PARTI GERAKAN ... DIPERSILAKAN KELUAR DARI KOMPONEN BARISAN NASIONAL !
Sudah terlalu lama GWM menyaksikan permainan wayang kulit yang didendangkan oleh parti GERAKAN. Sebenarnya, tidak terlintas langsung GWM mahu menjentik mana-mana parti komponen BN.
Namun kali ini, parti yang cukup kurang membuat homework dan groundwork untuk menarik kembali sokongan rakyat dan pengundi perlu diajar kerana semakin kurang ajar!
Dan kebetulan, sejarah penubuhan GERAKAN juga bermula dari gabungan parti pembangkang selepas kemenangan parti tersebut pada pilihanraya umum 1969 dengan 8 kerusi Parlimen, DAP 13 kerusi Parlimen.
Jika diteliti secara halus, anasir-anasir 'pembangkang' masih lagi wujud dalam parti GERAKAN. Maka tidak hairanlah wujud suara-suara mentadak naik junjung, seolah-olah menolak aspirasi dan kewujudan parti tersebut dalam Barisan Nasional.
Kenyataan dari seorang jurucakap Gerakanlah Gerakan atau dikenali sebagai gG movement (Parti GERAKAN)yang kononnya mahu mereformasikan parti tersebut, sudah cukup menampakkan belang sebenar parti yang berkiblatkan pembangkang ini.
Yeap Ban Choon mahu parti GERAKAN menyokong penuh perhimpunan BERSIH 2.0 dan malu dengan tindakan kepimpinan parti tersebut yang menyokong penuh kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Yeap Ban Choon juga mahu parti GERAKAN untuk memikirkan semula strategi dan mengapa perlu kekal dalam Barisan Nasional, yang menolak perhimpunan haram ini.
Pada hemat GWM, GERAKAN dipersilakan keluar dari parti komponen Barisan Nasional jika sudah lagi tidak mampu mendokong aspirasi gabungan parti komponen.
Dan selama ini, parti GERAKAN berada di tangga terbawah dalam meraih dan menarik pengundi baru untuk Barisan Nasional! UMNO paling terkehadapan dan diikuti oleh MIC dan MCA.
Cukup jelas sejak kekalahan pada PRU 12 dan terlepasnya Pulau Pinang di tangan DAP, parti GERAKAN memang berniat bermain tarik tali dengan BN.
Langsung tidak menunjukkan sebarang kesungguhan mahu merampas kembali Pulau Pinang. Hanya mengharapkan UMNO, MCA dan MIC berhempas pulas menarik kembali sokongan dari akar umbi pengundi Pulau Pinang.
Jika sudah merasakan tidak lagi mampu bersama dengan Barisan Nasional, dengan segala hormatnya dipersilakan keluar ... Nyah sahaja dari BN!
7 comments:
adakah kemungkinan kekalahan BN di Penang adalah kerana Gerakan bersekongkol dengan DAP? mungkin ini adalah open secret antara pemimpin2 BN... penulisan GWM diatas memperkuatkan lagi tanggapan ini...
ALHAMDULILLAH ... TERIMA KASIH ANON 10.08PM. SUDAH LAMA DIPERHATIKAN GELAGAT PARTI GERAKAN.
TIDAK ADA INISIATIF MAHU MENGUATKAN LAGI SOKONGAN TERHADAP BN SEJAK PRU 12 ... INI FAKTA!
kemungkinan seperti dinyatakan anon 14 July 10:08 mungkin ada benarnya... tp mungkin juga ini percaturan BN bagi mengaburi mata PR... seolah2 parti komponen BN tidak sebulu.. tp entah la, rasanya memang Parti Gerakan ada agenda tersendiri. buat apa BN tanggung biawak hidup kalau benar seperti dimungkinkan
YEAP BAN CHOON TU AHLI GERAKAN KE????
Sepatutnya dah lama GERAKAN ni disingkirkan dari BN. Rakyat Pulai Pinang protes PRU 12 kerana Melayu merempat di negeri sendiri.
GERAKAN Kambing Hitam dalam BN. Aku rela tak pergi mengundi jika calun GERAKAN ditempatkan semula di kawasan aku. Najib kena fikir kehendak akar umbi ahli UMNO, jangan dengar "YES DATUK SERI" "SEMUANYA OK DATUK SERI" Itulah ayat yang biasa digunakan oleh KAKI-KAKI BODEK DAN BEDEK BN.
LBH BAIK SEMUA PARTI KOMPONEN BN KELUAR BN...TINGGALKAN SAJA UMNO TERKONTENG2 SORANG...
LAMA2 SESAK NAFAS LA UMNO...
GERAKAN MASIH DLM BN SEBAB NAK JAWATAN, KUASA DAN HABUAN METERIAL SAJA...
PULAU PINANG JANGAN MIMPI LA UMNO NAK REMBAT BALIK...YG SIALNYA, KALAU LA DITAKDIRKAN UMNO/BN DAPAT BALIK PP, YG JD KM NYA ADALAH GERAKAN JUGAK...UMNO LETIH SORANG2, TP GERAKAN JD KM...
APA PUNYA SIAL LA UMNO!!! BODO
cina gerakan dan cina dap wlau berlainan politik tp berkenaan bangsa dan agenda mereka sggup bekerjasama tetapi melayu pas dan umno berbeza sanggup mengadaikan maruah kerana fanatiknya politik masing2......
itulah ruginya melayu .......
Post a Comment