Friday, March 25, 2011


Semakin nyaring suara majoriti golongan Pro Ulama marah dan tidak berpuashati dengan tindakan Presiden PAS akhir akhir ini. Hadi Awang jelas terlalu berkompromi dan menyokong setiap tindakan Anwar Ibrahim seolah olah beliau semakin selesa dengan golongan Pro Erdogan.

Bermula dengan tindakan membabi buta beliau berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim dan yakin aktor Y dalam video seks bukanlah Anwar Ibrahim. Walhal Presiden PAS tidak pernah melihat dan menyaksikan klip video tersebut.

Sebenarnya Hadi Awang tidak perlu bersekongkol dalam hal ini tanpa mengadakan musyawarah bersama dengan pucuk pimpinan parti. Namun tindakan pantas beliau tanpa merujuk kepada para sahabat yang lain telah memberi kemenangan pertama kepada golongan Pro Erdogan, sebelum berlangsungnya Muktamar PAS.

Penolakan cadangan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kes video seks sekali lagi memberi tamparan besar kepada golongan Pro Ulama. Tanpa melihat dengan jelas idea penubuhan badan tersebut, Hadi Awang memperolokkan cadangan tersebut sebagai mengarut dan bodoh. Ini merupakan kemenangan kedua golongan Pro Erdogan yang memang berada dalam kem Anwar Ibrahim.

Walhal ramai golongan Pro Ulama bersetuju dengan cadangan tersebut bagi menyiasat ketulenan dan pembersihan imej Anwar Ibrahim yang acapkali dikaitkan dengan seks dan liwat. Umpamanya YDP PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam menyokong idea penubuhan badan tersebut sebagai jalan terbaik untuk membuktikan kesahihan video seks tersebut.



Sedangkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah mubahalah bagi menolak segala dakyah seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim. Harun Taib bukanlah pemimpin yang digemari oleh Pro Erdogan memandangkan terlalu banyak kenyataan beliau sering bercanggah dengan aspirasi perjuangan Pro Erdogan.

Tindakan Hadi Awang sebenarnya membunuh karier politik beliau secara senyap (silent killer) dan inilah peluang yang cukup dinantikan puak berhaluan kiri parti PAS. Puak Erdogan sememangnya sudah terlalu lama mengimpikan jawatan tertinggi dalam parti sejak kesemua calon tewas pada pemilihan parti tahun 2010.

Strategi dan perangkap Pro Erdogan semakin mengena, golongan Pro Ulama semakin sesak nafas dengan tindakan Presiden Parti yang semakin membelakangkan suara majoriti dan pucuk pimpinan parti.



Apakah mungkin berakhirnya suara, dinasti dan penguasaan golongan Pro Ulama dalam Muktamar kali ini, mahupun dalam pemilihan parti tahun ini. PAS sudah terperangkap dengan permainan 'belakang' Anwar Ibrahim! Sayang ... parti PAS semakin hilang hala tuju.

4 comments:

Anonymous said...

sekali pandang rupa hadi awang sebijik macam kambing jamnapari....
kahhhh...kahhh..kah....
nak gelak bila terpandang janggoat dia....
kah...kahhh..kah.....

Anonymous said...

anon 3;27

SERONOK KAN kata ORANG...

Anonymous said...

seronok kan mempermainkan sunnah nabi

ajai62 said...

Assalam Bro

Haji Hadi ni ada dalam PAS pun serupa tak ada. Suara pun macam pondan tak ada pendirian. Perangai dia macam lalang, sekejap ikut Anwar sekejap ikut kekawan Por Ulama. Kena tegur dangan Nik Aziz telur terus kecut...