APA SEBENARNYA MASALAH YOU NI TUN FAISAL ?
Sebelum mula tinta berbicara, GWM teringat kembali tajuk lagu Superb Legendary Rocker Ramli Sarip … Bukan Kerna Nama! Sama juga seperti blogger Pro BN, penulisan dalam blog bukanlah kerna nama ... hanyalah demi perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan juak-juak pembangkang.
Jika ada yang sudah harum namanya di persada maya … itu adalah bonus! Hasil kerja kuat sebagai blogger. Dan yang penting adalah niat ‘Lillah hi Taala’. Bukan sekadar ucapan di mulut, jika perbuatan sudah jauh tersasar dari apa yang diniatkan … macam Anwar Ibrahim!
Dengan penuh takzim, GWM tidak akan menyebelahi PAPA GOMO walaupun dalam satu ‘kapal’, walaupun seringkali berborak di kedai kopi hampir setiap malam, walaupun sudah agak rapat dan bergelar sahabat. Rokok pun kena kebas hari-hari! Dalam hal ini … GWM tidak akan menyebelahi PAPA GOMO!
GWM cukup faham dengan perangai GOMO … outspoken, opinion oriented, no bullshitting, straight forward, baran (tu yang selalu bertekak dengan mamat sorang ni), suka bergurau! Namun apabila PAPA GOMO dipanggil lupa daratan … there must be something wrong about you Tun Faisal!
Apa sebenarnya masalah you ni Tun Faisal?
Jika teguran terhadap kepemimpinan mahupun kementerian di anggap suatu ‘dosa’ yang tidak sepatutnya ditegur maka kita akan kembali kepada pemikiran jumud. Pemikiran ala kolonial YES SIR! … YOU ARE RIGHT SIR! … ABSOLUTELY RIGHT SIR! … RIGHT AWAY SIR! Perlu dihapuskan sama sekali.
Blogger Pro BN menegur, bukan BALUN! … beza benar menegur dengan BALUN! GWM sendiri sudah terlalu banyak menegur UMNO … tidak ketinggalan MCA, MIC dan GERAKAN (yang lain … dalam perhatian!). Sehingga mahu ditutup blog ini atas desakan .
Namun, apa yang sebenarnya GWM mahu sentuh disini bukan pertengkaran dalam kelambu antara PAPA GOMO dan Tun Faisal. Melangkaui apa yang tersurat … cuba melihat apa yang tersirat disebalik pertikaian ini.
Puas juga GWM cuba mengelak dari cetusan spekulasi terhadap sikap dan peranan Tun Faisal sebagai peneraju UMB kerana sehingga ke hari ini, dikalangan blogger Pro BN tidak mengetahui siapa blogger yang bernaung dibawah UMB. Ada lebih baiknya jika Tun Faisal senaraikan blogger yang bernaung dibawah payung UMB.
Mungkin dengan pendedahan tersebut, UMB lebih dihormati kerana sudah menghasilkan beratus blogger Pro BN sejak penubuhan badan tersebut. Respect Must Be Earned! Tun Faisal … You deserve to be respected and acknowledged by bloggers should you brave enough to declare how many bloggers have been churned by UMB!
Forgive me if I’m wrong but amongst bloggers, we heard there are only 20-25 bloggers churned by UMB since its inception! … Sorilah, cakap omputih! Kerna … untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dalam UMNO, kena speaking skit!
Baru ada class! Ada standard! … Blogger perlu ada PhD, Master, Degree, Diploma atau sekonyong-konyongya Sijil Kemahiran. Barulah mahir!
Dan kes pertikaian di antara blogger Pro BN ‘Polong Tak Bertuan’ dan UMB bukan hanya tertumpu dan bermula di antara PAPA GOMO dengan Tun Faisal. Ramai di kalangan blogger OTAI Pro BN sudah bergasak dengan UMB.
Malahan sudah lama, sejak dari PR Hulu Selangor. Dan ianya merebak seumpama satu wabak sehinggalah terhenti seketika selepas pilihanraya Sarawak ... Suatu jangkamasa yang cukup lama!
Sukar mempercayai ... lihat sahaja paparan dibawah ... jelas bukan!
Maka, apakah benar jika dikatakan blogger Pro BN seperti Papa Gomo, Parpukari, The Unspinners, The Flying Kick, Medan Info Kita, Medan Permatang Pauh, Gelombang Rakyat, Gerakan Timur, Blogenstarz, Kuku Kaki Ampang, Anak Omak dan ramai lagi blogger Pro BN ini adalah blogger yang jahat (seperti yang terpampang dalam blog Tun Faisal ... blogger jahat? Eh ... macam budak kecik lah perangai!), lupa daratan, angkuh, sombong, tidak mengenang budi, makan duit haram, songlap duit, mahu sakau projek, bla bla bla ... bla bla bla!
Apa makna sebenar rentetan peristiwa ini ... pertikaian blogger Pro BN terhadap UMB.
Sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara, peranan, tugas dan peneraju UMB yang seringkali dikritik oleh blogger Pro BN. Sudah tentu ada yang tidak kena dengan Tun Faisal. Kerana secara muktamadnya, blogger Pro BN cukup mudah dan seringkali bertengkar dengan Tun Faisal.
Apa masalah you sebenarnya Tun Faisal dengan blogger Pro BN ... hutang nasi lemak you dengan blogger Pro BN tak langsaikan lagi kah? You cilok awek mamat-mamat blogger kah? Tu yang mengamuk sakan sangat! etc, etc, etc ...
GWM mungkin masih baru dalam dunia blogging ... namun mata ini melihat, telinga ini mendengar, akal ini berfikir secara logik dan rasional. Cukup mustahil amarah blogger Pro BN terbongkar di persada maya jika tidak ada tangan yang menjentiknya ... mustahil blogger Pro BN terbakar ’lampu’ hatinya jika tidak ada tangan yang memetik suisnya ... Jawapan itu ada pada you Tun Faisal!
Mungkin juga ini merupakan petanda UMB sudah sepatutnya diterajui oleh mereka yang lebih berkelayakan, professional dan yang penting ... rasional pemikirannya.
Namun begitu ada satu perkara yang perlu GWM tegur secara terbuka kepada Tun Faisal ... apa perlu diungkitkan tahap pendidikan blogger Pro BN jika mereka ini cukup berkebolehan menangkis serangan dan fitnah pembangkang, cukup sistematik menyerang dan merungkai pembohongan pembangkang.
Tidak salah dikatakan blogger Pro BN ’Polong Tak Bertuan’ ini lebih efisyen dan efektif dari UMB dibawah naungan UMNO ... Direct Fund tuh!
Ingatlah ... Lim Goh Tong, Robert Kuok, Tan Sri Mokhtar juga berasal dari mereka yang bukan dari berlatarbelakangkan pendidikan tinggi dan berketurunan bangsawan. Kejayaan mereka adalah hasil usaha keras dan rezeki dari Allah Taala. Tidak ada gunanya mempunyai tahap pendidikan tinggi jika ianya lebih menyerlah kebobrokan pemikiran dan sifat kurang matang.
Jadi ... apa sebenarnya masalah you Tun Faisal jika rentetan peristiwa serangan blogger Pro BN terhadap anda sebagai peneraju UMB semakin hebat dan kencang!
Pokok tidak akan bergoyang jika angin tidak meniupnya! Hujan tidak akan turun mencurah jika awan tidak mendung dan guruh berdentum di langit!
Cuma ... GWM teringat kembali kata-kata saudara Zaini Hassan pengarang Utusan Malaysia sewaktu perjumpaan dengan blogger Pro BN di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 27 November 2010 dimana GWM turut serta dalam forum tersebut ... ” Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?”
Saudara Tun Faisal perlu ingat dan faham. Bloggers Pro BN adalah ’Polong Tak Bertuan’! Sikap 'mereka' yang berada dalam UMNO mungkin akan merubah pandangan dan prinsip Bloggers Pro BN dalam sekelip mata!
Sikap dan tingkahlaku saudara penyebab utama polemik ini. Saudara yang mencipta polemik ini ... saudara juga perlu menamatkan polemik ini!
Jadi sekali lagi ... apa sebenarnya masalah you ni Tun Faisal? ...
75 comments:
Terbaik bro, tepat sekali apa yang you tulis ni. Tun Faisal wajib meletakkan jawatan. Banyak sudah penyelewangan yang dia lakukan
terbaik BRO....walaupun lu sekapal tapi artikel ni cukup mantap nak sedarkan mereka yang kurang faham akan apa yang kita duduk bertelagah ni.
sorry gua terembat rokok lu dan hutang lu tak bayar tu, nanti gua bayar balik le lepas raya.
ini artikel TERBAIK!!!
Abg Gomo, beli sekarton terus.
SALAM HOUSE PK ... GWM MENULIS APA YANG DILIHAT, APA YANG DIDENGAR, APA YANG DIFIKIR SECARA RASIONAL!
LAMBAT TU GOMO BAYOR HUTANG ROKOK! LEPAS RAYA ... PERGGHHH!
Ye la Tun Faisal, what the HELL is wrong with you? X puas ati dgn PapaGomo jmpa kat pdg ar, 1 lawan 1. 2-2 anak jantan kan?Saya sebagai pembaca bebas dah lama x npk bloggers ProBN yg balun menteri kaw2 (except Menteri KDN & pendidikan guy tu...ntah saper ntah namanya hu3) but kalau Tun Faisal ni org belajar tinggi,dia xkan buka keaiban org mcm mana dia mengata PapaGomo. Dia akan cool & proof to all yg UMB boleh jd yg terbaek. Ini tidak, tulis kat blog la, tweeter la. Sori la GWM tp saya mmg x berkenan dgn org2 yg kutuk PapaGomo, MPP, DoU, DinTurtle, UjangRanggi, GWM, TFK etc etc You guys mmg TERBAEK dr ladang & keep up the good work. Hanya Allah yg akan membalas segala budi baik you guys
-Mimie-
p/s kim salam kat PapaGomo yer...tq he3
hot sungguh nampak gayanya. aku tumpang tengok je sbb tak tahu apa-apa.
cuma harapnya jgn sampai jadi umpama perang jamal yg melibatkan saidina ali & saidatina aisyah dah ler.b
Tahniah GWM, aku rasa mereka ini kurang sedar dan perlu disedarkan. Mereka juga merasakan diri mereka ini antara golongan Bangsawan yang boleh mengkotak katikkan bloger-bloger jalanan, maklum sajalah kawan-kawan mereka adalah Pak Menteri AMARAN. Maka, perlu diingat wahai Tun Faisal, anda harus berdepan dengan kenyataan yang anda itu kurang cerdik walau anda berpelajaran tinggi...
Owh.. okey.. bro dedahkan apa2 yang panas.. cam penyelewengan tun faisal ke.. wa nak buat issue maa.. boleh? kah kah kah @amenoWorld
masalahnya GOMO YANG START DULU BRO!
GOMO BURUKKAN TUN FAISAL, PASTU TUN FAISAL DEDAHKAN LA PASAL GOMO NI!
