Wednesday, July 27, 2011


GWM sudah menyentuh dua artikel sebelum ini bagaimana Sistem Biometrik lebih adil dan telus berbanding dengan penggunaan dakwat kekal.

klik ... SISTEM BIOMETRIK, AJAL POLITIK ANWAR IBRAHIM SEMAKIN HAMPIR!
klik ... BERSHIT 2.0 ... PEMBANGKANG GOYAH DENGAN SISTEM UNDI BIOMETRIK! PERLU DIBACA !

Perlu diingat, pembangkang akan menggunakan taktik paling kotor dalam sejarah pilihanraya tanahair disebalik isu dakwat kekal.

GWM cukup yakin masih ramai rakyat belum nampak apa yang tersirat, mengapa pihak pembangkang begitu taksub mahu terus menggunakan dakwat kekal.

Siri ke-3 ini akan membongkar ketaksuban pembangkang terhadap penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Perangkap terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin mengena.


Pilihanraya Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009
Bukti paling nyata bagaimana penggunaan dakwat kekal begitu mudah dimanipulasi sewaktu pilihanraya dijalankan.





Terdapat beberapa bukti menunjukkan penggunaan dakwat kekal begitu mudah dimanipulasi dan sememangnya tidak relevan dan sepatutnya digunakan pada pilihanraya di Malaysia.








Rakaman video dibawah ini jelas menunjukkan turut menyokong bukti dakwat kekal mudah dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Mengapa BERSHIT2.0 dan pakatan pembangkang masih berdegil dengan cadangan yang tidak bernas ini?






Apakah kesimpulan yang boleh dirumuskan melalui pembongkaran di atas? Sesiapapun pasti akan mengatakan dakwat kekal langsung tidak relevan untuk digunakan pada PRU ke13 kelak. Dakwat kekal bukanlah alat yang efisyen dan selamat sebenarnya!

Bukti di atas menunjukkan dakwat kekal mudah untuk dimanipulasi. Penipuan pengiraan undi dan pengundi dalam pilihanraya Presiden Afghanistan cukup jelas ... ini adalah yang tersurat.

Bagaimana pula dengan apa yang tersirat? ... GWM yakin penjelasan dibawah adalah rekayasa sebenar BERSHIT 2.0 hasil gabungan idea kotor Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga dan parti pembangkang!



SITUASI DIMANA SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 HASIL DESAKAN PEMBANGKANG


SITUASI PERTAMA - Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.

Pastinya Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga akan berada di saf hadapan bersorak dan mendabik dada bahawa cadangan mereka untuk menggunakan dakwat kekal adalah tepat. Kerajaan BN akan dituduh untuk cuba lari dari kenyataan dengan kekalahan yang menimpa.

Hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 sudah tercapai melalui isu penggunaan dakwat kekal.



SITUASI KEDUA - Bagaimana jika Pakatan Rakyat kalah pada PRU-13.

GWM cukup yakin pihak pembangkang akan mula menggunakan taktik kotor dengan cara memerangkap kerajaan BN dan SPR!

Cukup mudah ... penipuan pada pilihanraya Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009 akan dijadikan hujah, bukti kukuh yang dibangkitkan oleh pembangkang melalui isu penggunaan dakwat kekal.

BN dan SPR akan dituduh menggunakan dakwat kekal yang mudah dibasuh hanya dengan menggunakan peluntur (bleach) atau hanya dengan air biasa.

Rekayasa pembangkang bermula dengan penerbitan artikel di media-media alternatif, blog-blog pembangkang dan rangkaian video youtube menunjukkan bagaimana dakwat kekal mudah dibasuh dan dimanipulasi oleh BN dan SPR, sama seperti apa yang ditunjukkan melaui video klip di atas.

Pembangkang akan menggunakan isu di atas kononnya manipulasi dan penyelewengan dakwat kekal seperti yang berlaku di Afghanistan diaplikasikan oleh BN dan SPR.

Kerajaan BN dan SPR akan dituduh melakukan penyelewengan dan penipuan pada pilihanraya umum ke-13. Dan pada masa ini, pembangkang mula menggunakan media-media luar antarabangsa untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan dan SPR.

Campurtangan pihak luar dan tekanan diperingkat antarabangsa akan lebih mudah mencapai 'matlamat menghalalkan cara' dan menyebabkan berlaku apa yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim ...

