LU APAHAL SENYUM MAMAT ! ... TAK PUAS HATI ...
Hati siapa tidak tercabar! ... GWM memang tak puas hati, cukup tak puas hati dengan mamat dalam gambar ni.
Tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang untuk memiliki 'upgraded' Proton Satria Neo R3 yang baru dilancarkan oleh Proton Motorsport Division (PMD). Ongkosnya tidak cukup!
Proton Satria Neo R3 pernah dibawa ke Tokyo Auto Salon 2011 awal tahun ini sebagai kereta konsep dan dipamerkan untuk menunjukkan kepada Mamat Mamat Jepun bahawa R3 berpotensi sebagai 'performance car' selain dari rekabentuk yang menarik.
PMD telah melakukan penambahbaikan (upgraded - 'Stage 2') kepada Proton Satria Neo R3 bagi menghasilkan kuasa kuda 145bhp pada 7,000 rpm dan 168Nm tork pada 5,000 rpm.
Penambahbaikan turut termasuk suspensi CUSCO, sistemm brek ENDLESS, camshaft berprofil tinggi, carbon fibre air intake system, sistem ekzos higher performance flow 4-2-1, edisi R3 16 inci gunmetal lightweight alloys dan tayar berprofil Bridgestone Potenza RE001R 205/45.
Penambahbaikan lain juga termasuk two-DIN audio head unit dengan 3D GPS navigation, dual front airbags, anti-lock braking system (ABS) dan Electronic Brake Distribution (EBD).
Versi 'Stage 2 upgraded' R3 Satria Neo akan dipasarkan tidak lama lagi dengan harga sekitar RM 79,797.00.
Semakin banyak pengeluar kereta kini menumpukan 'performance car' dengan kapasiti rendah sekitar 1,400cc ke 1,600cc. Contoh seperti Volkswagen Golf 1.4 twincharger dan Volkswagen Scirocco 1.4.
Semuanya adalah berdasarkan kepada 'energy efficiency' ... pengeluaran kereta berprestasi tinggi tanpa pembaziran sumber tenaga yang terlalu banyak.
Harga minyak semakin naik! Road tax pun murah!
5 comments:
satria neo mak saya nak jual..letak harga,..tukar enjin okla..
contact saya
Salam Bro GWM,
Promosi nampak....R3.
OK lah...prestasi bagus, HP pun acceptable.
Tapi boleh pergi jauh lagi siri R3 ni.
Tunggu versi Turbo plak...maybe Jun ni.
lu punya promosi memang gempaklah bro...ingat lu nak gadhu dgn mamat ni tadi....bikin gempak ya
R3....boleh sambar ni....
wa suruh cotact pasal satria neo, mak saya nak jual nak ke.model tahun 2006 warna oren
Post a Comment