GOMO PON X SAMAN TUN FAISAL PON??? GOMO X NAFIKAN PON APE YG TUN FAISAL KATA SALAH? GOMO X BERSUMPAH MUBALAHAH PON KENYATAAN TUN FAISAL SALAH!!!
HIDUP PEMUDA UMNO!!
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/papagomo-yang-lupa-daratan.html
tgok gambar scarface gomo pon mata duitan
SALAM MIMIE ... AKAN GWM SAMPAIKAN SALAM BUAT PAPA GOMO.
KIRIM SALAM JE YEK! he he he
Bila masa saidina Ali r.a dan aisyah r.a berperang? Aduhaii fahamkan dulu antara sejarah, penceritaan, andaian, fakta2 dalam isu neh. perselisihan pendapat dan salah faham bkn berperang. lagi2 nak samakan papa gomo, tun faisal dengan org alim.. apa benda neh? papa gomo dan tun faisal layak disamakan dengan org zaman sekarang.. urrmm jgn jadi mcm najib dan muyiddin sudah. pecah 2 team. mcm tue okey lah. pasal org tak alim disamakan dengan orang tak alim = perbandingan wajar. btw, sila dedahkan penyelewengan tun faisal. setakat cakap2 aku pun boleh. aku yakin tun faisal benar!!! berdasarkan luahan panjang2 dia tue.. papa gomo ko tak kenang budi.. insaflah!!! @amenoWorld
SALAM SOZCYILI @ AMENOWORLD ... LU JUAK PEMBANGKANG PUN NAK PAKAI NAMA UMNO!
NAMA PEMBANGKANG TAK LAKU KE ... he he he
SALAM ANON 1.00AM ...
JIKA UMNO SUDAH TIDAK LAGI MAMPU DITEGUR, MAKA UMNO AKAN MENGALAMI KETIDAKSEIMBANGAN SEBAGAI TERAS PARTI MELAYU DAN ISLAM.
LAUNG HIDUP UMNO DULU, BARU LAUNG HIDUP PEMUDA!
SALAM SOZCYILI @ AMENOWORLD ... LU PUNYA GOSSIP SATU KAPAL DUA NAKHODA LASAT LA ... MACAM FITNAH!
kita putarrr lagi halimm...wang besaar..!! wang besar..!!
A small advice to any one who wants to be a leader. Ther a few components that are needed as a basic leader, other than being experience and matured. These basic needs are:
1. Know yourself. This best learned through having emotional intelligence.
2. Good communication. Good communication can enable the leader to express their thoughts to the followers with ease and clear. Can express plans and strategies. Good communication helps in influencing skills.
3. Listening skills. The most important skill that comes with the ability to have patience.
4. Ability to Strategise. How to plan, how to take action, what is needed to implement the plan and action orientated.
5. Managing Change. While doing all the above change will happen. How do you manage to handle the changes. Change if need change. Leaders cannot be rigid, listen and change if there is merit. Be it change in plan, strategies or even behaviour to fit the new scenario.
Sorry for spilting this out. I teach Leadership in the 21st century. So these are basic requirements other than having technical knowledge in doing the job as a leader.
klu blogers masing2 mempunyai sikap
bersatu hati jati diri tak mudah lentur dan yg penting tak mudah nk cabut bila kawan2 diserang maka itulah pejuang sejati berani dan bukan penakut dan bachul spt dkatakan si TF tu..
klu nama dah naik pun kenala ingat2 juga..dgn pepatah melayu mudah lupa..
satu lg sikap TF yg perlu diubah ialah jgn meletakkan tahap pendidikan dan bidang kerja sseorang sebagai tahap pengukur kreadibiliti ssorg..apatah lg dg cara merendah2kan sseorg..
kerna byk jg golongan profesional jg yg hlang integritinya..
terutamanya bila dah mula merasa kedudukan dan kuasa..
syabas pejuang2 sejati sekalian..
mula-mula saya jadi penulis blog,ramai juga bloggers pro BN letak link l.b.m diblognya
Ada satu artikel saya mengkeritik umno,maka ramailah pula yang tolak link blog saya
Inikah sikap sebenar penyokongmjangan kerana satu henggit tak boleh dikritik
bagus G W M ..ada asasnya
Gomo salahkan tun, tun salahkan gomo, lu dua orang sama, pencacai amporno!..kalau gomo rasa x salah, dia kena gi buat sumpah laknat, carilah tempat masjid mana2, kalau tak pun kuil batu caves..kahkahkah!, jangan lupa sembahyang 1 rakaat dulu..kahkahkah...pakai baju besi lagi!..kahkahkah!, carilah 2 orang geng lagi buat sumpah, jgn tinggal parpukimakkari...kahkahkah! lu kantoi gomo, kahkahkah!
DEAR ANON 1.19AM ... NICE COMMENTS!
SALAM NAMRON ... AWAT NAMA HANG MACAM NAMRUD ... KETURUNAN FIRAUN KA! he he he
SALAM LBM ... BIASALAH TU! BILA DIJENTIK SEDIKIT ... MAKA MELOMPATLAH MEREKA INI ... WALAUPUN NIAT DAN TEGURAN KITA CUKUP IKHLAS!
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik....
anyway.. i like ur write up ...bro.. if i got chance to meet u.. i want to learn english n speaking london... eventho im x alumni man univie... my english very bad u know..because our country is very very hot hot dog...
good n bloody damn informative article... salute !
SALAM GERAMSUNGGUH ... SALUTE TO U ALSO!
