Monday, February 28, 2011


Nik Aziz tidak boleh menipu lagi, memang benar beliau, pemimpin, ahli dan juak juak PAS telah mengkafirkan sesiapa sahaja yang menyokong parti UMNO!

Malam tadi, Blogger Wangsa Maju Suara Lensa melaporkan, bertempat di Kg Kerai, saudara Rashid Wahab (mantan Lujnah MB Terengganu, Hadi Awang) yang juga orang kuat parti PAS suatu ketika dahulu, mengaku telah mengakfirkan bapa mertuanya hanya disebabkan ajaran sesat parti PAS.



Beliau juga membongkar segala penipuan dan pembohongan dalam parti PAS. "Saya masuk PAS kerana percaya masuk syurga. Dan kerana PAS juga saya mengkafirkan bapa mertua saya !" kata beliau ketika berucap. Turut hadir, Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah yang juga Pengarah Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bagi PRK DUN Kerdau.

Dalam ucapan bersemangat beliau banyak menegaskan bahawa Barisan Nasional adalah parti yang mendahulukan rakyat. Beliau mengharapkan penduduk sedar akan kegagalan parti pakatan rakyat dalam soal memerintah
.



Dalam nada tegas, beliau mahu rakyat membuat pilihan bijak dalam membuang undi dan tidak menggadaikan masa depan anak cucu. "Calon Barisan Nasional di DUN Kerdau ini bukan calang-calang orang dan beliau sudah pasti dapat memperjuangkan hak rakyat di kawasan ini," tambahnya.

Turut berucap, Dato Hassan Yaakob, Biro Penerangan Malaysia. Hassan Yaakob banyak menerangkan perancangan kerajaan dalam memperjuangkan hak rakyat. Dan pada sebelah siangnya, penduduk Kg Kerai bersama jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bersama-sama menjalankan aktiviti bergotong-royong di kampung tersebut.

Posted by SuaraLensa (Wangsa Maju Blogger Team)
http://suaralensa.blogspot.com/2011/02/orang-kuat-pas-mengamuk.html