Thursday, March 24, 2011


Walau apa pertikaian dan keputusan sekalipun, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkenaan isu video seks ini perlu dilakukan dengan seberapa segera. DS Najib turut bersetuju dengan penubuhan badan tersebut.

Bagi menunjukkan ketelusan, pihak kerajaan tidak perlu terlibat langsung sebagai salah satu anggota dalam Suruhanjaya Siasatan Di Raja. Hanya perlu dianggotai oleh pemimpin dari parti pembangkang, pengamal media dan pihak judiciary secara eksklusif.

Dan seharusnya pemimpin parti pembangkang tidak boleh lagi menolak usul ini bagi mencerminkan keluhuran menerima tanggungjawab sebagai badan yang bebas dari tekanan pihak kerajaan.

Apa yang lebih penting, Wan Azizah perlu menyertai badan ini sebagai pemimpin utama PKR, bukannya Azmin Ali mahupun Anwar Ibrahim ... kerana beliau adalah Presiden parti.

Rakyat perlu menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkenaan isu video seks diadakan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang situasi yang boleh dijadikan kelebihan kepada Anwar Ibrahim.

Percayalah, Anwar Ibrahim sudah pasti merangka jalan keluar dari kemelut yang beliau lakukan sendiri.

2 comments:

belalang said...

berapa banyak SURUHANJAYA DIRAJA nak ditubuhkan bagi melayan kerenah pembangkang ni??

berapa banyak lagi duit rakyat nak dibazirkan??

sudahlah hal salah guna kuasa, rasuah dan pemboros meranapkan dan membebankan rakyat ini ditambah lagi masalah.

ISSU UTAMA cuma ada TIGA ekor ketua binturong iaitu:

1. Anwar
2. karpal
3. Lim kit siang

tambah DUA ekor ketua keldai iaitu:
1. ajis
2. adi

tak kan tak boleh settle.. sedangkan KMM,MAUNAH,KOMINIS, JEPUN, BRITISH boleh selesai..

kita nak hidup tenang di bumi yg tak ada gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan nuklier!!

Ular Menyusur Akar said...

UMA sokong belalang.

GWM, Perdana menteri buat lawatan kawasan. Bakal Perdana Menteri asyik duduk dalam mahkamah dan buat laporan polis. Rakyat boleh maju ke hanya buat kerja ni? Sediakan 1 bilek untuk dia dalam mahkamah. Keluar keputusan bukan nak percaya! Saja kerja membuli.

Eeeeeeeeeeeh. Nasib baik tak jadi perdana menteri.

Udah. Jangan di layan dia. Bilek dia dah di sediakan kat bamboo river resort. Ada tilam air, satellite telefon buku dan pen. Kira ok apa...Boleh call sham.. lagi.