EEERRR ... NAK JUMPA KE! TANYA SKIT!
LU NI AWEK KE JANTAN! KALO JANTAN I TAK NAK! he he he ...
lengkap & padat tuh
SALAM HUSAINIZS ... BELUM LENGKAP SEPENUHNYA, BARU MUKADDIMAH!
NAMRUD 1.25
ko suruh anugay ngn mat sabun ko tu sumpah dulu..
wa caya lahhh....papa gomo the best....tf janganlah bongkak sangat....saya pengikut tegar papa gomo..saya tau laa...dulu pas kini dah jadi member papagomo....yang paling best dan paling menginsafkan saya......mengapa anuarrrr tak berani saman dato tt..dan juga papa gomo...siap dengan gambar lagi...apa puak pas tak nampak lagi....atau sengaja nak tempah neraka...
Siapa Tun Faisal? Is he so indispensable so much so that without him the whole world would collapse?
SALAM ANON 5.52AM ... GWM MASIH BELUM TIDUR, MAHU MENUNGGU AZAN SOLAT SUBUH.
TWO WORDS TO DESCRIBE YOUR GRUNGE TOWARDS TUN FAISAL ... EGOISTIC! RECALCITRANT!
AM I ANSWERING YOUR QUESTION DUDE!
Tepat dan bernas bro, Tun Faizal tu nak pertikai tahap pendidikan blogger memang berfikiran dangkal. Pandai tak semestinya bijak! Mengaji tinggi2 tapi tindakan TF tu bodoh!
SALAM ANON 6.25AM ... JIKA MAHU DIIKUTKAN TARAF PENDIDIKAN, GWM LEBIH JAUH LAGI DARI PAPA GOMO!
NAMUN YANG PENTING ADALAH KALIBER, LEADERSHIP, EFISYEN, BERANI, OPINION ORIENTED, etc.
DAN GWM TIDAK KISAH DENGAN PAPA GOMO LEAD GROUP BLOGGER WANGSA MAJU.
MAMAT NI OTAI ... DIA CUKUP MASAK DENGAN SEPAK TERAJANG DUNIA BLOGGING & PSYWAR!
Aku yang tak byk tahu dgn kerenah TF. Sekarang semakin jelas .... kalau kepimpinan umno tak kira dari perinkat akar umbi/cawangan ke peringkat pusat yag tak boleh tegur dan menyalahkan blog yg menyokong BN.. AMARAN : BEBAS PILIHAN AKU..
JANGAN SAMPAI LAK TF DIBOGELKAN ..
MANUSIA TAK KENANG DIUNTUNG NI... SOMBONG BONGKAK MACAM ........?
tun faisal ni ala-ala bos dia jugak kot. bos dia kalau sesama melayu berani la tangkap & penjarakan. kalau cina dok kutuk melayu ka, azan ka, baling cat kat surau ka, terbalikkan bendera ka, cuma boleh ckp kita akan siasat & akan beri amaran keras. tun faisal ni penasaran. ranking x tinggi mcm blogger pro-bn. perangai mcm ni la yg org meluat kt umno ni. cantas kepala kwn, pijak tengkorak kwn utk naik. x celaka ke perangai mcm ni! aku nk tanya kt pisau.net, ko belah mana pasal pertikaian tun faisal vs gomo? nanti lu akan ckp "gua x campor". eloklah. tp bg aku, tun faisal wajar diundurkan kerana dia akan jd liabiliti kpd kekuatan cyberwar bn. jangan sampai blogger jalanan jadikan bn menjadi be end!!!
Bro!
Isunya kecil tapi ceritanya besar!
Apa yang gua faham
1.Kesnya PG cuit sikit Hisham
2.TF tak leh terima sebab PG membelakangi TF
3.Telinga TF mula tipis. Mula ungkit ungkit pasal imbuhan dan kelulusan
4. Isu sebenar tak pun diselesaikan isu remeh yang dibahaskan
Walau apa pun , gua rasa, isu remeh macam inilah yang boleh jadi barah yang lebih berbahaya daripada isu pokok.
Sama seperti Pembangkang meremehkan isu isu remeh, kematian, polis, zalim dsb.
So, ingatan buat TF, lu pemimpin, bloggers yang dipimpin, jadi yang perlu lebih dewasa adalah lu TF,
dipimpin bukan bermakna dicucuk lubang hidungnya, kami bukan puak pembangkang yang ikut bontot ketua 100%
Kesimpulannya! Yang bermasalah sebenarnya TF bukan PG
Bro, sekali sekali teringin juga lepak dengan u all. Manalah tau! Ada cerita boleh kongsi! Tapi kalau lu cuma mahu lepak sama cipap, sorrylah sebab gua batang ...
Bro, mungkin u all boleh curi sikit ilmu dari Azman, Zaharin , Pak Habib dll ......
To all Pro BN bloggers,
Jangan hilang Fokus
Our no 1 Common Enemy is B.A.B.I.
Salam,
Saya mempunyai pengalaman semasa berususan dengan UMB ini. Semuanya saya coretkan di http://blogpendekarsiber.blogspot.com/2011/07/umb-oh-umb.html
Mohon tuan link blog saya http://blogpendekarsiber.blogspot.com/ ke blog tuan.
INSYALLAH saya akan buat perkara yang sama.
Terima kasih.
Lebih sudu dari kuah mmg terdapat di mana2... standard lah tu, yang betul kita sokong, yang salah dan meragukan kita persoalkan... hari2 nak kne puji jer nnt naik lemak lak... :):):)
gomo' kalu nak balun dia panggil kawe sekali. kito pakat balun.!! khak ptuihhh!!! atas muka tun faisal!
