Sunday, February 20, 2011


Konvensyen yang diadakan di Shah Alam semalam bukan sahaja kontroversi dengan kenyataan Nik Aziz yang menghina dan mencerca Bangsa Melayu, malah ianya dikejutkan lagi dengan ucapan Setiausaha Agung PKR, yang mengakui bahawa PKR kini tidak akan memperjuangkan kepentingan yang berkaitan dengan Bangsa Melayu.

Seorang Crew yang terlibat dengan berani meminta penjelasan kepada Saifuddin mengenai kenyataan beliau di dalam ucapannya itu selepas selesai Majlis. Beliau dikatakan menjelaskan bahawa perkara ini disahkan sendiri oleh Anwar. Bagi Anwar, Bangsa Melayu tidak lagi relevan digunakan sebagai Bangsa Peribumi. Bila ditanya soal mempertahankan Perlembagaan, dengan selamba Anwar mendakwa dapatkan kuasa terlebih dahulu, kerana kuasa mampu mengubah Perlembagaan.

Crew tersebut dikatakan tidak berpuas hati jika benar apa yang diperkatakan Saifuddin Nasution itu akan menjadi realiti. Lantas Saifuddin menjelaskan bahawa rakyat mempunyai pilihan. Semua rakyat Malaysia yang mendaftar mengundi ada pilihan. Maka, pilihlah mana yang terbaik. BN atau PR.

Beliau dengan nada kiasan menjelaskan PKR sememangnya tidak mengharapkan undi Melayu kerana UMNO semakin kuat menyuntik semangat perjuangan Bangsa. Maka, PKR hanya memfokuskan untuk memperkasa pengundi2 Cina dan meletakkan harapan untuk mengekalkan momentum pengundi India.



Saifuddin juga menempelak Crew tersebut agar tidak berang dengan kenyataan beliau kerana inilah perjuangan PKR. Keadilan buat semua. Jika hendak persoal hak Melayu dan Islam, itu perlulah ditanya kepada PAS, walaupun PAS tidak lagi dilihat sebagai lawan bagi UMNO.

PKR yang merupakan sebuah Parti berbilang kaum kini semakin terbuka dan akan lebih fokus dalam memastikan hak2 kaum lain akan dijulang sealiran dengan Bangsa Melayu. Kerana itu sahaja senjata bagi menumbangkan Kerajaan BN yang dipimpin UMNO.

Penjelasan Saifuddin ini telah membuktikan bahawa asas perjuangan PKR hanyalah kuasa. Dan Anwar akan melakukan apa sahaja, walaupun terpaksa menjual maruah Agama dan Bangsa, demi mendapatkan kuasa. Apa pandangan anda?


Posted By Melayu Cindia

GWM :
Pandangan GWM sama sahaja dan tidak berubah dari dulu! PAS dan PKR tidak pernah memperjuangkan apa apa sekalipun ... selain dari menuju ke puncak Putrajaya dan mengipas 'belakang' Anwar Ibrahim!

3 comments:

shamonaz said...

PKR - Pengkhianat Kesejahteraan Rakyat..

pemimipin PKR memang dh rosak, pengikutnya yang masih buta dan bisu nii.. tu yg pelik tu...

Anonymous said...

BILA RAKAN SENDIRI DH STAT MELUDAH MUKA ANUWAR NAK KATE APE LAGI..KEHKEHKEH

Tina said...

BILA RAKAN SENDIRI DH STAT MELUDAH MUKA ANUWAR NAK KATE APE LAGI..KEHKEHKEH