Friday, March 18, 2011


Berkemungkinan Karpal Singh akan menarik diri dari meneruskan khidmat guaman kepada Anwar Ibrahim. Tentunya bukan kerana demonstrasi rakyat yang mahukan Anwar Ibrahim menyerahkan DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

Namun, lebih kepada perjalanan kes yang semakin menampakkan kecenderungan dan mirip Anwar Ibrahim tidak lagi mempunyai sebarang jalan untuk menangguhkan kes liwat. Kecuali, jika terdapat lagi sebarang pertikaian melalui 'technicallity' untuk kes ini ditangguhkan dan dibuang!

Sinopsis dari blog MIM dibawah, cukup menggambarkan pergerakan kes liwat Anwar Ibrahim mungkin sudah sampai ke penghujungnya.

1) Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengarahkan pendakwaraya memberikan salinan laporan kimia kepada pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.

2) Laporan kimia itu adalah mengenai profail-profail DNA yang telah ditemui oleh Dr Seah semasa menjalankan ujikaji ke atas bahan-bahan bukti kes tersebut.

3) Anwar Ibrahim telah melantik 3 orang pakar DNA iaitu Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia, Dr. C Damodaran dari Chennai, India dan Dr. David Wells dari Melbourne, Australia untuk membantu pasukan peguambela terutamanya dari segi teknikaliti dan proses DNA yang dibentangkan sebagai bahan (exhibit) bukti.

4) Secara logiknya, pakar-pakar tersebut dan peguambela akan menasihati Anwar Ibrahim supaya menguji sendiri DNA beliau di makmal kimia dan di dalam kes ini, Australia adalah lab of choice kerana Dr Brian McDonald dan Dr David Wells bertugas di sana.



5) Anwar Ibrahim sepatutnya telah membuat perbandingan DNA beliau dengan laporan kimia yang mereka terima sebelum ini. Dan sebenarnya di saat ini, setiap individu yang menjadi peguambela termasuk Karpal Singh sudah tahu sama ada DNA Anwar Ibrahim serupa dengan DNA di dalam laporan kimia Dr Seah!

6) Jika peguambela dan Anwar Ibrahim begitu berkeras tidak mahu menyerahkan DNA beliau, ianya bermaksud DNA Anwar Ibrahim sama dengan DNA di dalam laporan kimia Dr Seah, saksi kes tersebut.


Apakah mungkin ada lagi jalan bagi Anwar Ibrahim untuk menangguhkan kes. Atau mungkin Karpal Singh sudah kehabisan idea untuk membuang kes dari sudut 'technicallity'.

2 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Mintak mintak janganlah tarik diri. UMA belum berpeluang nak berdemo. Dah tak boleh ada demo lagi. Macam mana nak lawan demo saifudin nanti?

UMA fikir lagi panjang lagi baik. UMA belum sempat nak tulis kat twitter. PRU13 nanti dah takde pulak nak cerita.

Biar dia panjang lagi. Lagi panjang lagi banyak provokasi. Dia bukak satu, kita tebar lebih lagi. Pelan pelan dia mati.

Anonymous said...

ada jalan lain untuk anuwar menyelamatkan diri dengan terjun di Plaza Masalam

miakakakakak