Pemerhatian saya: Terdapat perbezaan yang nyata(sigificant) antara blogger PRO BN dengan blog BN (papagomo vs tunfaisal). Ketidaksebuluan terlalu menonjol atas dasar kepentingan peribadi sehigga menyerlahkan lagi kelemahan dalaman BN. Kelemahan inilah yang memudahkan pihak pembangkang menombak BN. Blogger pro BN lebih matang,kreatif dan proaktif dalam tugasnya untuk menentang pembangkang.Selagi unsur kepentingan diri berada dalam BN maka susah untuk maju menawan hati masyarakat umum. Blog BN masih lagi dalam suasana keselesaan sehingga menjadi penghalang untuk ke depan.
Teguran yang jujur mesti diterima untuk memperbaiki keadaan dan harus menerimanya dalam bentuk bahasa blogger yang bersifat pragmatik dan provokatif dan berbentuk "reverse psychology". Perbezaan pendapat harus diterima secara nyata dan bukan untuk didedahkan dalam alam maya demi memajukan BN. Kejayaan tidak bergantung kepada sekeping kertas bernama Ijazah sahaja tapi mampu mengaplikasi penggunaan otak kiri dan kanan. Pemahaman pula harus bermula dari qalbu.....bukan kalbu!!!!!!
Kepada papagomo....teruskan kerja anda dan kadang pendekatan provokatif diperlukan dalam BN dengan niat memperbaiki keadaan. Kepada tunfaisal teruskan kerja anda dan kurangkan pendekatan "feudal" yang tidak menguntungkan BN khususnya Melayu Islam dalam UMNO.Semua "ranjau dalaman dan luaran" dalam UMNO perlu dibuang. Ranjau dalaman perlukan pembaharuan dan ranjau luaran perlukan tindakbalas kreatif dan provokatif.
Selamat bersatu padu Melayu Islam dan terus menangkis golongan ULTRA KIASU dan munafikin.
Sila baca/beriqrak penulisan berikut untuk memajukan Melayu islam dalam UMNO.
1. TDM...A Doctor in the house. chapter 31 dan 53.
2. Chandra M. http://www.anwaraidc.com/?p=14206
3. RT. http://suara1umno.blogspot.com/2011/07/mesti-baca-hasil-tulisan-dr-mohd.html?showComment=1311413035391#c5443331282210159074
4.ezam.. http://mindaaidc.wordpress.com/2010/04/05/apa-yang-wan-azizah-beritahu-ezam/
5. Banyak lagi....
sebagai blogger berbayar, cuba ceritakan apakah strategi dan communication line yang telah digunakan oleh gomo dan rakan-rakan dalam PRN Sarawak dan Bersih sehingga BN dianggap gagal?
Anon 1:00
Siapa yg mula dulu, siapa yg balun siapa? itu bukan penyudahnya. Permasalahan sebenar harus diselesaikan secara bijak, sebagai seorang pemimpin, jalan terbaik adalah berunding secara gentleman. Kiranya perlukan orang tengah, ramai yg boleh membantu, elakkan isu sekecil ini dijadikan beban perasaan dendam kesumat, sampai bila tak berkesudahan. Tanya diri sendiri, apakah nawaiitu sebenar perjuangan dlm parti, adakah parti yg memimpin ahli atau ahli yg memimpin parti, adakah parti yg harus menyumbang kepada ahli atau ahli yang sepatutnya menyumbang kpd parti, pemimpin silih berganti dtg dan pergi, jika taksub kepada pemimpin maka rosaklah parti, kesetiaan kpd parti semakin kukuh ia berdiri.
Ramai yg taksub kpd pemimpin kerana ada kepentingan diri, ahli yg taksub kpd parti adalah pemimpin sejati
terbaik bro well done...dorg org besar mcm tu la pantang kene cucuk skit sakit mcm kena tembak..tu yg org jd menyampah cube ambil pendekatan cool org pun x marah...jgn la cm budak kecik..kita skrg nk memenangi semula ati rakyat..
*credit to GWM & papa gomo
Kebanyakan Pegawai khas lebih dari Bos..Bos sebenarnya tak tau pun benda yg jadik..yang tau ni peg Khas mcm tun Faisal la..sebab tu la banyak Pemimpin BN yang rosak..
Tahniah kerana berani kerana benar.
Tun Faisal silap, dia ingat kita taksub tahap gaban pada pemimpin UMNO sebagaimana PASngok dan Pakatan Harami taksub tahap cipan pada Anwar dan N.Ajis.
Yang salah, kita tegur. Tun Faisal lupa, bahawa elemen tak mau menegur ni la yg menyebabkan orang MElayu marah pada UMNO.
Ye tuan. Tuan betul tuan. Tuan hensen tuan.
TAk betul. Tegur. Perbaiki. Apa susah sangat??
Yang penting sama-sama memerangi dajal ejen gerakan freemason si Anwar ni.
well done
ini baru digeletek kat mayacyber dah melatah sakan, kalau dijentik kat alam nyata ntah berguling-guling kat tanah gamaknya
lu sama GOMO sama ja BABI!!! apa igt, lu org boleh naik ka.. sapa angkt lu hah.. lu maw gget lu punya tuan ka.. LU hanya ANJING ma... apa sgt sumbgn lu.. FUCKOFF la lu.. buat malu, al-juburi klau tgok ni mcm ar.. dy gelak saja. pukimak lu!
dalam maya tiada istilah tuan @ kuli, alam maya adalah bebas untuk bercakap, berpolitik, menyokong atau membangkang.. itu hakikat.
kalau sesiapa berniat nak memimpin dalam dunia blog, lupakanlah sahaja.
kalau sesiapa yang beharap arahan atau cakapnya harus diikuti.. lupakan sahaja.
dunia maya adalah dunia merdeka bukan terjajah.
Secara kasarnya, Apabila aku baca artikel Tun Faisal; nampak sangat bongkaknya. Boleh persoalkan tahap pendidikan seseorang? Pergi mampuslah ko dengan sijil2 ko tu. Nanti masa mati, masukkan dalam kain kapan tu. Mana tau bleh tunjuk dengan malaikat, bleh minta soalan susah sikit. Kelakarlah orang mcm tu.
Dalam kerajaan sendiri pun, berapa banyak yg sekolah tinggi2, sijil bergulung2; bodoh lebih dari lembu. Asyik kena kencing dengan vendor cina dorang je (ni aku tengok sendiri dengan mata aku). Harap2 Tun Faisal bukan tergolong dengan yg golongan tu (Walaupun nampak gayanya memang serupa).
== YANG BERPENDIDIKAN RENDAH ==
gomo dan parpukari marahkan umb sebab duit. mereka berdua mahukan duit lebih dan hidup senang hasil kerja blogging. so kepada tun faisal, berikan duit, tutup nanti mulut mereka
oooo UMNO ada UMB....unit media baru...apa fungsi UMB ni? kena gasak dgn geng sendiri sikit dah pertikaikan tahap pendidikan geng sendiri...macam ni nak jadi pemimpin?ptuih laaaa...
dapat fund plak tu..tapi tadak sumbangan untuk menepis dakyah2 pembangkang....
SIAPA TUN FAISAL???.... SIAPA UMB????? TAK KENAL PUN... AKU CUMA KENAL BLOG PAPAGOMO AJE... BLOG YANG LAIN2 TU, AKU KLIK KAT LINK YG ADA DLM BLOG PAPAGOMO.... KLU MCM NI LA PERANGAI PEMIMPIN, CAMANA LA KLU TETIBA SUATU HARI DIA JADI PEMIMPIN NEGARA NIHH.... HANCUSS MCM NUAR BRAHIM...... SAPA2 SOKONG SILA ANGKAT TANGAN....
KAH KAH KAH aku tahu isunya......DUITTTTTTTTTT!!!!!!! UPAHHHHHHH!!!!!!! itu aje isunya!!!!!!bagi je senyap le tu.......
"gomo dan parpukari marahkan umb sebab duit. mereka berdua mahukan duit lebih dan hidup senang hasil kerja blogging. so kepada tun faisal, berikan duit, tutup nanti mulut mereka
July 24, 2011 3:08 PM"
aku yakin, duit bukan isunya!! aku menulis bukan krn duit @ nama. apa yg aku rasa tak betul, aku kritik dgn niat utk membetulkan keadaan. tak nak terima teguran, ikut lah. kalau pemimpin2 BN tak betul jalan, aku hentam jugak. takkan nak jadi yes-man kalau benda memang tak betul?
jgn krn mrk berada di atas, blogger otai tak boleh nak tegur? kita blogger nyamuk plak tak boleh gigit? elok juga kita gigit TF ni tiap2 hari supaya dia selalu kena garu & ingat bisa gatal2 gigitan nyamuk!
Dalam budaya kerja kebanyakan orang Melayu, Itulah budaya "kiss ass" mesti cakap "yes", semua masa, walaupun benda yg tidak memenafaatkan! Kalau tidak, tak popular. Kalau tak popular tak ada peluang naik pangkat..., tak dapat projek...nanti tak cepat kaya! Kalau dah kaya bolehlah menunjuk-nunjuk.. Alahai orang Melayu! Allah beri akal tak guna dengan betul! Allah bagi rezeki, jadi tamak macam Qarun...Allah bagi peluang, mula kaki naik kepala! Tolong fikir panjang , bangsa kita bermasalah! kalau dah diberi mandat dan jawatan, jalankanlah tanggung jawab. Jangan sibok nak angkat diri sahaja.. Yang lebih baik jika ditegur ada kelemahan siasatlah segera dgn cepat ambil tindakan1 Janganlah seluruh hidup dalam "denial" sahaja. Kelemahan utama orang Melayu ,, denial.. denial.. denial. Kalau tak sanggup buat kerja efficient, berhenti sahaja!. Jangan nak berlemak pegang jawatan tetapi takut, tak mampu berbuat apa-apa.. Kaki bodek dah terlampau banyak!
Hidup PapaGomo, hidup pejuang UMNO tulin, teruskan perjuangan!
Salam Tuan GWM, aku ni pemerhati jauh, nak tanya kenapa korang blogger pro BN tak bersependapat dan kdg2 bertelagah dalam isu dan sokongaan terhadap KJ. KJ tu berbakat dan berwibawa utk menerajui UMNO dan negara hadapi cabaran pembangkang dan juga cabaran alaf baru globilasi, bagi aku UMNO ketandusan pemimpin muda berkaliber...yelah manusia mana yang tak pernah buat kesilapan tapi kalau seseorang tu bersungguh2 ingin membuktikan kesedaran, kenapalah nak dibunuh karakter politiknya terutamanaya oleh si Parpukari...sedih aku tengok korang ni....Tuan GWM, tolonglah bagi komen tentang sokongan korang terhadap KP UMNO ni ya! TQVM!
gua yg sekarang ni, tak malu mengaku ahli UMNO pun pasal blogers cabuk korang.Siap henjutan dan hentaman berfakta korang la yg banyak membantu UMNO..Hanya ALLAH yang mengetahui keikhlasan kamu wahai blogers cabuk!!!
MASALAH NYA BILA PERIOK BESARRRR, BESARRRR LAH KERAK NYA...
Ape kena la dgn Tun Vs Blogger pro BN ni.. hehehe..
susahla kalau nak tegur kerajaan & UMNO pun x boleh..
A ah. Nak jugak tahu blogger mana bawah UMB.. Hehehe..
GWM.. keep it up bro..
Pencacai UMNO kalau berkerja tanpa fulus, jangan harap lah nak ikhlas. Kerja lilah hi ta'ala konon. Pirrahh!.... Kerja mencaci dan buat fitnah hari2, ada hati sebut nama allah.
Aku vote Papagomo handle UMB!
Sepak je Tun Faisal bangang tak bertempat ni. Contoh pemimpin gampang + sial dalam UMNO.
-Pemuda PJ-
SALAM ANON 9.42PM ...
MENARIK UNTUK DIKUPAS SOALAN SAUDARA, PENDAPAT MENGENAI KJ!
SEHINGGA SAAT INI, GWM MASIH MENYIMPAN DARI MENGELUARKAN ARTIKEL MENGENAI KJ. BANYAK TU!
AS SIMPLE AS THIS ... DAMAGE HAS BEEN DONE ... KREDIBILITI UMNO KINI DALAM FASA PEMBAIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN ... ALHAMDULILLAH.
WAVE ATAU SOKONGAN KEMBALI PULIH WALAUPUN BUKAN TAHAP 100% LAGI ...
TERUS TERANG, GWM BUKAN PENYOKONG DAN MENYOKONG KJ! DITTO!
BELIAU ADA KARISMA SEBAGAI PEMIMPIN BERKALIBER DAN TUGAS KJ SEKARANG UNTUK MEMULIHKAN IMEJ PEMUDA UMNO DAN SOKONGAN RAKYAT SEBELUM TAMAT PERKHIDMATAN.
SELAGI KJ TIDAK SALAH LANGKAH ... GWM TIDAK AKAN MENGELUARKAN SEBARANG ARTIKEL BERBENTUK TEGURAN ... BUKAN BALUN PEMIMPIN!
MENGENAI SAHABAT GWM BERNAMA PARPUKARI ... GWM HORMAT PRINSIP BELIAU SEBAGAI BLOGGER DAN ITU ADALAH HAK BELIAU UNTUK MENEGUR KEPIMPINAN.
GWM JAWAB SOALAN ANON KE ...
Tuan GWM,
Alhamdulillah, saya berasa amat lega dgn penjelasan tuan tentang isu KJ, begitulah saharusnya kita sebagai blogger yang berjiwa besar, jgnlah kita terus menutup pintu dan membunuh karakter politik pemimpin muda & jgnlah pula wujud puak2 dlm UMNO semata-mata pro dan benci kpd pemimpin tertentu. Bagi saya, KJ sbg org muda memang bnyk buat silap dulu tapi beliau telah membuktikan kesungguhan dan jatidiri spt. masuk Wataniah, "qualified parachuter", naik HAJI, pergi GAZA dll...org biasa TAK AKAN MAMPU UNTUK BERLAKON buat kerja2 ni semua, he is proven GOOD!
Saya bukanlah penyokong maupun balaci KJ, saya org jauh seberang Laut China Selatan dan bukan ahli UMNO pun...parti pembangkang banyak mengetengahkan pemimpin muda berkaliber yang bukan sahaja hebat bekerja tetapi KELIHATAN HEBAT secara luarannya. Malangnya dalam UMNO saya belum nampak ada pemimpin muda yang bayangnya mampu keluar dari batas ruang-lingkup UMNO sehingga dapat dirasa impaknya oleh rakyat dan pemerhati biasa macam saya ni, Kita nak juga ada pemimpin2 muda UMNO/Kerajaan yang boleh buat orang rasa GEMPARQ, internally and internationally....TQ Tuan GWM!
-Pemerhati jauh.
perselisihan ant papagomo dan tun faisal. bukan ant blogger UMB dan blogger 'polong tak bertuan'.
eloknya biar mrk selesaikn. para blogger pro bn dari mana belah tidak perlula buat posting ttg mana2 pihak. ini akan mengeruhkan lg keadaan. carilah org tengah.
sememangnya kedua2 pihak akan cuba menegakkn bhw dialah yg benar dan yg satu lg salah. itulah namanya perselisihan. apapun perselisihan, kalau tidak duduk berbincang tidak akan selesai. tak mampu duduk bebincg, hantar utusan utk berunding.
laki bini kalau gaduh mmg teruk juga meskipun duduk serumah. dan pgaduhan akan jd lebih rumit dan makin sukar diselesaikn jk pihak lain spt ibu bapa, mertua, adik bradik, ipar duai dll turut melibatkn diri.
syor penyejukkn: tun faisal bg gomo hadiah. gomo bagi tun faisal hadiah. apa2 jer la hadiah tu.:)
lagi satu syor, sama ada papagomo atau tun faisal kalau nak posting hentam pihak lwn, JANGAN LUPA BAGI SALAM DULU spt 'ASSALAMU'ALAIKUM PAPA GOMO' or 'ASSALAMU'ALAIKUM TUN FAISAL'. salam ni boleh mnyejukkn perasaan yg panazzzzzzzzzzzz!
Hello Tun Faisal....PALA BUTOH LU!!!!
JANGAN USIK PAPA GOMO....AWAS!
Salam,
Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma cara yang Tun Faisal gunakan agak kasar dengan memandang rendah pada bloggers seperti papagomo. hebat sangat ka Tun Faisal ni?....
Pendekar Siber
http://blogpendekarsiber.blogspot.com
CADANGAN AGAK BERNAS WAK JANAK ... BOLEH DIKETENGAHKAN!
GWM PUN TAK SUKA BERGADUH DI ALAM MAYA ... HANYA SUKA BERTUMBUK SECARA LIVE! he he he
memang...dia memang dah belagak pun sekarang ni..dah jadi side tendang menteri kanan..per lagi idung tinggi la..
yang heran tu ....sejak krisis ngan papagomo ni baru tau ada blogger nama tun faisal ketua unit media baru...sorry to say bro...but it is true...
Tahniah Bro... artikel terbaik sebab berlapik dan guna ayat "halus"... kalau aku confirm dah "BALUN"
tu masalah kengkawan dalam UMNO n BN... semuanya depa betul... tak boleh kena tegur dan bagi komen "panas" tapi membina... terus kene cop pro-pembangkang... gila memang UMNO gila...
Kata UMNO nak berubah... berubah apa ke bendanya... sekejap je... macam macam penyakit lama dah datang balik... kut terus gitulah nescaya melingkuplah PRU akan datang... jgn lupa rakyat masih sangsi dan meluat dgn UMNO... hingga kempen dan gerakan di akar umbi tak guna nama UMNO sebaliknya NGO... betul tak??? ada aku bohong??? abis naper tak sedar n insaf lagi???
JANGAN LUPA UMNO "Polong Tak Bertuan" ini boleh jadi "sahabat" dan kalau dah boring "anytime" boleh "LIPAT" UMNO balik... Kalau berjuang dalam UMNO untuk projek dan nama... celakalah gamaknya mereka-mereka tu...
Kepada Allah Berserah
sometimes ini lah buta nye orang UMNO. apasal la bela orng yg 'arrogant' yg suka menentang orang yg beria2 secara volunteer nak tolong memperbaiki UMNO pasal rasa diri atau kredebility mereka tergugat.
aku kasi korang satu cerita sial la pasal kes orang2 macam ni. bukan buat2, tapi reality berlaku pada satu ketika.
kawan aku, mamat y, adalah seorang hardcore UMNO supporter yg tidak kira malam atau siang, bila diperlukan oleh mamat x (UMNO punya orang la) yg memerlukan kederat atau pikul atau apa jenis kerja2 yg berat, dia akan memberikan JIWA dan RAGA untuk UMNO. aku kadang2 kesian kat dia gak, ada gak rasa yg dia dipergunakan gak, tapi apa boleh buat, dia adalah terserlah penyokong UMNO tulin. tahniah!
pada satu hari ketika aku balik ****, rumah orang tua ku, aku lihat banner dan bendera UMNO menyambut akan ketibaaan VVIP UMNO. pada masa aku berbual dgn kakak aku, dia betanyakan la siapa yg datang? aku bilang aku tak tau la.. nanti aku tanya mamat y. dia kan org kuat UMNO sini.
jadi, bila aku call dia, tanya siapa yg datang, dia jawab TAK TAHU dan tidak pon diberi TAHU. aku tanya kenapa jadi camtu? cuba ko check.
lepastu about 1 hour later dia replied. Menteri kewangan kedua datang melawat jentera UMNO **** Setia dan dia tidak sempat nak datang sebab dia duduk jauh di Kuang sana. dah terlambat untuk atucara tersebut dah.
korang mau tahu realitynya what happen? ok, pada masa itu, semua hardcore UMNO yg supply kederat tidak diperlukan kerana dah ada pihak catering. dan muka yg menyambut adalah terdiri dari golongan muka2 baru yg tidak pernah menjelma atau kelihatan selama ini tetapi saudara mara dan geng mereka(mamat x)sahaja.
you all know bertapa kecewanya penyokong hardcore ni semua. maybe diorang ni tak lah bersijil tinggi, tapi orng2 bersijil tinggi la dok pekena dan perguna diorang ni.
bukan dia sorang je, tapi beberapa kawan2 yg lain juga. ini balasannya ko akan dapat ko setelah ko sacrifice dan dedicate diri ko kat UMNO selama bertahun2 ini. Apa moral yg korang dapat dari insiden ini?
this got nothing to with education or certificate or whatever, but plain GREED. they manipulate and abuse people.
jadi korang sendiri paham kenapa kawasan ni jatuh kepada PAS atau PKR. dan aku pon meluat melihat muka2 'berok' ni setiap kali aku balik rumah mak aku..
diorang tak tau nak tolong orang, tapi pandai makan sorang2. bila kalah, kata lak budak2 ni tak cukup berkerja sama dgn jentera yg ada atau all the donkey fairy tales.
orang macam ni la UMNO bagi gaji atau bela. meluatkan?
these people must go! or at lease, belajar2 la respect orang sikit. Ini perjuangan semua, UMNO bukan ko sorang sahaja yg punya.
let's put UMNO back on the track ya..
en. muniandy
Orang Putrajaya semua kenal dgn mamat TF ni, memang kaki rembat mamati ni.. kalau bab duit dia la no 1 kaki kebas, boleh tanya kat Ku Nan.
dia sorng je yg betul dan pandai.. kalau nak tau sapa orang dia kat Putrajaya yg dok selalu jadi langau boleh refer kat Datuk K.. drebar, office boy, PAR.. kalau orang bijak pandai takut melawan tokeh.. TF cukup la tu.. bawak bertobat..
Post a Comment