Thursday, March 17, 2011


DAP semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan dan undi orang Melayu di Pulau Mutiara sehingga terpaksa menyogok wang bagi mendapatkan pengaruh daripada guru-guru KAFA di Pulau Pinang.

Lebih teruk lagi, kesemua guru KAFA 'diwajibkan' hadir dalam perjumpaan Lim Guan Eng dalam majlis sempena sambutan Maulidur Rasul pada 4 hingga 6 Mac 2011.



Apa yang jelas, suatu 'sumbangan khas' dijanjikan untuk diberikan kepada guru guru KAFA yang hadir. Malang bagi guru guru KAFA yang tidak hadir ... melepas 'sumbangan' tersebut.

Sumbangan khas tersebut adalah satu bentuk rasuah DAP untuk menagih undi.

DAP cukup mahir dan bijak mempergunakan guru guru KAFA bagi meraih sokongan dan undi orang Melayu Pulau Pinang. Taktik yang cukup berkesan ... 'UGUT, RASUAH dan UNDI'!




Cuma GWM sekali lagi ingin mengingatkan orang Melayu Pulau Pinang agar tidak melupakan 'jasa jasa baik' kerajaan DAP yang menghalau peniaga Melayu dari berniaga di Pulau Pinang.

Khuatir ... jika selepas mendapat sokongan dan undi, tidak mustahil akan terjadi kembali peristiwa sebegini.



Banyaknya gerai orang Melayu dan India Muslim di Pulau Pinang!






1 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Gerai jual babi yang banyak.... siapa yang makan?