Saturday, July 30, 2011


GWM tidak sesekali mempertikaikan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN), namun sejak akhir-akhir ini timbul berbagai reaksi dan perspektif agak negatif.

Rakyat semakin skeptikal dengan langkah dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang yang diambil oleh KDN.


Dan panggilan yang amat menyakitkan halwa telinga seperti 'Kementerian Amaran Demi Amaran', 'Menteri Amaran' tidak seharusnya berlaku bagi sebuah badan yang menjaga kepentingan dan keselamatan negara ini.

Sudah habis ikhtiar dan sedaya upaya tidak mahu menegur langsung KDN namun apakan daya, GWM juga manusia seperti rakyat yang lain mahu KDN kembali disegani dan dihormati.

Buat yang dihormati YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, teguran bukan bererti membenci jauh sekali memusuhi. Berbeza pandangan dan pendapat adalah kawan yang baik.


Anggaplah teguran nakal dari blogger pro kerajaan sebagai usaha mahu mendekati dan memahami tugas dan tanggungjawab Dato' Seri serta kementerian yang dinaungi.

Bukanlah kerja blogger pro kerajaan mahu menjatuhkan kredibiliti malah mengampu KDN hidup-hidup! Blogger pro kerajaan tidak buat kerja mengampu seperti blogger UMB! Kipas mengipas bukan amalan blogger 'Polong Tidak Bertuan' pro kerajaan.

Consistency dan Law Enforcement adalah keyword yang mahu diketengahkan melalui artikel ini. KDN seolah-olah dilihat tidak konsisten dalam menguatkuasakan undang-undang.

GWM yakin dan percaya KDN mempunyai sebab yang munasabah mengapa beberapa orang anggota Parti Sosialis Malaysia(PSM) termasuklah Dr S.Jeyakumar,Ahli Parlimen Sungai Siput dibebaskan ... YB lebih arif dalam hal ini.

Namun sekilas pandangan, juak-juak pelampau ini seolah olah sudah kebal dan mempunyai imuniti dari sebarang tindakan oleh KDN dan itulah yang paling digusarkan.

Penangkapan juak-juak ini cukup berkait rapat dengan pertuduhan di bawah Ordinan Darurat kerana kesalahan mereka untuk memerangi Yang DiPertuan Agung sejajar dengan kehendak Seksyen 122, Kanun Keseksaan.


Apabila terbukti kesemua mereka ini berniat melancarkan tentangan itu dengan menghidupkan kembali fahaman komunis melalui beberapa nama yang mereka julang sebagai tokoh sedangkan Parti Komunis Malaysia serta fahamannya telah diharamkan oleh kerajaan dan undang-undang pengawalannya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

GWM meminta jasa baik YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk memberi penjelasan sebaik mungkin. Penjelasan dari KDN cukup ditunggu-tunggu mengapa mereka ini dibebaskan dan atas dasar apa kesemuanya dibebaskan.

Perlu sebenarnya YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pihak kementerian mengeluarkan kenyataan sebelum banyak lagi suara-suara yang mempersoalkan 'kelembapan cuaca' di KDN.


Anggaplah artikel ini sebagai tanda salam perkenalan diantara blogger 'Polong Tidak Bertuan' pro kerajaan dengan Kementerian Dalam Negeri.

Jangan Marah YB ... sekadar mahu penjelasan.




9 comments:

Anonymous said...

Hanya PM boleh beri AMARAN kpd Menteri Amaran ... lebih baik berikan kata - U R FIRED.

Semua akan setuju dan Menteri LAIN-YG-SE-ANGKATAN akan akur kpd kata Rakyat.

Gay's Club said...

Awwww!!!!! Jgn lah mcm tu Jib... kitakan berpupu-pupu...

I tak berani nak hentam Al Juburi tau... we are in the same club, you...

Yuseri Yusoff said...

Salam sahabat GWM yang saya hormati.

apa kaitan dengan UMB saudara?

