

Malah mewarisi sifat yang bertentangan dengan junjungan besar ... dusta (kizbun) dan khianat dengan amanah. Sifat syaitan ...


GWM tidak mampu membayangkan wang sebanyak RM 1.8 billion terpaksa dibayar kepada dua syarikat konsesi balak, hanya disebabkan oleh penyelewengan kuasa dan pembohongan oleh parti PAS.

Sedangkan jumlah pampasan tersebut boleh dinikmati oleh penduduk di Terengganu seramai 406,317 dan 1,313,014 di Kelantan (pukul rata, RM 1,046.91 setiap seorang)

Dimana sebenarnya rasional PAS dikatakan sebuah parti yang benar benar mengamalkan ajaran Islam, jika RM 1.8 billion tergadai akibat penyelewengan kuasa, mungkir janji dan kebodohan pemimpin parti tersebut.


GWM: ULARMAK mana yang mengeluarkan fatwa ni ... memandai mandai 'chop' orang lain masuk neraka. Tidak pula diketahui pembohongan, khianat terhadap amanah merupakan fardhu ain dalam PAS!


sumber/pautan:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/courts/5393622&sec=courts


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU