GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/28/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BN DALAM BAHAYA! ... TANTAWI 'FULL SWING' DI MERLIMAU ... BN PERLU KERJA LEBIH KERAS !

| Monday, February 28, 2011

Tantawi memulakan ceramah dengan penghinaan terhadap DS Najib sebagai Boneka Amerika!


Penyokong PAS sedang menjamu selera dengan karipap dan air kopi ... malam masih belum hangat!


Ketua Pemuda PAS Melaka pula berkobar kobar melaungkan takbir dengan penuh keyakinan sambil mengkritik Ali Rustam!


Masyarakat cina tua begitu fokus mendengar ... mungkin masih menunggu laungan takbir dan 'tiket untuk ke sorga'. Sokong PAS ... dapat masuk syurga!


Khairul Anuar turut menghangatkan lagi ceramah dengan buku jingga dan penafian Anwar Ibrahim!


Penyokong PAS sedang seronok bercanda dan bersembang sesama sendiri ...


DAP ni lagi tak habis habis nak suruh Dato Sri Mohd Ali Rustam masukkan 'air con' di seluruh rumah di Melaka termasuklah rumah beliau, disebabkan cemburu melihat Balai Polis Merlimau membuat pembaharuan dan memasang 'air con' di Balai Polis tersebut.



Fokus utama gerakan serangan terhadap BN ... Pelancaran tabung mengutip derma yang dilancarkan oleh Tantawi dan di kutip oleh pemuda PAS ... masuk poket ????



Betullah tu Tantawi 'Full Swing' ... Full Swing Tido! ... ZZZZZZZ


Posted By Malay Delima

RASHID WAHAB ... "DAN KERANA PAS JUGA, SAYA MENGKAFIRKAN BAPA MERTUA SAYA" !

|

Nik Aziz tidak boleh menipu lagi, memang benar beliau, pemimpin, ahli dan juak juak PAS telah mengkafirkan sesiapa sahaja yang menyokong parti UMNO!

Malam tadi, Blogger Wangsa Maju Suara Lensa melaporkan, bertempat di Kg Kerai, saudara Rashid Wahab (mantan Lujnah MB Terengganu, Hadi Awang) yang juga orang kuat parti PAS suatu ketika dahulu, mengaku telah mengakfirkan bapa mertuanya hanya disebabkan ajaran sesat parti PAS.



Beliau juga membongkar segala penipuan dan pembohongan dalam parti PAS. "Saya masuk PAS kerana percaya masuk syurga. Dan kerana PAS juga saya mengkafirkan bapa mertua saya !" kata beliau ketika berucap. Turut hadir, Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah yang juga Pengarah Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bagi PRK DUN Kerdau.

Dalam ucapan bersemangat beliau banyak menegaskan bahawa Barisan Nasional adalah parti yang mendahulukan rakyat. Beliau mengharapkan penduduk sedar akan kegagalan parti pakatan rakyat dalam soal memerintah
.



Dalam nada tegas, beliau mahu rakyat membuat pilihan bijak dalam membuang undi dan tidak menggadaikan masa depan anak cucu. "Calon Barisan Nasional di DUN Kerdau ini bukan calang-calang orang dan beliau sudah pasti dapat memperjuangkan hak rakyat di kawasan ini," tambahnya.

Turut berucap, Dato Hassan Yaakob, Biro Penerangan Malaysia. Hassan Yaakob banyak menerangkan perancangan kerajaan dalam memperjuangkan hak rakyat. Dan pada sebelah siangnya, penduduk Kg Kerai bersama jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bersama-sama menjalankan aktiviti bergotong-royong di kampung tersebut.

Posted by SuaraLensa (Wangsa Maju Blogger Team)
http://suaralensa.blogspot.com/2011/02/orang-kuat-pas-mengamuk.html

GEMPAR! ... ANWAR IBRAHIM LARI TINGGALKAN CERAMAH MELIHAT RAHIMI !

|

Semalam Melayu CinDia dan beberapa blogger lain berkesempatan mengikuti perkembangan salah seorang suspek Kes Liwat Anwar Ibrahim bernama Rahimi di sekitar DUN Kerdau.

Beliau yang ditemani isterinya turut memberi sokongan terhadap BN selaku parti pilihannya selepas terperdaya dengan penipuan2 Anwar yang semakin jelas kelihatan di matanya.

Rahimi juga sempat menemui beberapa Pemimpin UMNO termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Melayu CinDia diberitahu berita bahawa Anwar menggelupur seolah2 teringat 'kisah lama' setelah dikhabarkan mengenai kehadiran Rahimi di DUN Kerdau.



