Tuesday, March 15, 2011


Malam tadi Wangsa Maju Blogger Team buat kali kedua mengadakan persidangan meja bulat, selepas PRK Kerdau dan PRK Merlimau. Semua rakan blogger hadir ... PapaDiva PapaGomo, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Malay Delima, Suara Lensa, KL Boyz Channel dan GWM.

Pada awalnya mahu melakukan 'post mortem' selepas dua pilihanraya, namun gagal kerana lebih tertarik dengan 'post mortem teh tarik, nescafe tarik dan roti canai'.

Kebetulan ... Papa Gomo menerima berita dari rakan blogger PAS (yang tetap dan masih ada hubungan baik, walaupun bermusuh di lapangan siber), blogger pembangkang sudah memulakan gerakan bawah tanah Kempen DNA - Don't Need Anwar!



Rata rata blogger PAS cukup kecewa kerana Anwar Ibrahim menikus dengan terbitnya buku A Doctor In The House, Tun Dr Mahathir (TDM).

Anwar Ibrahim seolah olah hilang punca dan gawat! Seperti tidak menafikan mahupun menidakkan apa yang digarap oleh TDM dalam buku beliau.

Apa yang lebih mengecewakan blogger pembangkang, punca kekalahan teruk PAS di PRK Kerdau dan PRK Merlimau sememangnya terletak di atas batu jemala Anwar Ibrahim.

Sudah menampakkan tanda, Anwar Ibrahim bakal dipangkah oleh blogger PAS. Tidak mustahil Pilihanraya Sarawak bakal menjadi medan berkuburnya parti PKR di Sarawak.

Semakin besar tanda protes dalam kem pembangkang sejak kebelakangan ini ...

1 comments:

Anonymous said...

Syukurlah , dah ramai orang Melayu semakin sedar diatas kesilapan menyokong pembangkang yang bererti membawa kepada kemusnahan bangsa Melayu kelak. Maka sayugia diingatkan bahawa Melayu perlu bangkit sekarang bagi menentang pengkhianat2 serta pertualang2 negara masa kini dengan menjauhi sebarang aktiviti mereka ini. Ayoh...apa lagi, laksanakan tugas murni kita ini.