EKSKLUSIF ! ... HARI KEPUTERAAN TUANKU ISMAIL PETRA ke 61
Pagi semalam GWM menerima panggilan cukup penting dari Papa Gomo. Berita yang cukup membuatkan GWM tergamam kerana dijemput oleh pihak Istana bagi menghadiri majlis keraian Hari Keputeraan Tuanku Ismail yang ke 61.
Lima (5) kali GWM bertanya soalan yang sama kepada Papa Gomo "Lu Biar Betul Bro! Jangan Main Main Gomo! Takkan Pihak Istana jemput Gua! Lu Lainlah Bro! ...".
Jawapan balas dari Papa Gomo masih lagi terngiang ngiang di telinga ini "Eh! P*****K! Lu Nak Pegi Ke Tak! Gua Nak Confirm On The Spot Nih!" ... Bodohlah jika GWM menolak undangan dari Istana.
Pucuk Dicita, Ulam Mendatang ... Rezeki Jangan DiTolak, Maut Jangan DiCari ... Suatu penghargaan tidak ternilai bagi GWM apabila dijemput pihak Istana. Secara peribadi, GWM ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tengku Fakhry Petra atas jemputan ini.
Selain GWM, PapaDiva Papa Gomo dan wartawan dari Agenda Daily turut dijemput ke majlis ini kerana rasanya belum pernah lagi mana mana blogger dijemput bagi majlis keraian seperti ini.
Majlis keraian ini bermula setelah selesai azan waktu asar berkumandang. Secara ringkas, GWM cuba beri ringkasan dan rentetan peristiwa bersejarah bagi GWM.
Ramai rakyat jelata yang hadir dari pelusuk negeri Kelantan bagi meraikan Hari Keputeraan Tuanku Ismail yang ke 61. Dianggarkan sekitar 3,000 hingga 4,000 rakyat yang hadir pada majlis ini.
Anak anak yatim piatu serta anak anak dari sekolah tahfiz turut dijemput ke majlis keputeraan baginda. Doakanlah kesejahteraan dan cepat pulihnya kesihatan baginda Tuanku Ismail Petra.
Tiada kawalan keselamatan dari pihak berkuasa bagi meraikan majlis Hari Keputeraan Tuanku Ismail ke 61 ... tiada sempadan memisahkan Raja Berdaulat dan rakyat jelata.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar taat setia wakil dari gabungan seluruh badan NGO Kelantan yang masih lagi merafak sembah Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang sah. Rakyat yang hadir bangun melafazkan ikrar taat setia kepada Tuanku Ismail Petra.
Rakyat merafak sembah mempersembahkan dua (2) kek bagi Hari Keputeraan ke 61.
Persembahan pertandingan teh tarik yang menggamatkan suasana Istana Mahkota Negeri Kelantan.
Tuanku Ismail Petra mengukir senyuman melihat keletah peserta pertama pertandingan. Tuanku Permaisuri Tengku Anis sempat mengusik manja Tuanku Ismail Petra.
Wajah keriangan Tuanku Ismail Petra mengubat luka hati rakyat Kelantan sambil dihiburkan oleh peserta kedua pertandingan teh tarik.
Persembahan perserta terakhir pertandingan teh tarik lebih menggamatkan suasana dengan aksi selamba berbaring di atas pentas ... Hebat Abe!
Tuanku Ismail Petra ketawa mengukir senyuman. Tuanku Permaisuri Tengku Anis mengelap titisan air mata kegembiraan dan telatah peserta terakhir.
Bisikan dari salah seorang ahli kerabat mengukir senyuman baginda Tuanku Ismail Petra. Dan dikhabarkan hampir 5,000 orang hadir di majlis keraian ini. Rakyat masih sayangkan Tuanku Ismail Petra.
Tuanku Permaisuri Tengku Anis mencemar duli bagi menyampaikan sumbangan kepada anak anak yatim dan anak anak dari sekolah tahfiz.
Tengku Fakhry Petra turut menyampaikan hadiah kepada para peserta teh tarik.
Sessi beramah mesra rakyat bersama baginda Tuanku Ismail Petra dan Tuanku Permaisuri Tengku Anis. Tuanku Ismail Petra cukup gembira dengan kehadiran rakyat jelata disamping Tuanku Permaisuri Tengku Anis.
Pada saat ini, ada sesuatu yang menyentuh hati GWM ... pertanyaan dari rakyat jelata dijawab oleh baginda Tuanku Ismail Petra.
Dalam menyambut kemeriahan majlis Hari Keputeraan Tuanku Ismail Petra ke 61, masih ada persoalan terngiang dalam pemikiran GWM ... tidak nampak langsung kelibat Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan untuk merafak sembah mahupun bertanya khabar kepada baginda Tuanku Ismail Petra.
Apakah kerana Tuanku Ismail Petra bukan lagi bergelar Sultan Kelantan, seolah olah dipinggirkan kelibat Tuanku Ismail Petra dari muka bumi Kelantan? Cukup menyedihkan ... setelah berkhidmat dibawah naungan Tuanku Ismail Petra, Nik Aziz tidak langsung menunjukkan rasa hormat sebagai rakyat jelata. Apa punya 'Firaun' Nik Aziz ni!
GWM sempat bertanya kepada Tengku Fakhry Petra barangkali Nik Aziz tidak dijemput untuk menghadiri majlis keraian ini. Tengku Fakhry Petra telah menjemput secara rasmi Menteri Besar Kelantan sejak sebulan yang lalu! ... Cukup kurang ajar! Barangkali Tuanku Ismail Petra bukan lagi penting bagi Nik Aziz ... 'Anugerah Tuhan' Anwar Ibrahim lebih penting dari baginda Tuanku.
Sanggup pula hadir di majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana jauh di Shah Alam Selangor ... namun kediaman Tuanku Ismail Petra yang sekangkang kera tidak sanggup menghadirkan diri.
Inilah yang dikatakan sebagai 'Kaduk Naik Junjung'! Timbul lagi satu persoalan dibenak hati GWM ... Tuanku Ismail Petra sudah mampu menjawab pertanyaan rakyat jelata. Apakah itu tandanya keadaan Tuanku Ismail Petra semakin pulih dari sehari ke sehari ...
Berita selanjutnya menyusul selepas ini ...
1 comments:
Anakanda Tuanku Sultan tak datang raikan majlis ke? Tuanku yang mulia bukan hanya dinilai di dunia, Allah Yang Maha adil itulah yang akan menentukan sejahtera dunia akhirat. Ampun Tuanku. Takhta kebesaran mahkota dunia, Tunku Abdul Rahman pernah berkata...sekiranya Raja-Raja melayu tidak pandai menjaga sikap dan adab sebagai Raja...akhirnya hanya 5 Raja terakhir yang akan tetap tinggal. Berbaktilah kepada ibu bapa selama hayat mereka masih ada. Bila telah tiada nanti...tiada gunanya menangis di pusara mereka. Hanya Mahsyar menjadi tempat pengadilan.
Post a Comment