Monday, February 28, 2011


Sambutan Maulidul Rasul yang diraikan semalam di Kampung Kuala Tekal yang juga merupakan kampung kelahiran Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim. Apa yang menariknya, sambutan ini bukan sahaja mendapat sokongan dan dihadiri sahabat Syed Ibrahim dari kalangan ulama' Indonesia, malah Calon PAS DUN Kerdau dan ADUN Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamad turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap Majlis ini.



Majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran beberapa sahabat2 yang sama2 menuntut ilmu Agama dengan Syed Ibrahim. Syed Ibrahim kelihatan turut gembira dengan sokongan dari sahabat2 ulama' apatah lagi kehadiran Calon PAS dan ADUN PAS Semantan menambah lagi rasa sebak tanda sokongan mereka terhadap Majlis yang dianjurkan oleh penduduk2 Kampung kelahiran beliau.



Syed Ibrahim berkata inilah sebenarnya wajah Islam yang sebenar di mana tiada permusuhan di kalangan umat Islam. Islam merupakan Agama yang sentiasa memberi panduan bahawa pentingnya umat Islam bersatu dan tidak bermusuh sesama sendiri. Alhamdulillah, tiada kejadian 2 imam berlaku ketika menunaikan Solat Maghrib dan Isyak seperti yang berlaku di beberapa Negeri sebelum ini melibatkan Imam UMNO dan Imam PAS. Kesemuanya kusyu' bersatu mengadap Ilahi.



Calon PAS DUN Kerbau memberi penghormatan menyerahkan kepada Syed Ibrahim bagi mengepalai bacaan doa selepas selesai Majlis sebelum masing2 menjamu selera hidangan yang disediakan.

Posted By Melayu CInDia

4 comments:

Anonymous said...

ini baru jelas wajah islam, lebih banyak PAS menumpukan kepada kerja dakwah tulen orang UMNO tak akan pertikaikan. Allah jadikan manusia dengan kelebihan dan kekurangan masing2. PAS kata dia bijak agama, bimbinglah orang yang kurang bijak supaya semuanya menjadi setara. Biar UMNO buat kerja membangun negara. Lepas tu sama-sama berjemaah, bermusyawarah dan PAS nasihatkan dengan ikhlas apa yang kerajaan patut buat atau tak patut buat. Kena ingat juga...dimalaysia ada cina, india, sikh, iban, kadazan dll... bukan melayu saja jadi... cari pendekatan mana yang lebih afdhal agar tidak memudharatkan. Aman negara kita...

Sayang Bangsaku

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH

Anonymous said...

Hi :) artikel anda telah disedut ke blog khas PRK DUN Kerdau dan Merlimau. Segala berita terkini mengenai Pilihan Raya Kecil dua kawasan ini akan dikemaskinikan di blog ini.

Selain dari itu kami juga menyediakan pages Facebook Khas, juga Facebook Group dan juga Twitter. Sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Terima kasih kerana sudi mendengar radio Merpati. Selamat berjuang :)

p/s: Follow twitter, facebook dan blog kami.

hangkedee said...

Mana nak syok sekali ceramah ada msyukkkkkk beb....TST tak caya tanya mat sabu.