Revolusi ... revolusi di jalanan seperti di Mesir!



Tercetusnya revolusi akan merencatkan perjalanan sosio-politik dan ekonomi negara. Konflik pergaduhan pasti berlaku di antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Keadaan negara menjadi kucar-kacir sehingga menyebabkan Malaysia diisytiharkan darurat.

Inilah sebenarnya rekayasa dan permainan wayang ciptaan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga ...

Jika SPR menurut, menerima dan menggunapakai dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh pihak pembangkang, maka kedua-dua situasi di atas pasti akan berlaku.

Sama ada Kerajaan BN menang atau kalah pada PRU ke-13 nanti, pembangkang akan memainkankan isu manipulasi dakwat kekal seperti yang disebutkan di atas. Inilah perangkap besar BERSHIT 2.0!

Dalam kedua-dua situasi, kerajaan BN dan SPR akan tetap kalah sebenarnya jika menggunapakai cadangan BERSHIT 2.0 dan desakan pembangkang!




Perangkap paling kotor dalam sejarah tanahair mula menampakkan kejayaan! Umpan dan gula-gula sudah termakan!

Penggunaan dakwat kekal sememangnya tidak pernah relevan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Percayalah ... inilah rekayasa dan agenda sebenar pihak pembangkang!

Rakyat perlu mencelikkan mata dan minda dari dibutakan, ditipu serta tunduk kepada kemahuan pembangkang? Sebarkan rekayasa pembangkang ini kepada rakyat ...

BERSHIT 2.0 ... amazingly full of shit!



7 comments:

Anonymous said...

apa akan berlaku jika orang kampong atau orang tua yg tidak
tahu apa-apa apabila didatangi agen
yg menyamar meminta pengundi mencelup dakwat pada jari mereka?

Walaupun BN tetap menang..pemebangkang akan riuh sekampong konon BN menipu dengan
dengan menafikan hak pengundi akibat terdapat tanda hitam pada jari sedang mereka belum membuang undi....

dan sebliknya jika pembangkang menang..pihak lain pula pertikaikan kemenangan kerana pengundi dinafikan undi mereka
akibat jari telah bertanda hitam sebelum pembuangan undi.

manipulasi ini amat dasyat juga!!

Anonymous said...

mohon salin tuan

Anonymous said...

Yang paling teruk, ramai org Islam tak pi mengundi sbb takut ambil air sembahyang tak sah. Mesti ada ulama kata dibolehkan sbb dlm keadaan darurat.

Unknown said...

SALAM ANON 10.40PM ... AMBIL APA SAHAJA DARI BLOG INI ... FOC!

Anonymous said...

the best solution is tgkap je dorg.pengikut dorg pun snyap.ni sume cine da naik tocang.najib kne baik dgn gangster tym zaman mahathir dlu.mayb ade mnteri nk jatuhkn najib ke ny?

Anonymous said...

SPR DULU PUN DAH BELI PUN DAKWAT KEKAL NIE UNTUK PRU 12..TIBA2 POLIS DAPAT TAHU ADA PIHAK DAH BELI DAKWAT NIE KAT THAI DENGAN JUMLAH YG BANYAK DAN DIKUARTIRI AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENIPU DLM PRU12...DAKWAT NIE MUDAH DI SALAHGUNAKAN, SEBAGAI CONTOH KALAU DIORG PERGI KAT KAMPUNG2 YG PRO BN PASTU CALITKAN DAKWAT NIE KAT WARGA2 EMAS KAT SANA HAH DAH TENTU WARGA2 MAS NI DAH X BOLEH MENGUNDI MESTI KENA TAHAN DGN SPR KAN(WARGA EMAS DI KG2 NIELAH PENGUNDI SETIA BN KERANA MEREKA DAH RASA HIDUP SUSAH DAHULU MASA DIJAJAH DAN MEREKA INI LAH GOLONGAN YG MENGENANG BUDI)

Anonymous said...

terlalu memikirkan hal2 yg menakutkn sehingga menakut2kn org lain...pikir logik la bai..tk payah nk reka2 cerita..alahai..gelihati den tgk org2 yg penakut ni sehingga idea2 bangang keluar...hahahaha...dakwat kekal dpt menakutkn sang najib..hahahaha...