GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/30/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

APABILA 'SI BENGAP' DAN 'SI BEBAL' TIDAK TAHU APA CERITA !

| Thursday, December 30, 2010

Eloklah tu ... Si Bebal kata Si Bengap tahu dan yang Si Bengap tidak tahu atau buat buat tidak tahu. Dalam satu negeri pun tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Hatta kelayakan bagaimana dilantik sebagai Menteri Besar dan ahli Parlimen cukup musykil.

Mahfuz Omar berkata beliau telah memaklumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd kepada pihak pengurusan syarikat malah kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Azizan Abdul Razak pula seperti kebingungan tidak tahu menahu perletakan jawatan Mahfuz Omar sebagai pengerusi syarikat tersebut.

Punca perletakan jawatan Mahfuz Omar kerana beliau tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.


Secara tidak langsung, Mahfuz Omar mengatakan dan mengiyakan Azizan Abdul Razak sudah mula mengamalkan nepotisme dan kronisme bagi projek projek Kerajaan Negeri.

Azizan Abdul Razak sempat mengingatkan supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai perletakan jawatan Mahfuz Omar.

Boleh tahan juga permainan wayang juak juak PAS ...

GWM : Hebat Si Bebal dan Si Bengap!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider
.com/bahasa/article/mahfuz-letak-jawatan-pengurusi-glc-kedah/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-letak-jawatan-saya-tak-tahu-apa-apa-kata-mb-kedah/


INGATKAN HEBAT ... RUPANYA MAZLAN ALIMAN PEMBOHONG BESAR !

|



Berdesup Ahmad Maslan memperincikan kronologi mengapa FELDA terpaksa membayar saman sebanyak RM 11 juta kepada berpuluh peneroka FELDA Kemahang3.

Kekalahan FELDA dalam kes saman tersebut hanyalah disebabkan khilaf yang dilakukan oleh peguambela mereka. Khilaf kerana peguambela FELDA yang beroperasi di Kuala Lumpur terlupa meletakkan tarikh keramat perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru pada 13 Januari 2008 dalam diari perbicaraan firma tersebut.

Oleh kerana hampir satu jam menunggu ketibaan peguambela FELDA, hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetap meneruskan kes tanpa kehadiran peguambela FELDA.

Agak aneh, kerana hakim tersebut hanya mendengar keterangan 3 saksi dari peneroka lantas menjatuhkan hukuman FELDA didapati bersalah atas tuduhan melakukan penipuan bagi kadar perahan minyak sawit.

Maka Mazlan Aliman dan peguambela peneroka FELDA Kemahang 3 meraikan kemenangan dengan melakukan road tour seluruh Malaysia dan mencanang FELDA melakukan penindasan terhadap peneroka.

FELDA membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh 3 hakim. Hakim ketga memutuskan FELDA berhak mempertahankan diri dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Malangnya sebutan kes di Mahkamah Perskutuan FELDA kalah dalam pembelaan atas dasar peguambela terdahulu tidak hadir untuk membela kes FELDA (Mahkamah Tinggi Kota Bharu).

Pecahlah tembelang Mazlan Aliman yang berdegar degar suaranya mencanang isu penindasan dan penipuan FELDA di setiap pelusuk Malaysia.

GWM pasti Mazlan Aliman dan parti PAS akan berterusan mencanang isu kemenangan saman peneroka FELDA Kemahang 3 atas tindakan berperikemanusiaan PAS yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka FELDA.

Yang sebenarnya, isu tersebut dipalu gendang tidak lebih dari mahu menjatuhkan imej Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai pengasas FELDA, yang merupakan ayahanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


GWM : Mazlan Aliman ... you tak nak saman Ahmad Maslan ke?

TSUNAMI 1 MALAYSIA MEMBENAM INDONESIA RAYA !

|

Sorakan Timnas, IndonesiaRaya terus ditenggelami oleh semangat 1 Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Bagai tsunami melanda, pemain bolasepak negara berjaya mengatasi gementar dari sorakan penyokong Indonesia dengan permainan paling konsisten pernah ditonton oleh rakyat Malaysia.



Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Indonesia dengan agregat 4-2. Paling menarik, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun, kekalahan skuad bolasepak Indonesia gagal ditelan oleh penyokong mahupun rakyat Indonesia.



Terlalu beremosi dan fanatik ... penyokong Indonesia memaparkan belang sebenar wajah hodoh mereka dengan panggilan yang cukup mengaibkan rakyat Malaysia.



Malingsia! ... Malingshit (Malaysia Shit) ! ... Fucking Malingshit (Fucking Malaysia Shit) !

