GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/04/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

KEBANGKITAN MELAYU SELANGOR ... MENENTANG PENJAJAH PKR

| Saturday, December 4, 2010

GAPS akan meneruskan usaha menghalang PKR berjumpa dengan Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan bagi menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh rakyat Selangor yang membantah kenaikan tarif air di negeri Selangor.

Mengapa perlu dihantar kepada DYMM Sultan Mizan dan mengapa tidak pula diserahkan memorandum tersebut kepada Sultan Selangor?


Adakah ini bermaksud parti PKR pimpinan Anwar Ibrahim sudah tidak percaya kepada DYMM Sultan Selangor? Apakah Sultan Selangor dianggap sudah hilang kelayakan dan kuasa untuk mendengar keluhan dan rintihan rakyat?


Yang pasti, Anwar Ibrahim berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti dan memperlekehkan Sultan Selangor sebagai Raja Berdaulat. Isu negeri sanggup diperalatkan oleh juak pembangkang menjadi isu nasional, demi menjatuhkan maruah Sultan Selangor.

Sebelum itu, GAPS telah menghantar memorandum kepada DYMM Sultan Selangor menyatakan 30 PERKARA PENYELEWENGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT dan KETUANAN MELAYU.

Dengan penyerahan memorandum ini, maka rakyat marhaen Selangor akan lebih jelas dengan sentimen penyelewengan parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan PKR. Secara tidak langsung, isu ketuanan melayu dapat dipertahankan.

SELURUH RAKYAT DIJEMPUT MENGHADIRI PERARAKAN UNTUK MENGHALANG PERGERAKAN PEHIMPUNAN PKR KE ISTANA NEGARA PADA 5 DIS 2010 JAM 11.00 PG TEMPAT DI STADIUM MERDEKA !

Post By.....MAN LAKSA

KENAIKAN RON 95 … DATUK SERI, YOU PERLU JAWAB DENGAN JUJUR!

|

Inilah ‘senjata’ yang akan digunakan pembangkang terhadap BN jika tidak berhati hati apabila membuat kenyataan di dada akhbar.

GWM rasa tidak perlu menghentam Ismail Sabri … tidak ada gunanya. Kabinet yang berhak memutuskan kenaikan harga minyak mengikut keperluan dan pasaran harga minyak sedunia.

Namun, Ismail Sabri selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Rakyat akan terus mempersoalkan kenaikan harga minyak walaupun sebanyak RM 0.05 seliter bermula semalam. GWM rasa perlu mengimbas kembali kenyataan akhbar pada 4 November 2010.


Bukan bermaksud mahu mengajar Menteri membuat kerja tetapi, lebih kepada janji yang dibuat oleh beliau tempoh hari. Genap sebulan, harga minyak bagi RON 95 naik. Walhal, kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak sehingga tahun 2011.

GWM tidak mahu rakyat menganggap kerajaan BN amat gemar memungkiri janji. Ditambah lagi dengan parti pembangkang yang pasti akan memainkan isu ini tiga hari tiga malam.



Kegagalan kerajaan berpegang kepada janji akan memberi impak dan implikasi yang cukup besar. Sokongan politik boleh berubah sekelip mata. Jangan main main Datuk Seri!

Rakyat amat sensitif dan kritis dengan isu semasa, lebih lebih lagi melibatkan wang ringgit. Rakyat juga mahir membaca, mendengar, menganalisa dan membuat perbandingan.

GWM menyeru Datuk Seri Ismail Sabri membuat penjelasan sebaik mungkin berkenaan kenaikan harga minyak melalui sidang akhbar secepat mungkin. Penjelasan tidak perlu bombastic dan segala jargon yang jarang didengari terkeluar.

Perlu diingat, masyarakat di kampung belum tentu faham apa itu Progam Transformasi Ekonomi (ETP), rasionalisasi subsidi dan sebagainya.

Mereka lebih faham jika minyak motor telah naik RM 2.00 sehari (40 kilometer) untuk berpatah balik bekerja di sawah, dusun, kebun atau di ladang. Sebulan RM 60.00 terpaksa dibelanjakan untuk kegunaan minyak petrol.

Berikan penerangan sebaik mungkin agar rakyat mampu memahami kenaikan harga minyak, walaupun telah dijanjikan tidak akan berlaku sebarang kenaikan tahun ini. Jangan terlalu mengharapkan blogger pro Kerajaan untuk ’defend’ dan memberi penjelasan bagi pihak Kementerian. Tidak adil jika blogger sahaja yang bermatian memberi penjelasan.

Your move ... Datuk Seri!


Sumber / pautan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1104&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive



MELAYU ATAS PAGAR

SEKITAR PROGRAM KHATAN PERDANA ... UMNO WANGSA MAJU

|











Bertempat di Dewan UMNO Taman Setapak, satu Program Khatan Perdana dilancarkan oleh UMNO Bahagian Wangsa Maju khas untuk anak anak penduduk setempat sempena cuti sekolah, jam 7.30 pagi tadi.

Program berkhatan beramai ramai ini disertai oleh 101 anak anak yang bermastautin di Wangsa Maju dan dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju.

