Monday, February 28, 2011


Semalam Melayu CinDia dan beberapa blogger lain berkesempatan mengikuti perkembangan salah seorang suspek Kes Liwat Anwar Ibrahim bernama Rahimi di sekitar DUN Kerdau.

Beliau yang ditemani isterinya turut memberi sokongan terhadap BN selaku parti pilihannya selepas terperdaya dengan penipuan2 Anwar yang semakin jelas kelihatan di matanya.

Rahimi juga sempat menemui beberapa Pemimpin UMNO termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Melayu CinDia diberitahu berita bahawa Anwar menggelupur seolah2 teringat 'kisah lama' setelah dikhabarkan mengenai kehadiran Rahimi di DUN Kerdau.



Rahimi sempat menceritakan secara ringkas pengalaman beliau sepanjang bekerja bersama Anwar akan tetapi tidak dapat berkongsi dengan lebih terperinci bagi menghormati Institusi Mahkamah.

Beliau hanya dapat membuat kesimpulan bahawa Anwar telah banyak menipu rakyat Malaysia dan beliau berani mengatakan, Negara akan menghadapi situasi yang amat kritikal jika Anwar diangkat sebagai Pemimpin No. 1 Negara.



Rahimi juga menceritakan serba sedikit dan meyakinkan kepada kedua2 Pemimpin UMNO yang ditemuinya bahawa beliau ikhlas dan tekad akan berjuang bersama2 Parti kerana beliau sedar, tiada mana2 pemimpin yang mampu mentadbir sebuah Kerajaan melainkan pimpinan UMNO sedia ada.

Beliau mengakui bahawa tidak semua pemimpin UMNO tidak pernah melakukan kesilapan. Akan tetapi, apa yang diperlakukan oleh Anwar 10 kali ganda lebih teruk dari mana2 pemimpin politik.



Rahimi juga akan terus membantu BN dalam memastikan parti ini bukan sahaja dikekalkan sebagai peneraju Kerajaan, malah akan lebih kuat kerana beliau, Umi Hafilda dan yang lain akan memastikan mesej yang hendak diutarakan mengenai kekejaman Anwar sebagai pengkhianat Negara akan sampai ke masyarakat luar.


Posted By Melayu CinDia