Thursday, February 10, 2011


Anwar Ibrahim sememangnya pakar memperkudakan manusia, tidak terkecuali John Mallot bagi meburukkan imej DS Najib dan kerajaan Malaysia.

Media The New Ledger mendedahkan John Mallot sememangnya haiwan peliharaan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Anwar Ibrahim ... selepas parti PAS dan DAP!



Tuduhan tidak berasas John Mallot disangkal berdasarkan fakta. Di US sekalipun perayaan masyarakat Cina dan India tidak pernah dijadikan sebagai cuti umum ... hanya berlaku di Malaysia. Dimanakah letaknya asas tuduhan John Mallot kerajaan Malaysia mengamalkan penindasan agama dan kaum!

Pun begitu, segelintir masyarakat Cina dan India masih lagi mempertikai apa jua tindakan kerajaan BN sebagai perkauman!



Jarum 'hasutan' perkauman John Mallot gagal menarik perhatian Washington kerana Malaysia sememangnya mengamalkan perpaduan dan keharmonian agama dan kaum.



Washington, negara Barat dan negara Muslim mengiktiraf Malaysia adalah satu satunya negara yang memartabatkan hak dan maruah wanita Muslim. Perlu lagi dipersoalkan?


Macam juak juak PAS yang masih lagi berterusan menidakkan hak kaum wanita melainkan sebagai hamba pemuas nafsu ... parti PAS cukup terkenal dalam mempromosi 'tonik kuat' seperti yang tertera dalam media Harakahdaily.



Kebobrokan John Mallot cukup terserlah apabila memperlekehkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walhal pertumbuhan ekonomi di US hanyalah 4.9% jika dibandingkan dengan 8.9% pertumbuhan positif negara.

Mungkin John Mallot pernah 'berguru' dengan Anwar Ibrahim juga dikenali sebagai pakar ekonomi terhebat didunia (Punaisihat RM 1.00 kerajaan negeri Selangor). Sukar bagi John Mallot membezakan angka 4.9 dan 8.9!



Anugerah tertinggi untuk John Mallot! ... 'Pet Defender' Anwar Ibrahim! Masih lagi mahu mempertahankan 'Anugerah Tuhan' yang disabitkan kes liwat dan kes rasuah.






Mr John Mallot ... Welcome to the Club!




GWM : 'Anugerah Tuhan' sememangnya hebat! ... Juak juak ini sanggup tunduk dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim!

sumber / pautan :
http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704422204576129663620557634.html


http://www.realclearworld.com/blog/2010/10/progress_muslim_women_afghanistan.html


http://newledger.com/2011/02/anwar-ibrahims-pet-defender-ambassador-mallotts-credibility-gap/



0 comments: