Monday, March 28, 2011

Nik Aziz tidak mempunyai pilhan lain, melainkan menyediakan seorang wakil dari parti PAS untuk meneliti kesahihan kandungan video seks Anwar Ibrahim atau menjadi salah seorang wakil dalam Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi isu di atas.

Nik Aziz perlu memandang jauh kehadapan nasib parti PAS sebelum menjelang Muktamar yang bakal menyaksikan persaingan sengit di antara golongan Pro Ulama dan Pro Erdogan. Beliau tidak sepatutnya terus menafikan pembabitan Anwar Ibrahim tanpa meneliti dan memeriksa video seks tersebut.

Tidak keterlaluan jika persetujuan (green light) yang diberikan oleh Nik Aziz bakal menyaksikan kembalinya sokongan dan populariti Mursidul Am PAS ini yang telah jatuh merudum. Nik Aziz perlu lebih bijak menilai situasi pertembungan di antara 'David and Goliath' dalam parti PAS. Golongan Pro Ulama sudah kelihatan merajuk dengan tindakan beliau yang banyak mempertahankan tindakan Anwar Ibrahim dan mengenepikan suara majoriti dalam PAS.

Nik Aziz tidak lagi boleh bertindak semberono menyebelahi Pro Erdogan yang telah tewas teruk pada pemilhan parti PAS tahun lalu, walaupun pada awalnya dijangkakan puak puak ini akan menguasai jawatan jawatan terpenting dalam parti.


Keberanian Nik Aziz akan dipuji melambung dalam Muktamar yang bakal diadakan nanti, jika sekiranya beliau mahu melihat PAS kembali kepada perjuangan asal daripada tercemar dan dipandang hina ahli serta penyokongnya.

Nik Aziz perlu melihat apa yang tersirat disebalik wajah 'Anugerah Tuhan' yang sudah terpalit dengan sejuta dosa dan noda sebagai 'Anugerah Syaitan'.

2 comments:

Anonymous said...

cittt,....
seorang yg ditabal mursid hamPas nak tenguk vedio org berjubur?

lain benda banyak lagi nik ajis perlu tenguk. mata dia tu rabun, telinga pon pekak. ta gua apapon kalu bagi dia tenguk, nanti dia ulas entah apa2 merapu jee.....makin sengetlah serban yg dia pakai tu, dek beban nak fikir fatwa lagu mana yg boleh selit biar langau hamPas boleh terima dan ahli pakatan kandang babi setuju alasan nik ajis atas isu video sex nuar brahim.

Anonymous said...

aku takut konek dia naik steam pulakkkk....