Wednesday, March 23, 2011


Konspirasi dan propaganda bobrok Anwar Ibrahim melalui video seks mungkin dapat menjulang namanya seketika, namun pagi ini bakal menyesakkan lagi nafas beliau.

Rakyat sudah semakin bosan dengan permainan Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya. Jelas, Anwar Ibrahim semakin hilang tumpuan dan ikhtiar untuk memanjangkan lagi perbicaraan kes liwat.



Amat mudah, DNA Anwar Ibrahim bakal menjadi bukti kukuh untuk menjulang keadilan ... sama ada bagi pihak Saiful Azlan Bukhari atau Anwar Ibrahim sendiri. Sebarang spekulasi bakal ditamatkan jika ... jika sekiranya Mahkamah mengumumkan Anwar Ibrahim wajib memberi DNA.

Paling penting, ini bukanlah isu politik tetapi lebih kepada isu perundangan yang keputusannya terletak pada Mahkamah.



Suka atau tidak, Mahkamah yang akan menentukan keputusan Anwar Ibrahim perlu menyerahkan DNA untuk membersihkan nama beliau dan dari sebarang spekulasi.

Dan jika ditakdirkan Mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim perlu menyerahkan DNA, maka GWM berpendapat dua (2) perkara pokok yang perlu diberi perhatian dan diputuskan oleh hakim.

1) Penyerahan DNA Anwar Ibrahim dibuat di dalam Mahkamah, dan disaksikan tertuduh, pendakwaraya dan pegumbela Anwar Ibrahim sebagai bukti ketelusan dan keadilan.

2) Proses Ujian DNA Anwar Ibrahim dilakukan dalam Mahkamah, dan disaksikan tertuduh, pendakwaraya dan peguambela untuk ketelusan dan tidak boleh di pertikaikan oleh mana mana pihak sekalipun.

Dan inilah keputusan yang ditunggu oleh rakyat malah GWM sendiri ... kerana DNA Anwar Ibrahim bakal menjadi bukti paling kukuh dalam perbicaraan kes liwat.

Malah harga dan nilai DNA 'Anugerah Tuhan' ini tidak kurang penting juga kerna ... kerna DNA ini juga bakal dijadikan kayu ukuran dalam menentukan ... ehem ehem!



Maka tidak hairanlah mengapa Azmin 'Jambu Keabadian Cinta' Ali cukup menentang sebarang usaha ini ... sudah jelas! ... DNA or not to DNA!


0 comments: