Monday, March 14, 2011


Belum sempat reda PRK Kerdau dan PRK Merlimau, pemuda BN sudah mula mengajak para belia di Malaysia 'bergaduh besar' dalam mencari peluang peluang pekerjaan yang akan ditawarkan.

25 Mac - 27 Mac 2011
Bertempat di PWTC Kuala Lumpur Dari jam 10 Pagi sehingga Jam 10 Malam yang akan memberikan peluang pekerjaan kepada Ribuaan anak anak muda.

Maklumat Program:



Sasaran: 650 syarikat, 20,000 pekerjaan dan 300-400 ribu pengunjung. Setakat 8 Mac 2011, statistik menunjukkan penyertaan 478 syarikat dengan 13,960 tawaran kerja serta pendaftaran on-line seramai 23,445. Ekspo atau Karnival Kerjaya terbesar di negara.

Antara syarikat dan agensi yang telah mengesahkan penyertaan mereka:







Program ini berkait rapat dengan cadangan Makmal Pemuda Barisan Nasional yang mana menekankan aspek pengangguran adalah suatu perkara yang amat perlu ditangani dan mendesak bagi orang muda.

Daripada kajian Makmal Pemuda, 66% orang muda meletakkan isu kerjaya dan ekonomi sebagai pilihan terpenting mereka di mana 25% memilih pekerjaan yang tetap dan stabil manakala 41% lagi menyatakan bahawa kemajuan kerjaya atau perniagaan sebagai yang paling utama.



Pada masa yang sama jika kita lihat kepada anjakan dan halatuju ekonomi negara di bawah Program Transformasi Ekonomi negara, kita mensasarkan penciptaan kerja sebanyak 3.3 juta pada tahun 2020.

Namun, kita tidak mahu suatu situasi di mana walaupun penciptaan kerja banyak namun ia tidak dipenuhi, terutama sekali oleh golongan muda.

Statistik terkini menunjukkan bahawa sungguhpun kadar guna tenaga kita di tahap penuh iaitu 2.9% tetapi jika kita lihat kepada mereka yang mendaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi proses pencarian kerja, 98% darinya adalah golongan muda di bawah umur 40 tahun.

Maka atas sebab itulah semasa Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada tahun lalu di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO, KJ kata agenda Pemuda BN/UMNO bagi 2011 ini akan menjurus kepada aspek pekerjaan untuk orang muda.



Kita juga menganjurkan sesi nasihat panduan kerjaya, ceramah kerjaya dari pakar-pakar dari industri terpilih, internship corner dan resume clinic. Ini akan membantu pencari kerja mencari kerja kerana kita juga menawarkan proses temuduga dan pengambilan pekerja di sana.

Jadi ini lah masanya buat Anak anak muda seluruh Malaysia tampa mengira Agama dan bangsa untuk bersama sama merebut peluang yang ada ini dalam menentukan kerjaya anda di masa hadapan.



Jangan lupa 25-27 Mac bertempat di PWTC dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Di bawakan oleh Pemuda Barisan Nasional.

Psssttt...Gua pun nak cari kerja lah beb...wartawan Hiburan, amacam ok? he he he

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Posted By PapaDiva Papa Gomo

10 comments:

Yuseri Yusoff said...

Hahaha.. terkejut baca tajuk..

Unknown said...

ACAH ACAH SKIT! BERGADUH LE TU! BERGADUH CARI PELUANG KEJE!

Ular Menyusur Akar said...

Bila pulak GWM jadi papagomo?

Ini yang UMA harapkan kepada pemuda menjalankan aktiviti remaja dan pemuda. Bila hal muda, asyik asyik Ijah yang jalan dulu.

Tahniah.

Unknown said...

SALAM UMA! ... GWM BOLEH JADI PAPADIVA, BOLEH JADI MELAYU CINDIA, BOLEH JADI MACAM MACAM ...

TAPI TAK LEH JADI NIK AZIZ & ANWAR BRAHEM! UISHH ... TAK KUASA TEMAN!

blogenstarz said...

Bravoooooo
Tukang ojek pun tak apa..
Halalllll

Unknown said...

INILE PUN YANG KITA BLOGGER MAMPU BUAT BLOGENSTARZ ...

ADA PROGRAM YANG BAIK DARI PEMUDA BN, KITA 'HIGHLIGHT' KEPADA GRADUAN & LEPASAN IPT & SEKOLAH YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.

ITUPUN KALAU GRADUAN & LEPASAN IPT & SEKOLAH YANG ADA MAHU MEMBACA ...

Bahtera Merdeka said...

Syabas...tahniah...teruskan.

Unknown said...

SALAM BAHTERA MERDEKA ... MINTA TOLONG SEKALI 'HIGHLIGHT' DALAM BLOG SAUDARA.

SEKURANG KURANGNYA ... BLOGGER PRO KERAJAAN 'MENOLONG PARA BELIA', BUKAN MACAM BLOGGER PEMBANGKANG ...

MENJAHANAMKAN MINDA PARA BELIA!

Anonymous said...

itu gambar lama punya,mana ada pga pakai unifom biru loreng daaa...sekarang.

C L J said...

Tahniah pemuda