Anyway cuba cek siapa yg tentukan apa tindakan yang boleh diambil oleh Dato Hishamuddin? Kita pun kalau boleh nak Dato Hishamuddin sumbat je semua pemimpin pembangkang dalam ISA.

Tapi setiap tindakan yg diambil kerajaan sudah tentu ada sebab.

Masing-masing ada peranan, adalah lebih elok sekiranya kita memainkan peranan masing-masing buat masa skrg ini.

Dari dok pertikai peranan orang lain. Sebab tiada yg sempurna selagi kita ini bernama manusia.

Fokus PRU13, lps tu bro balunlah nak balun UMB ke, nak buat UMB bungkus ke. Itu hak you bro...

Salam...

HHalem said...

Tuan:-)

Cukup baik.

Tukar Hisham sekarang nampak kehinaan Hisham dan kelemahan sepupu beliau.

Najib tunggu next cabinet line up, lepas PRU 13.

Sakit la kita, dgn masalah China dn India Fatria.

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam GWM.

Aku juga selaku rakyat marhaen, yang tinggal di pedalaman ini, walaupun "tempiasnya" boleh dikatakan tidak mengenai aku, namun sebagai rakyat Melayu, aku cukup amat terasa "kehilangan" sesuatu yang amat menyedihkan, apabila "suara" rakyat kelas bawahan macam aku ini tidak diambil pusing oleh penjawat penting yang menentukan "keselamatan" negara seolah-olah apa yang berlaku hanya "drama" biasa, tidak perlu diberi perhatian.

Aku khuatir kalau ianya berterusan rakyat yang selama ini sentiasa berdiri teguh 100% di belakang kerajaan akan mula rasa bosan dan tak mau lagi ambil kisah. "Apa nak jadi, jadilah"

Di bawah kerajaan manapun rakyat "penureh getah dan pesawah bendang" dok macam tu juga.

Lebih baik aku dok diam-diam dan biarkan keadaan berlalu.

Anonymous said...

Salam GWM,

Masalah KDN ni dah takde teloq. tak tau sapa penasihatnya. Polis pun sama juga teloq dah hilang kerana bos asyik dok mengurut pak montori jadi kenalah jadi pak turut. setiap tindakan yang polis ambil kemudian kena minta maaf kerana nak jaga populariti kerana mereka pun nak jadi ahli politik dan bukan penguatkuasa lagi.

Anonymous said...

Salam Sahabat Blogger,

Inilah masalahnya kerajaan yang menganggap mereka sudah selesa dengan apa yang mereka ada. Mereka yang duduk di atas sahaja yang selesa tetapi yang di bawah ini terus kelam kabut. Sesekali turunlah berbicara bersama blogger pro-kerajaan baru dapat tahu apa sebenarnya sudah berlaku di peringkat bawah.

Ex-UMNO said...

Lebih mendengar kepada pembangkang sehingga membelakangkan kehendak majoriti, itulah hakikat kerajaan sekarang. Lembik, lemah dan tidak tegas, ato suka nasi menjadi bubur, baru terkial-kial...

Dlm prinsip pentadbiran, sifat 'dictatorial' kena ada untuk melindungi sesuatu entiti atau sebagai bukti dalam ketegasan perlaksanaan sesuatu prinsip. Bagaimanapun, sifat ini tidak boleh melampaui kobolehan toleransi.

Saya lama dlm UMNO, semenjak Pemuda belum wujud lagi. Bagi saya, Pemuda di bawah KJ adalah ibarat gunting dlm lipatan.

Team UMB lebih baik belajar dari unit media pembangkang... atau memang ke arah itu....

Anonymous said...

dato seri kuat sgt menjerit suatu ketika dahulu..skg dah mula keletihan ..
pak najib pun tgk jenis naik angin x dpt control jugak..meraung2..

bg saya sy masih tertarik dg cara tun m yg suara dan lagak anginnya tak pernah tinggi..tp penangannya nik ajis pun kecut telur smpi skg..


paklah pun sama..