Thursday, March 31, 2011


Sambutan Hari Keputeraan baginda Tuanku Ismail Petra ke 61 biarpun sederhana namun meriah dengan kehadiran hampir 5,000 rakyat jelata merafak sembah menjunjung ikrar taat setia. Lebih manis lagi, baginda Tuanku Ismail Petra semakin mudah mengukir senyuman dan mampu beramah mesra bersama rakyat yang hadir.

Dalam artikel sebelum ini, GWM tersentuh hati dengan jawapan ringkas dari Tuanku Ismail Petra. Rakyat bertanya khabar kepada baginda "Tuanku sihat ... Tuanku makan dan minum apa hari hari Tuanku?"




"Makan Kuih, Minum Susu" jawapan bersahaja dari Tuanku Ismail Petra sambil disaksikan Tuanku Permaisuri Tengku Anis.

Memang pada awalnya GWM agak skeptikal dengan kesihatan Tuanku Ismail Petra. Namun reaksi jawapan yang diberikan jelas menunjukkan baginda sedang berada di landasan terbaik untuk beransur pulih sekalipun secara fizikalnya Tuanku Ismail Petra belum pulih sepenuhnya.

Dan Tuanku Ismail Petra giat menjalani latihan fisioterapi di Istana Mahkota. Daya ingatan dan respon baginda terhadap soalan yang dilontarkan diluar jangkaan bagi mereka yang mengalami 'stroke'. Dalam masa setahun, proses pemulihan yang dialami Tuanku Ismail Petra agak cepat.

Timbul kembali persoalan dalam benak hati, mengapa kerajaan PAS Kelantan begitu pantas mahu menggantikan takhta sedia ada. GWM tidak sama sekali mempertikaikan Permahsyuran Tengku Faris Petra sebagai Pemangku Raja namun tindak tanduk kerajaan PAS Kelantan seperti ada udang disebalik batu!

GWM kemukakan suatu perbandingan jelas apa yang berlaku kepada dua (2) pemerintah negara, Tuanku Ismail Petra dan Raja Bhumibol Adulyadej. Apa yang berlaku kepada Tuanku Ismail Petra dan Raja Bhumibol Adulyadej lebih kurang sama, walaupun kategori penyakit yang di alami agak berbeza.




Raja Bhumibol Adulyadej diserang penyakit 'flu' dan 'pneumonia' sejak dari tahun 2009 dan sehingga ke hari ini masih lagi menjalani rawatan intensif di Siriraj Hospital. Manakala Tuanku Ismail Petra diserang penyakit 'stroke' pada awal tahun 2010, juga giat menjalani rawatan fisioterapi secara intensif di Istana Mahkota.



Apa yang membezakannya adalah tampuk pemerintahan Tuanku Ismail Petra bertukar tangan kepada Tengku Faris Petra. Raja Bhumibol Adulyadej masih lagi memegang tampuk sebagai pemerintah di Thailand. Anak tunggal beliau, Maha Vajiralongkorn tidak diberikan takhta sebagai Pemangku Raja.


Secara dasar dan logik serta mengikut kepentingan umum dan rakyat, Maha Vajiralongkorn sudah sepatutnya menggantikan tampuk pemerintahan Raja Bhumibol Adulyadej.




Serangan penyakit 'flu' dan 'pneumonia' yang dialami oleh Raja Bhumibol Adulyadej telah mengakibatkan keadaan politik dan ekonomi serta pasaran kewangan di Thailand merudum jatuh teruk pada tahun 2009. Kadar pengangguran meningkat dua (2) kali ganda akibat spekulasi keadaan kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej.

Serangan penyakit 'stroke' yang dialami oleh Tuanku Ismail Petra sebenarnya langsung tidak menyebabkan keadaan politik dan ekonomi negeri Kelantan menjadi kucar kacir. Ekonomi negeri Kelantan sememangnya sudah tonggeng terbalik dibawah pentadbiran Nik Aziz & Associates. Yang pasti, ada 'tangan tangan ghaib' dibelakang tadbir yang mahu menggantikan baginda dari takhta di Kelantan ... 'mastermind'!

Umum mengetahui, Tuanku Ismail Petra sudah terlalu banyak menegur kepincangan kerajaan PAS Kelantan dari segi pentadbiran dan kegagalan menaiktaraf ekonomi negeri dan rakyat Kelantan.




Keadaan kesihatan Tuanku Ismail Petra yang semakin pulih adalah petanda malapetaka bagi kerajaan PAS Kelantan, khususnya kepada Nik Aziz selaku Menteri Besar. Dan jika ditakdirkan baginda Tuanku Ismail Petra kembali pulih sepenuhnya fizikal dan mental, sanggupkah Nik Aziz mengadap kembali kebawah duli.

Sedangkan Hari Keputeraan Tuanku Ismail Petra ke 61, langsung tidak kelihatan kelibat Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan untuk merafak sembah mahupun bertanya khabar kepada baginda ... sekalipun sudah tidak lagi memegang tampuk pemerintahan di Kelantan.

Apakah masih belum jelas ada permainan 'lalat lalat hijau' dalam tampuk pemerintahan di Kelantan!



2 comments:

Anonymous said...

nanti nik aziz kena strok lak cpt skit turun kerajaan sbb bnyk sgt kes membabitkan kerajaan pas serta dalam pakatan...peniaga dah buat laporan kat sprm pasal bazar yang kecoh sekarang ni belum lagi apa2 yang lain tu...kita tunggu beliau turun dari kerusi empuk serta tongkat sakti beliau tu

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

ada cerita disebalik cerita takhta kelantan...

kena la carik orang yang tahu....

***saya tak tahu