YOU MAY KISS THE BRIDE ! ... BUDAYA SONGSANG YANG AKAN MENJADI 'TREND SETTER' !
Mengapa perlu melakukan adegan ciuman mesra di dalam Rumah Allah sekalipun ia menandakan kasih sayang tulus ikhlas pasangan suami isteri selepas diijabkabulkan.
Kedangkalan umat Islam hari ini cukup membimbangkan apabila begitu mudah menerima budaya ikutan Barat yang diasimilisasikan kedalam ajaran Islam. Islam tidak pernah melarang hak privasi suami isteri jika mahu bermadu kasih namun bukannya menjadikan Barat sebagai tunjang ikutan.
Aksi menjolok mata dalam masjid tidak sepatutnya berlaku jika umat Islam tahu membezakan yang mana baik dan mana yang buruk. Jika aksi seumpama ini diterima, tidak mustahil ianya akan menjadi 'trend setter' budaya baru perkahwinan umat islam di Malaysia.
Perkara begini tidak pelik jika berlaku di negara jiran tetapi akan menjadi cukup jelek jika berlaku disini. Inilah salah satu contoh 'ajaran pluralisme' dengan menggabungkan nilai estetika ajaran Nasrani dan Majusi dengan ajaran Islam. Perlakuan yang mencemar imej Islam ini turut mencemar masjid sebagai institusi agama yang wajib dipelihara.
Inilah bahaya tersurat dan tersirat yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim ... apabila semua agama dianggap sebagai 'plural' ... sama! Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh parti pembangkang bertopengkan Islam.
5 comments:
Recently, I am told by a Christian colleague that most of the Catholic church here in Malaysia does not allow this 'you may kiss the bride' like the mat salleh's do..
Doesn't that say something?
Alahai manusia2 seperti KD dan Raul ni.. over!
seharusnya berciuman di kamar aja ya
tu yang memegang dulang pun berpakaian baju kebaya mendedahkan dada.
mana pihak yg menjaga masjid.
susahlah kalu yang di pertanggung jawabkan menjaga kesucian masjid terdiri dari manusia munafik.
Betul anon. . .Org yg bertanggung jawab masjid tu majoritinya fasik. .
Dan majoritinya AJK masjid pulak orang PAS. .Adakah mereka fasik. . .Sah lagi jelas
meletak kalungan bunga ditugu negara, pemimpin wanita dan isteri pemimpin tidak memakai tudung, bersalaman lelaki wanita bukan muhrim, berkonsert dihari kebesaran dan membiarkan lelaki dan perempuan bercampur tanpa kawalan, menggunakan duit loteri buat masjid dan macam2 lagi. bukankah ini semua menyimpang dari ajaran islam? songsang jugak tetapi tetap dilakukan oleh pemimpin negara islam malaysia..........
Post a Comment