AKHIRNYA ... NIK AZIZ MENGAKU DIA ORANG MELAYU DAN AMALKAN ASSABIYAH !
GWM tidak sesekali terkejut dengan kenyataan Nik Aziz yang mengaku perjuangan terhadap orang Melayu perlu diutamakan di Malaysia.
Sudah memang menjadi kebiasaan kenyataan 'politician' lidah biawak ... sekejap kedaulatan orang Melayu penting, sekejap tidak ... macam biskut 'choc fudge'.
Perlu diingat, Nik Aziz pernah mengaku langsung tidak berbangga menjadi orang Melayu malah bangsa Melayu tidak pernah disebutkan dalam Al Quran ... katanya.
GWM cukup yakin ini semua cakap pemimpin PAS yang semakin ketagih dan haus dengan sokongan orang Melayu ... Apa yang Tun Dr Mahathir katakan sememangnya benar!
Nik Aziz tidak perlu berdolak dalik dengan kenyataan semua parti politik perlu mempertahankan hak orang Melayu kerana beliau sejak awal menolak Assabiyah.
Sejak bila dalam Perlembagaan PAS, hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dipertahankan. PAS sendiri mengakui menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.
Sedangkan buku Fiqh-Awlawiyyat karangan Dr Yusof Al Qaradhawi merungkai bahawa semangat patriotisme (nasionalisme) sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Islam.
Buku ini memaparkan mengapa keperluan mempertahankan hak hak keistimewaan orang Melayu tidak lari dari semangat patriotisme yang ada pada diri Rasulullah s.a.w.
Memperlekehkan bangsa, bahasa, jati diri orang Melayu seperti Nik Aziz ini sama seperti memperlekehkan Allah Taala yang menjadikan manusia itu berbilang bangsa dan keturunan ... dan sekarang secara tiba tiba kepentingan orang Melayu perlu dipertahankan!
Dan yang sebetulnya, PAS semakin bimbang dengan kebarangkalian (probability) akan kehilangan 34 kerusi Parlimen ... jika gagal mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu.
GWM : Apa lagi si Nik Aziz dan pemimpin parti PAS akan spin selepas ini!
1 comments:
gucci replica handbags v94 a3m12i8r45 replica ysl u42 h8c63a6p00 bags replica ysl s04 z5k77r7r18
Post a Comment