Rahimi sempat menceritakan secara ringkas pengalaman beliau sepanjang bekerja bersama Anwar akan tetapi tidak dapat berkongsi dengan lebih terperinci bagi menghormati Institusi Mahkamah.

Beliau hanya dapat membuat kesimpulan bahawa Anwar telah banyak menipu rakyat Malaysia dan beliau berani mengatakan, Negara akan menghadapi situasi yang amat kritikal jika Anwar diangkat sebagai Pemimpin No. 1 Negara.



Rahimi juga menceritakan serba sedikit dan meyakinkan kepada kedua2 Pemimpin UMNO yang ditemuinya bahawa beliau ikhlas dan tekad akan berjuang bersama2 Parti kerana beliau sedar, tiada mana2 pemimpin yang mampu mentadbir sebuah Kerajaan melainkan pimpinan UMNO sedia ada.

Beliau mengakui bahawa tidak semua pemimpin UMNO tidak pernah melakukan kesilapan. Akan tetapi, apa yang diperlakukan oleh Anwar 10 kali ganda lebih teruk dari mana2 pemimpin politik.



Rahimi juga akan terus membantu BN dalam memastikan parti ini bukan sahaja dikekalkan sebagai peneraju Kerajaan, malah akan lebih kuat kerana beliau, Umi Hafilda dan yang lain akan memastikan mesej yang hendak diutarakan mengenai kekejaman Anwar sebagai pengkhianat Negara akan sampai ke masyarakat luar.


Posted By Melayu CinDia

LAGI PANAS! ... ALI RUSTAM BERJOLI DENGAN HASIL JUAL TANAH RAKYAT ?

|

Punyalah lahanat ... Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mendakwa Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah dikesan menjual tanah rakyat di negeri Melaka untuk kepentingan dirinya sendiri.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan ke atas tanah yang terletak di kawasan Pekan Melaka beberapa tahun lalu,sehingga menyebabkan mereka yang berharap untuk mendapat tanah menjadi kempunan kerana semakin ketiadaan tanah untuk dimiliki.

Ehem ... Ehem! Yang dibawah ni apa benda Abdul Ghani Abdul Rahman! Carta Duit Kutu ke!


BEZAKAN KELANTAN DAN MELAKA.MANA YANG ANDA SUKA ????

KALAU NAK MENUDUH PUN CARI LAH BUKTI YANG BENAR.APA PUN JANGAN KACAU NYAMUK YANG SEDANG TIDUR NI,KALAU DAH BANGUN SUSAH NANTI

KALAU NAK TUDUH CARI FAKTA YER WAHAI PESURUHJAYA PAS MELAKA

Posted by Wayne aka Badut Rakyat

PANAS! ... ADUN PAS PAHANG BERPALING TADAH MENYOKONG SYED IBRAHIM !

|

Sambutan Maulidul Rasul yang diraikan semalam di Kampung Kuala Tekal yang juga merupakan kampung kelahiran Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim. Apa yang menariknya, sambutan ini bukan sahaja mendapat sokongan dan dihadiri sahabat Syed Ibrahim dari kalangan ulama' Indonesia, malah Calon PAS DUN Kerdau dan ADUN Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamad turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap Majlis ini.



Majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran beberapa sahabat2 yang sama2 menuntut ilmu Agama dengan Syed Ibrahim. Syed Ibrahim kelihatan turut gembira dengan sokongan dari sahabat2 ulama' apatah lagi kehadiran Calon PAS dan ADUN PAS Semantan menambah lagi rasa sebak tanda sokongan mereka terhadap Majlis yang dianjurkan oleh penduduk2 Kampung kelahiran beliau.



Syed Ibrahim berkata inilah sebenarnya wajah Islam yang sebenar di mana tiada permusuhan di kalangan umat Islam. Islam merupakan Agama yang sentiasa memberi panduan bahawa pentingnya umat Islam bersatu dan tidak bermusuh sesama sendiri. Alhamdulillah, tiada kejadian 2 imam berlaku ketika menunaikan Solat Maghrib dan Isyak seperti yang berlaku di beberapa Negeri sebelum ini melibatkan Imam UMNO dan Imam PAS. Kesemuanya kusyu' bersatu mengadap Ilahi.



Calon PAS DUN Kerbau memberi penghormatan menyerahkan kepada Syed Ibrahim bagi mengepalai bacaan doa selepas selesai Majlis sebelum masing2 menjamu selera hidangan yang disediakan.

Posted By Melayu CInDia
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU