Tuesday, March 29, 2011

'Road Tour' Anwar Ibrahim bakal tergugat dengan tindakan berani Nasruddin Hassan dan Mat Sabu yang mahukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dipercepatkan.

Di kala Hadi Awang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim & Lim Kit Siang sibuk dengan program 'mengalih perhatian' Solat Hajat Perdana dan Ceramah Perdana ... Nasruddin Hassan dan Mat Sabu lebih rasional mahukan penubuhan badan tersebut bagi mengesahkan bukti kesahihan video seks melibatkan Anwar Ibrahim.

GWM yakin kedua dua pemimpin PAS ini lebih berlapang dada jika dibandingkan dengan pemimpin tertinggi parti tersebut yang menolak sebarang usaha menegakkan prinsip kebenaran. Nasruddin Hassan dan Mat Sabu bersetuju dengan langkah supaya para pemimpin tertinggi pembangkang menyertai Suruhanjaya Siasatan DiRaja sebagai pemerhati bebas untuk membuktikan ketelusan.

Malah kedua dua pemimpin PAS ini tidak menolak sebarang mekanisme untuk melantik gabungan pakar forensik tempatan dan luar negara bagi mengendalikan penyiasatan.

Rakyat sebenarnya berhak mempersoalkan niat Hadi Awang, Nik Aziz dan Lim Kit Siang yang begitu sibuk dengan program 'Road Tour Anwar Ibrahim' dan menafikan pembabitan Anwar Ibrahim sebagai aktor porno tetapi gagal menyahut penyertaan didalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja ... apatah lagi mempertahankan kredibiliti dan prinsip keadilan.

Walau apa cara sekalipun ... 'Anugerah Tuhan' wajib dipertahankan! Apakah rakyat masih belum mampu melihat permainan wayang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.



2 comments:

Anonymous said...

setuju la sebab nak buktikan konspirasi bodoh sipembuat video dan membuktikan kebodohan blogger-blogger pengampu umno
huar... huar...huar...

freemalaysiakini said...

layarilah www.freemalaysiakini.com , percuma tanpa bayaran