Ini adalah gambaran sebenar majoriti rakyat Indonesia yang tidak mahu menerima kekalahan dari sebuah negara kecil dan mempunyai rakyat yang penuh toleransi.

Amat memalukan, sebuah negara yang cukup dibanggakan oleh Anwar Ibrahim sebagai negara pengamal demokrasi sebenar, nyata adalah negara paling rasis dengan jiran tetangga.

Tidak dapat menerima hakikat tewas di tangan Malaysia, mungkin kita dapat menerimanya kerana itu adalah adat permainan bolasepak. One will win ... one will lose.

Tetapi dengan mengejek dan merendahkan maruah dan martabat Malaysia, ini adalah perbuatan paling jelik dan kurang bertamaddun.

GWM : Perangai penyokong bolasepak Indonesia dan Anwar Ibrahim sama taraf dan pra matang ... gemar memburukkan Malaysia.

http://cbr250r.wordpress.com/2010/12/29/indonesia-the-real-champions/#comment-2311


FATWA 109 ... MUJAHID YUSUF RAWA SAHKAN PAS PARTI ASSABIYAH DAN NASIONALIS !

|

PAS sedang mengalami krisis identiti yang cukup teruk. Pemimpin parti tersebut semakin kabur dengan dasar perjuangan politik parti yang semakin carca marba.

Pemimpin parti yang 'moderate' lebih mempercayai konsep dan fahaman nasionalisme tidak sedikitpun bercanggah dengan ajaran Islam.

Sekaligus mengesahkan UMNO sememangnya sebuah parti berteraskan ajaran Islam sekalipun perjuangan memartabatkan bangsa (nasionalisme) sebagai salah satu asas perjuangan parti.


Mujahid Yusuf Rawa dilihat lebih rasional dan celik jika dibandingkan dengan Nik Aziz, Haji Hadi dan the so called ulama dalam parti PAS.

Beliau menolak pandangan dan fahaman yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan kafir yang tidak bercirikan Islam.





Saranan Mujahid Yusuf Rawa supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan sudah lama dilakukan oleh UMNO. Cuma PAS malu untuk mengaku bahawa UMNO tidak pernah tergelincir sedikitpun dari ajaran Islam.







Amat malang, kenyataan Mujahid Yusuf Rawa disanggah dengan pantas oleh Dewan Ulama PAS Kedah. Demi menjaga hati Nik Aziz, Haji Hadi dan beberapa pemimpin totok PAS, mereka sanggup menidakkan kebenaran kata kata Mujahid Yusuf Rawa.






PAS sudah tonggeng terbalik dengan asas dan dasar perjuangan parti. Dan sememangnya dalam Perlembagaan PAS tidak pernah sekalipun menyebut menegakkan negara Islam kerana mereka sudah tahu Malaysia memang sebuah negara Islam.

PAS sebenarnya tidak boleh menafikan bahawa matlamat perjuangan parti tersebut sememangnya untuk ke Putrajaya. Munafiq jika menidakkan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini.


Media wahid PAS, Harakahdaily langsung tidak berani mengeluarkan artikel dan memberi pandangan pemimpin mereka mengenai Mujahid Yusuf Rawa. Sikap menikus media ini jelas menunjukkan hipokrasi menutup lubang kelemahan dan perbalahan antara pemimpin parti.

Jika apa yang diutarakan oleh Mujahid Yusuf Rawa sudah membuktikan UMNO tidak pernah tergelincir dari Islam. Apa lagi alasan PAS untuk menegakkan benang yang basah.

GWM sudah berulangkali mengatakan parti PAS memang dasarnya sanggup melacurkan Islam untuk menghalalkan segala perbuatan pemimpinnya.

Berbolak balik apabila memberi pendirian. Tidak pernah konsisten dalam mengeluarkan pandangan kecuali apabila menghentam UMNO.

Dan persoalan yang paling penting ... apakah Mujahid Yusuf Rawa juga dianggap sekular dan penyokong parti PAS akan mati syahid jika berperang dengan beliau?

Ini bukan fatwa dari GWM tetapi ini adalah kenyataan, pandangan sekaligus fatwa dari Nik Aziz dan Hadi Awang. Mati syahid jika menentang Perlembagaan Persekutuan.

GWM : Sudah terang lagi bersuluh ... siapa yang melacurkan ajaran Islam demi undi wahid jika bukan parti PAS.

sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pelapis-tolak-buku-menuju-pas-baru-mujahid-cetus-polemik/


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU