Wednesday, March 23, 2011


Amat menakjubkan!... Taraf Lima Bintang!... Merveilleux (marvellous)!

Hanya itulah yang terpacul keluar dari mulut rakyat Malaysia setelah diberi peluang percuma menyaksikan pratonton filem ala seks Hollywood ini. Malah, GWM turut terpaku dengan lakon layar, skrip dan sinematografi filem!

Filem terbitan Anwar & Associates 'Perut Ana ... Tidaklah Sebegitu Buncit' berjaya memecah box office dan buat pertama kalinya, keuntungan kasar kutipan tiket pada hari pertama sudah mencecah RM 20.5 juta!



Mengapa filem ini mendapat sambutan hangat dan diluar dugaan penerbit dan pengarah filem, Dato T!

Sebagai pengulas filem, GWM terpanggil untuk memberi ulasan mengapa filem ini cukup layak diberi jolokan 'All Time Hitz Malaysia Box Office Movie' ...


SINOPSIS, LAKON LAYAR DAN PENGARAHAN
Filem lakonan 'Anugerah Tuhan' ini merupakan salah satu filem 'romantic comedy with sex appeal' yang begitu 'unfogettable' dalam kotak pemikiran kerana beberapa bait bait dialog yang menampakkan kematangan dalam penulis skrip membentuk ceritanya.

Cerita ini mungkin kurang digemari oleh segelintir rakyat yang mahukan lebih aksi diranjang dan melampau mahupun setiap babak dipenuhi dengan aksi 69 hingga jantung bergetar kencang.

Fokus audience filem ini mungkin akan tertanya - tanya, siapakah 'Perut Buncit' dan 'China Doll' dan apa peranan watak Datok T dalam mencari publisiti sehingga aksi '69 and blowjob' memeningkan wartawan yang terpaksa berselubung macam hantu bungkus!



Penceritaan mula bergerak pantas setelah 'Datok T' mula melemparkan ugutan terhadap 'Anugerah Tuhan' dan isterinya. Tiga watak tambahan ... Khalid The Church, Nazmi Lembap dan Tian The Murderer Chua menghangatkan lagi plot cerita dengan klise yang tidak berkesudahan.

Filem ini menjadi suatu 'unforgettable moment' kerana twist yang hadir dari tiga watak tambahan di pertengahan filem berjaya memperdayakan rakyat dengan plot plot penceritaan yang tampak diadun kemas pada awal pembikinan menjadi huru hara.

Walaubagaimanapun, GWM harus akur kepada ulasan blogger GAP (pengulas filem OTAI) yang berjaya menampakkan kelemahan skrip dan garapan plot yang agak kucar kacir di saat saat akhir filem ... (sila klik ulasan dari OTAI blogger GAP
).

Dari segi lakonan dan penghayatan karekter, pujian harus diberikan kepada Anugerah Tuhan, China Doll, Datok T, Khalid The Church, Nazmi Lembap dan Tian The Murderer Chua kerana watak watak ini agak genius dan gila ... dalam eri kata sebenar ... kantol besar!

Namun, jelas mimik muka, badan dan aksi 'Anugerah Tuhan' ada persamaan dengan 'Perut Buncit' bersama 'China Doll'! Cuma watak 'Anugerah Tuhan' perlu digarap lagi agar tidak tersasul semasa membuat kenyataan akhbar!

Berbeza dengan filem filem terbitan Anwar & Associates sebelum ini, filem kali ini nampak lebih elegen dan anggun dan memukau minda dan mata rakyat.

Jujurnya GWM tak boleh membuat review terlalu panjang kerana ditakuti akan 'spoilt' mood rakyat yang belum menyaksikan filem aksi 18SX ini. Namun, para wartawan memberikan 'two thumbs up' bagi aksi aksi 18SX 'Perut Buncit' dan 'China Doll' ... GWM seperti ingin menonton sekali lagi walaupun tidak berkesempatan.

Rating : 6/5 (Gila Babi! ... rating terlebih ni!)

GWM juga diberitahu penerbit filem Anwar & Associates sudah pun menghasilkan beberapa filem dalam diam! Kejutan (surprise) untuk rakyat Malaysia katanya ...

Bagi tidak mengecewakan rakyat Malaysia, Anwar & Associates dan Dato T bersetuju untuk menunjukkan poster tiga (3) buah filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Dan perkhabaran gembira, rakyat Malaysia diberi pilihan untuk menetukan filem mana yang bakal ditayangkan terlebih dahulu.

