BARU BIAN & ANWAR IBRAHIM ... DALANG PROVOKASI 'BIBLE' DALAM BAHASA MELAYU !
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri DS Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30,000 naskah Kitab Bible versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu - MALAYSIAKINI.
Baru Bian sepatutnya melakukan kajiselidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan. Sila periksa betul atau salah didalam proses transaksi tersebut. Periksa sama ada cetakan kitab terbabit sah dan tidak melanggar undang-undang dalam polisi pencetakan.
Dan sila jelaskan mengenai terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu ... apakah motifnya?
30 000 naskah, adakah merujuk kepada Melayu yang sudah murtad?
Apakah bahasa pengantaraan penganut Kristian ini adalah Bahasa Melayu?
Apakah penganut Kristian ini sudah tidak memahami bahasa selain Bahasa Melayu?
Memudahkan orang Melayu membaca kitab tersebut?
Mahu menarik minat pembaca Melayu?
Didalam bidang perniagaan kita mempunyai 'khalayak sasaran', adakah ini satu perniagaan keagamaan dan khalayak sasarannya adalah orang berbangsa Melayu?
Mahu memurtadkan Muslim di Sarawak/Malaysia?
Tidak dinafikan Malaysia ini negara yang bebas beragama namun ...
Berapa banyak gereja dibina?
Dan berapa pula Muslim yang sudah murtad?
Baru Bian boleh bawa penganut Kristian yang tidak puas hati dengan sistem undang-undang di Malaysia ini, dan boleh ambil keputusan keluar dari Malaysia, Mungkin Singapura dan negara-negara Barat mempunyai ruang untuk kalian.
Malaysia sudah pasti negara yang bebas beragama tetapi amat memandang serius dalam aktiviti penghasutan yang memecahbelahkan kaum.
Penahanan terbabit dilakukan di bawah seksyen 9A, 17 dan 18, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.
Baru Bian, sudah diberi dada mahukan peha pula ?
Posted By Suara Lensa
0 comments:
Post a Comment