PAS MENGAGUNGKAN ULTRAMAN DARI VIDEO KLIP PENGHINAAN TERHADAP ISLAM !
Bukan main seronok blogger pembangkang menghentam kartunis terkenal ZOY dari Berita Harian. Lebih melazatkan apabila kartun tersebut keluar 'front page' media CNN.
Maka melompatlah juak juak ini menghentam kartunis ZOY depan, belakang, kiri dan kanan ... macam Anwar Ibrahim!
Namun, agak malang apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutarakan perbuatan mempersenda azan dalam Youtube ... agak perlahan blog blog pembangkang ini untuk 'publish' dalam blog masing masing.
Cukup perlahan ... mengalahkan siput! Blog blog pro kerajaan sudah jauh terlebih dahulu memaparkan tindakan kurang ajar 'bangsa yang tidak mengenang budi' ini.
Isu yang sama juga bagi video klip dibawah ... respons dari blog pembangkang cukup perlahan. Mungkin kerana terlalu menghormati rakan sejawat dan 'Tuan DAP'!
Dan video klip dibawah ini, cukup memeranjatkan ... ada blogger PAS yang menyokong tindakan keparat ini.
Dan apabila timbul isu 'Bible' dalam Bahasa Melayu, Tu dia! ... laju macam roket pertahankan juak juak Khalid Samad! Kenyataan Chua Soi Lek turut dipertahankan! Wah ... Hebat!
PAS ... macam macam ada!
0 comments:
Post a Comment