Sunday, July 24, 2011


Penyebab utama mengapa dua kuda tunggangan Anwar Ibrahim masih terus berdegil dengan lapan (8) tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Cukup cantik susurgalur kuda tunggangan Anwar Ibrahim, yang satu jantan ... yang satu betina, sepasang!

Demi menyelamatkan nyawa politik Anwar Ibrahim dan pemasyhuran beliau sebagai bakal Perdana Menteri, maka terciptalah 8 tuntutan kurang siuman pihak pembangkang.

Pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa berkempen minimum 21 hari, pengukuhan insitusi awam, pembasmian rasuah dan pembasmian politik kotor.



Sebenarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah adil dan telus dalam mengendalikan prosedur atau Standard Operating Procedure (SOP) setiap kali pilihanraya diadakan ... tinggal lagi juak-juak pembangkang ini terlebih mengada!

Nak buka peti undi ada wakil pembangkang. Senarai pengundi juga turut dipamerkan dan jika ada bantahan maka nama pengundi akan dikeluarkan. Begitu juga dengan undi pos, ada juga wakil pembangkang berada sewaktu pengundian dijalankan.

Maka apabila timbul cadangan SPR mahu menggunakan Sistem Biometrik bagi mengatasi dakwaan wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya ... juak-juak ini juga yang menolak mentah-mentah perlaksanaan.

Berbagai spekulasi dan putar belit dilaungkan pihak pembangkang. Sistem Biometrik pula dituduh boleh dimanipulasi, perlaksanaan cukup mahal, SPR tidak mempunyai masa dan kepakaran, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu, pembaziran, etc, etc, etc.

Lihat sahaja kebobrokan kenyataan Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat.




Idris Ahmad berkata SPR sudah membelanjakan dakwat kekal bernilai RM 2.4 juta. Suhaizan Kayat pula berkata perbelanjaan Sistem Biometrik melibatkan kos RM 3.0 juta.

Penambahbaikan kepada Sistem Biometrik hanya melibatkan tambahan RM 600 ribu. Bukankah itu petanda SPR sudah mereformasikan sistem pengundian dan pilihanraya yang bakal diadakan!

Mengapa pihak pembangkang cukup sukar menerima penambahbaikan, lebih adil dan telus! Ini kerana pihak pembangkang sudah tidak lagi mampu untuk bermain dengan isu pengundi hantu!

Isu pengundi hantu merupakan strong point pembangkang untuk meneruskan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan dan ianya bakal dimainkan sampai kiamat!

Kerana itulah pembangkang bertegas mahu menggunakan dakwat kekal. Walhal Sistem Biometrik sebenarnya lebih efisyen, adil dan telus.

Sebelum melangkah lebih jauh, GWM turut mahu berkongsi maklumat negara yang telah menggunapakai sistem ini.



Waima negara dunia ketiga di Afrika akan dan telah menggunakan Sistem Biometrik pada pilihanraya negara masing-masing, kerana jaminan ketelusan dan keadilan.





GWM sekadar ingin berkongsi maklumat untuk rakyat menilai mengapa penambahbaikan terhadap sistem pilihanraya ini cukup ditolak pihak pembangkang dengan pelbagai alasan dangkal dan bodoh sifatnya ... purely stupid!

Apa sebenarnya Sistem Biometrik?

Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.

Hah ... tang DNA tu yang buat Anwar Ibrahim cuak sangat! ... China Doll, Omega, China Doll, Omega, China Doll, Omega ...























Pembangkang sepatutnya berasa malu dengan tahap pemikiran dunia ketiga! Negara dunia ketiga sudah melaksanakan Sistem Biometrik dalam proses pilihanraya! Lu worang nak jugak pakai sistem dakwat ... apa punya bangang! Itulah ... banyak sangat jilat Anwar Ibrahim, kepala dah piau!

P/S : Sorry, artikel panjang sangat ...



11 comments:

Anonymous said...

Puak ketinggalan zaman macam tu la...

Misalnya begini la...org dah pakai I-phone, Blackberry, Blueberry segala macam gajet yg terbaru... tapi puak setan dalam Pengencing Rakyat nak pakai telefon bateri besar macam awal tahun 1990-an dulu.

