Tuesday, March 1, 2011


DAP Pahang hari ini telah isytihar diri memboikot calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim dan menyeru kesemua Pengundi bertindak memprotes calon tersebut. Ini dinyatakan sendiri oleh beberapa orang kanan Pengerusi DAP Pahang, YB. Leong Ngah Ngah yang mengakui bahawa DAP Pahang sudah naik muak dengan lakonan2 DAP selama ini kononnya menyokong perjuangan PAS demi mengaut kuasa.

DAP Pahang tidak melihat apa2 kepentingan bekerjasama dengan PAS kerana parti pimpinan Hadi Awang itu tidak pernah menunjukkan kesungguhan dan seringkali melakukan kesilapan dalam mengatur strategi politik mereka.



Ini akan memberi liabiliti bukan sahaja terhadap kerjasama Pakatan, malah akan memberi kesan terhadap perjuangan DAP yang sememangnya akan mengaplikasi perjuangan parti ini apabila menawan Kerajaan Malaysia kelak.

Semua pihak mesti menerima hakikat bahawa, PAS tidak akan sesekali dapat melaksanakan dasar perjuangan mereka di dalam Gabungan Pakatan malah DAP adalah parti pertama yang akan menentang jika ada pihak di dalam PAS cuba membawa isu ini ke depan.

DAP Pahang juga mengambil keputusan untuk tidak menyokong calon PAS DUN Kerdau yang diketengahkan PAS iaitu Hasanuddin Salim. DAP Pahang menganggap calon ini telahpun terbukti tewas pada PRU 12, dan DAP Pahang mengakui, Tuan Ibrahim cuba menyelamatkan diri setelah mendapat tahu calon BN yang diketengahkan adalah seorang yang lebih kuat pegangan Agamanya berbanding pemimpin2 PAS.


Posted by Melayu CinDia

2 comments:

blogenstarz said...

Habislah PAS...
Mati keringlah !

Unknown said...

HANCUR MUKHLISIN BRO BLOGENSTARZ!