GWM melihat isu ini sebenarnya sangat mudah, tetapi menjadi lebih kelam kelibut dengan pembohongan media Harakahdaily, TVPAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri.
Sebelum melangkah jauh, hanya tiga (3) fakta dan persoalan yang GWM kemukakan.
1) Geran Tanah FELDA tidak boleh dijual dan dipindahmilik melainkan ada hubungan persaudaraan.
2) Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka Adnan Yaakob adalah orang pertama akan mengetahui mengenainya.
3) Bukti Perjanjian Pinjaman Bercagar yang ditunjukkan oleh Ibrahim bin Osman.
FAKTA PERTAMA DAN KEDUA
GWM terpaksa akui niat murni Tuan Ibrahim perlu dipandang tinggi, sukar mencari pemimpin ikhlas sebegini.
Namun apabila beliau mengaku tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim bin Osman ... beliau adalah pembohong besar!
Hilang rasa hormat GWM pada Tuan Ibrahim Tuan Man! Memang begitukah perangai dan sikap pemimpin PAS. Bukti pertama ini diambil dari blogger Pisau.Net. Anda lihat dan nilaikan dengan sedalam dalamnya.
Bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man boleh membeli tanah tersebut dari Encik Mahmud bin A Rahman sedangkan geran Tanah FELDA tidak boleh dijual dan dipindahmilik melainkan ada hubungan persaudaraan.
Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka Adnan Yaakob adalah orang pertama akan mengetahui mengenainya.
Mengapa Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini.
FAKTA KETIGA
Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain melalui syarikatnya Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd ... pinjam duit sahaja.
Baik ... teliti dan nilai perjanjian pinjaman cagaran dan klip video TV hamPAS dengan sebaik mungkin. Dimanakah cacat celanya!
1) Lihat foto yang ditunjukkan dalam Harakahdaily, perjanjian cagaran di antara siapa.
2) Foto yang ditunjukkan hanyalah cebisan (sekerat), tidak ditunjukkan muka hadapan perjanjian tersebut. Perjanjian di antara siapa.
3) Perjanjian cagaran antara Ibrahim Osman dan MARA hanya dua (2) mukasurat. Sejak bila wujud pinjaman bercagar dari MARA hanya berbekalkan dua mukasurat.
4) Harakahdaily dan TV PAS sepatutnya menunjukkan dengan jelas bukti pinjaman bercagar tersebut.
5) Mengapa TV PAS hanya menunjukan imej kabur dan jauh bukti pinjaman bercagar atau dokumen pemilikan oleh Ibrahim Osman dari Encik Mahmud bin A Rahman
Kerana itulah hanya dua mukasurat yang ditunjukkan. GWM lampirkan link bagaimana bentuk pinjaman bercagar MARA dan syarat syarat pinjaman sepatutnya dilihat.
http://www.pmn.gov.my/selangor/borang%20pembiayaan.pdf
Dokumen yang diperlukan untuk cagaran bagi pinjaman MARA adalah seperti berikut:
1) Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran.
2) Dokumen membuktikan pemilikan ke atas cagaran yang dicadangkan.
3) Laporan penilaian yang berkaitan.
Apakah yang ditunjukkan oleh media Harakahdaily dan TV PAS dengan sejelas jelasnya membuktikan perkara perkara di atas?
Jangan terpedaya dengan pembohongan parti PAS, media Harakahdaily, TV PAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri. Setakat menunjukkan bukti sekerat sekerat, dokumen apakah itu?
Siapakah yang berbohong sebenarnya ... UMNO, Utusan Malaysia dan bloggers pro kerajaan atau ...
Parti PAS, media PAS dan pencacai pencacai bloggers parti PAS?
8 comments:
Mantap, artikel yg menarik dan padat. Biar juak pas meroyan royan. Hahaha ini bukti bukan lakonan macam anwar al juburi
Ade juga balaci dari Syarikat Pintar Kencing Semua Sdn Bhd sanggup jd pak turut Tuan Ibrahim tu...
kenapa perlu kaburkan imej surat tersebut.come on kalau telus tunjukkan.pas ni cuba menipu agaknya.
Salam,
Sejak dari dahulu lagi aku melihat ahli2 dan kepimpinan PAS diperingkat cawangan,bahagian dan Pusat dengan rakus dan tanpa segan silu membaham apa jua faedah,kemudahan dan peruntukkan dari kerajaan BN.
Aku juga melihat orang2 UMNO tak kisah pun dan tak buat bising mengenai apa yang puak PAS dapat kerana orang BN nampak matang dan profesional.
Walaupun dia orang PAS tetapi dia tetap orang Melayu yang berugama Islam
Satu kisah nyata dsn terjadi didepan mata aku ialah apabila seorang pemimpin PAS peringkat cawangan berupaya menghimpunkan 1 keluarga besarnya dalam satu taman perumahan yang pada asalnya adalah kawasan penempatan semula untuk para setinggan dari sebuah perkampungan di KL ni.
Beliau adalah ketua PAS dikawasan setingan ini.
Bukan sahaja anak2nya mendapat sorang satu lot rumah teres bahkan kaum kerabatnya yang berada dikampung nun beratus kilo meter dari KL pun dapat sama.
Tetapi bak kata aku seperti diatas,sedikit pun orang UMNO tak bising walhal ada orang UMNO yang dapat sorang satu lot.
Yang lebih menjengkelkan dan memualkan ialah anak2 beranaknya sampai sekarang masih membalun kerajaan BN perasuah,perosak bangsa dan macam2 kejian lagi.
Bahkan salah seorang anaknya adalah pemimpin PAS dikawasan taman perumahan yang diberi lot rumah murah adalah induvidu yang terlibat membuat demonstrasi memprotes kepada Sultan Perak dahulu.
Moralnya
Kalau kita benci pada seseorang tahap GABAN bukan sahaja mukanya kita taknak pandang,tetapi pemberiannya kita anggap najis.
Namun bagi juak2 PAS ni,walaupun mereka benci dan caci UMNO tahap GABAN tapi kalau ada "peluang terbentang" bukan sahaja berebut rebut menadah tangan bahkan sampai tahap menjilat jilat dan bertalam dua muka.
Aku tabik spring kepada pemimpin UMNO cawangan terbabit kerana berfikiran terbuka dan moga2 generasi beliau yang akan datang menghargai kepimpinan UMNO memperjuang dan mempertahankan hak dan membela nasib anak2 Melayu di tanah bertuah ini.
TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media pencacai UMNO terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.
"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.
"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.
"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.
Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/kerdau/ibrahim_syarikat.jpg
(Copy dan Paste link ni kat URL address browser anda. Jgn jadi bodohlah tiada imej yg dikaburkan seperti didakwa)
(Gambar: Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA)
Blogger upahan Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.
"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.
"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman.
Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.
"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim.
belum memerintah dan buat penanya kat orang. kalau dah perintah sedar sedar malaysia jadi made in mana.... negara malaysia tp dah gadai kat negara lain.. ni ke seorang yang beragama.. kalau kaum pemuda persoal ttg islam yang dibawa pas.. makcik pakcik habis meroyan kata orang muda biadap.. hakikat sebenar memang agama pas adalah agama pilihanraya..
SALAM ANON 9.02 PM ... PEDAS DAN SINIS PANDANGAN DAN TEGURAN SAUDARA!
TAPI MEMANG BETOL PUN!
await sampai kena baca dialog... takut salah sakap ker... har har har... bodo punya cigu
Post a Comment