
Ceramah 'Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri' Anwar Ibrahim malam tadi hangat dengan asakan dan cabaran beliau mahu mendedahkan tembelang dan rasuah pemimpin BN/UMNO.
Dan sekali lagi Anwar Ibrahim mengulangi kata kata yang selalu dilontarkan sejak 12 tahun dahulu untuk mendedahkan amalan rasuah pemimpin BN.

Dan sudah hampir 12 tahun ... bila lagi Anwar Ibrahim mahu mendedahkan 6 kotak rahsia rasuah pemimpin BN/UMNO yang dicanangnya. Sewajarnya malam tadi adalah masa terbaik untuk dibuka kotak kotak ajaib tersebut untuk dibaca oleh penyokong penyokong pembangkang.
Apa perlu membuat road show seluruh pelusuk Malaysia semata mata untuk menghabiskan suara, masa, wang dan tenaga ... lebih baik sewa Stadium Shah Alam, buat satu hari Konvensyen Pendedahan 6 Kotak Rasuah Pemimpin BN, paparkan kesemua fail dan dokumen yang terlibat, kenakan caj bayaran masuk RM 10.00, barulah masyuk! GWM pun boleh tumpang sekaki.
GWM: Khabarnya salah satu kotak mengandungi fail rasuah Azmin Ali dan selebihnya fail rasuah yang melibatkan beliau. Takkan daku lupa kejadian awal tahun 1990an, pejabat Setiausaha Timbalan Perdana Menteri (Azmin Ali) diserbu BPR ... Hmmmm