Manusia2 macam ni ke nak jadi pemimpin negara di Malaysia ni??? Jawabnye Malaysia semakin mundur la jadinya...

Hahahaha, bodoh tak boleh diikut la si penganut2 Pengencing Rakyat ni

KAKIGOMO said...

mohon jasa baik tuan..letakkan url blog saya pada blog anda

kakigomo.blogspot.com

Anonymous said...

Bravo ... guna IT utk selesai masalah.

Benda-benda macam ni kena test habis-habis dulu ... jangan bila PRU13 nanti system hang sebab too many concurrent users ... siapa malu ?

Bila test tu jangan lupa panggil PR sekali ... supaya mana-mana 'kelemahan' dapat diatasi sebelum PRU13 nanti.

Jangan lupa ... Jabatan /Kementerian /Suruhanjaya lain pun mungkin ada kelemahan yg perlu diatasi dgn penggunaan IT ... SOP lapuk tu kena update lah.

pinik said...

GWM... TAKBIR,TAKBIR,TAKBIR,......BUKANG TAKDIR,BUKANG TADBIR,......ITU LAH AYAT ORANG-ORANG p******************k,,KHAWARIJJJ

pinik said...

apa DNA tu..... DATO NIK AZIZ (DNA)lah..ngok..

Anonymous said...

Sebenarnya pihak ambiga Bershit dan geng2 anwar membangkang sistem biometrik dan minta sistem dakwat kekal kerana mahu isu ini tidak diselesaikan dan terus menjadi isu yang berpanjangan.
Dengan cara itu mereka akan terus ada modal untuk berdemonstarasi dan melalak bahawa kerajaan BN tak adil. Walhal mereka tahu sistem dakwat kekal tu hanya dilaksanakan dinegara2 mundur yang tak ada sistem kad pengenalan yang lengkap. Dan mereka tahu tak ada pun negara2 maju yang pakai sistem dakwat kekal tu. Mereka sengaja nak panjangkan masalah, bukan nak selesaikan masalah.
Dicadangkan PKR gunalah sistem dakwat kekal supaya pemilihan mereka lebih telus.Patutnya ambiga bershit suruhlah anwar guna dakwat kekal dalam pemilihan PKR.

Unknown said...

HEBAT PENERANGAN ANON 10.54 AM ...

Anonymous said...

Kad Biometrik

Saya selaku rakyat Malaysia dan pengundi yang berdaftar, mencadangkan SPR menyambungkan “pembaca kad biometrik” disambungkan kepada sebuah monitor besar atau skrin besar di setiap saluran mengundi.

Melalui kaedah ini, semua wakil calon dan pegawai pihanraya dapat melihat semua maklumat yang tertera di dalam kad tersebut.

Kaedah ini dapat dirasakan lebih telus dan dapat mengelakkan SPR dari dituduh tidak telus. Biarlah SPR mengeluarkan lebih belanja untuk menggunakan monitor besar atau skrin besar daripada SPR ditohmah, dihina dan dikutuk kerana tidak telus.

Anonymous said...

Kad Biometrik

Saya selaku rakyat Malaysia dan pengundi yang berdaftar, mencadangkan SPR menyambungkan “pembaca kad biometrik” disambungkan kepada sebuah monitor besar atau skrin besar di setiap saluran mengundi.

Melalui kaedah ini, semua wakil calon dan pegawai pihanraya dapat melihat semua maklumat yang tertera di dalam kad tersebut.

Kaedah ini dapat dirasakan lebih telus dan dapat mengelakkan SPR dari dituduh tidak telus. Biarlah SPR mengeluarkan lebih belanja untuk menggunakan monitor besar atau skrin besar daripada SPR ditohmah, dihina dan dikutuk kerana tidak telus.

Unknown said...

CADANGAN BERNAS DARI ANON 1.11PM ... MUNGKIN SPR PERLU MELIHAT DAN MENGAMBIL KIRA CADANGAN SAUDARA.

Anonymous said...

Bangang betul pembangkang, satu dunia nak biometrik mereka nak kan dakwat..apa ingat ni Afrika ke? Bodoh!!!!