GWM mengharapkan seberapa banyak undi dari pembaca dalam ruangan komen kerana undi ini bakal diberikan kepada Anwar & Associates, Dato T dan FINAS, filem mana yang akan ditayangkan terlebih dahulu berdasarkan undi terbanyak ...


Filem No 1




Filem No 2




Filem No 3





Nota : Satu tayangan amal filem 'Perut Ana ... Tidaklah Sebegitu Buncit' akan diadakan tidak lama lagi. Kutipan Amal bagi dari tayangan filem ini akan didermakan kepada Tabung Tabung Jihad PAS, bagi program dan ceramah fitnah anjuran parti PAS sedikit masa lagi.

Untuk tujuan derma, sila hubungi mana mana markas PAS yang berdekatan. Resit tidak akan diberikan!


15 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Hoi, berapa banyak filem daa.. Ha..Ha.. UMA pilih "Who's your diddy kiddo kemudian Don't hate me Malaysia...Just spit on me dan yang terakhir hapuskan air mata mu. Baru ada plot, he...he..

Penulis blog ini perlu bertaubat. Tok guru akan ampunkan. He..he..

Unknown said...

UMA ! ... UNDIAN ANDA DITERIMA! TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI!

JANGAN LUPA DERMA AMAL DALAM TABUNG JIHAD PAS!

Bingai @ Bangang said...

GWM,
Aku nak undi satu je. Who's your daddy kiddo! Action Pack & Touching! Yang lain tu jiwang cam citer Hindusetan jer.
Tang derma tu nanti aku bagi. Ada mana-mana markas yang terima kad Touch N Go tak? Dia tak bagi resit pun tak pe sebab aku dan dapat resit masa reload. hehehe

Anonymous said...

Syabas GWM, satu ulasan serto komen yang membina. Malaysia diyakini akan mendapat tempat dalam pembikinan perfileman serti rakyat harus mendesak kerajaan agar memberi ruang , Anwar & Associate mengujudkan sebuah Universiti Perfilemen, khasnya filem bercorak ????????. Akhirnya SYABAS GWM

Unknown said...

BINGAI @ BANGANG, UNDI ANDA TIDAK DITERIMA! ANDA PERLU UNDI KETIGA TIGA FILEM MENGIKUT SUSUNAN YANG DISUKAI.

MARKAS PAS? ... CARI SENDIRI! HE HE HE ...

Unknown said...

TQ ANON 2.23 PM ... TAK MENGUNDI KE!

Anonymous said...

Wei tunggu ade lagi laa.. Pencalonan filem pendek.. Di Mana Jam Omegaku..

Anonymous said...

Kalau tengok filem 'Tom And Jerry Cat' je tak boleh ke?....sebab dah boring lah dengan pelakon lelaki Y tu. Asyik dia je jadi star....bukan handsome pun....(oops sori shamsidar).

Unknown said...

ANON 2.28PM, ANWAR & ASSOCIATES SEDANG MENJALANI PENGGAMBARAN 'Di Mana Jam Omegaku'.

ITU SAHAJA MAKLUMAT TERKINI.

Unknown said...

LELAKI Y MASIH MENJADI AKTOR PILIHAN BAGI FILEM FILEM BERBENTUK PROPAGANDA DAN KONSPIRASI ANON 2.29PM!

HARAP MAKLUM!

Anonymous said...

Alaa abis la Yusri KRU, dah ada pencabar MERONG MAHAWANGSA. Datok N punya filem aksi bila mau kuar. Lepas ni pulak mungkin ada penggambaran filem di lokasi sekitar US/thailand/Jerman/indonesia. Omega-3 ada tak? Aku nak undi filem 3 hapuslah air mata mu. Sedih giler. 2nd filem 2, 3rd filem 1

Unknown said...

UNDI ANDA DITERIMA ANON 3.50 PM!

jo said...

Aku dah kabo dah..ini memang filem Art Of War...alhamdulilah depa dah kantoi...semua org dah tahu...puh licik.....ini nak jadikan pemimpin penuh tipu daya...

Unknown said...

SALAM JO! BENAR & TEPAT KOMEN ANDA!

PSSST ... TAK NAK UNDI KER!

Anonymous said...

Dengan segala senang hati teman mengundi...begini...

1. WYDK
2. DHMM
3. HAM.

Midnight show tau biar cucu2 tidor dulu...lepas jam 12.00 atas berdasarkan waktu Omega...He.He.He.