Upacara berkhatan beramai ramai ini julung kali diadakan dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh UMNO Bahagian Wangsa Maju. (Untung mak bapak dari parti PKR dan PAS, semua perbelanjaan ditanggung oleh UMNO! Masuk dalam dewan buat muka menonong jer!)

Program ini juga merupakan salah satu dari kerja amal berputik dari idea Dato' Dr Hj Mohd Shafei, yang mahu merapatkan silaturrahim di antara UMNO dan masyarakat setempat tidak mengira dari fahaman atau parti.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa kerana pada asalnya hanya sekitar 40 anak anak yang akan berkhatan.

Dato' Dr Hj Mohd Shafei juga mahu meneruskan program ini sebagai acara tahunan sebagai meringankan beban ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan jika berkhatan di klinik.

GWM mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Wangsa Maju yang sudi menjemput untuk membuat liputan.

GWM sempat juga bersembang dengan salah seorang bapa dari parti PAS. Saja nak tanya ... parti PAS tak buat ke berkhatan beramai ramai? "Tak ada, memang saja tunggu UMNO sponsor" jawab dengan selamba.

GWM ......?????? Ada juga spesis macam ni!


MELAYU ATAS PAGAR

YUSMADI YUSUF … KINI BERADA PADA TAHAP BENGAP DAN BANGANG!

|

GWM kurang pasti apa rasional dan kaitan PTPTN menyebabkan lahirnya generasi graduan berhutang dengan graduan berkaliber. Dua hujah dan topik yang cukup berbeza.

Yusmadi Yusuf menegaskan PTPTN bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dan tambah beliau, lagi, PTPTN akan membebankan generasi muda sebagai pelapis pemimpin pada masa akan datang dengan hutang.

GWM bertambah pening … tidak ada kolerasi, hipotesis dan hubungkait PTPTN dengan kesemua penyebab di atas. Apa yang ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf mengarut tidak tentu fasal.

Sudahkah beliau membuat kajian terperinci mengapa graduan masakini dibebani dengan masalah hutang bertimbun?

Apakah benar PTPTN penyebab utama graduan lepasan kerja berhutang sehingga tidak mampu membayar kembali hutang pinjaman pelajaran. Atau pinjaman pelajaran PTPTN menyebabkan pelajar di institusi pengajian tinggi kurang berkaliber?

GWM ingin berkongsi salah satu dari berpuluh data dan maklumat masalah generasi graduan berhutang. Maklumat tersebut tidak mempunyai kolerasi dengan PTPTN sebagai penyebab utama graduan masakini terlalu banyak berhutang.




Graduan masakini lebih terdedah dengan cara dan gaya hidup penuh kemewahan. Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan sebanyak 1,046 kes melibatkan taraf bankrap adalah dari golongan pelajar dari institusi pengajian tinggi berumur kurang dari 25 tahun, sejak dari tahun 2005.

Jabatan Insolvensi Malaysia juga melaporkan kes graduan bekerja berumur kurang dari 30 tahun berada pada tahap bangkrap akibat penggunaan kad kredit secara berleluasa dan tanpa pengurusan kewangan yang cekap. Berbelanja melebihi tahap pendapatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim turut melaporkan statistik bangkrap akibat penggunaan kad kredit di kalangan graduan yang bekerja. Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa melakukan pengstrukturan bagi kes graduan yang berada pada tahap bankrap, sebanyak 80,348 kes.



Tuduhan Yusmadi lebih bermotifkan politik dan mencari populariti di kalangan graduan untuk menyokong parti pembangkang. Tanpa asas dan kajian terperinci, Yusmadi telah memperbodohkan dirinya dengan meletakkan 100% kesalahan ke atas PTPTN.

Ini adalah satu kenyataan rasmi yang tidak bertanggungjawab dari seorang yang bergelar ahli Parlimen. Kecenderungan Yusmadi meletakkan kesalahan dan kecaman jelas menunjukkan tahap pemikiran ahli politik pembangkang ... bangkang, bangkang dan bangkang!

Atau Yusmadi Yusuf sendiri mempunyai motif tertentu menyalahkan pihak kerajaan semata mata. Mungkin beliau juga di antara graduan yang masih lagi belum menjelaskan hutang PTPTN?

Nasihat GWM ... jika berhutang, langsaikan hutang dengan segera. ramai lagi pelajar di IPT memerlukan pinjaman tersebut untuk bergelar graduan.


Sumber / pautan:
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8480162.asp


MELAYU ATAS PAGAR

HARUN TAIB SAHKAN ANWAR IBRAHIM GILA KUASA DAN PEMBOHONG BESAR!

|

Ketua Dewan Ulama PAS semakin panas hati dengan gelagat ‘ala beruk’ Anwar Ibrahim yang semakin rakus dengan angan angan ke Putrajaya.


Harun Taib menyelar Anwar Ibrahim sebagai tidak berhak membuat keputusan bagi pihak mana mana parti pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat.


Paling jelas, beliau tetap dengan pendirian tidak bersetuju langsung dengan tindakan semberono Anwar Ibrahim menjadikan Lim Kit Siang sebagai ‘nominee’ Timbalan Perdana Menteri jika berkuasa kelak.


Harun Taib menjelaskan hanya melalui permuafakatan, perbincangan dan persetujuan semua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Lim Kit Siang boleh dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Harun Taib juga percaya Lim Kit Siang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri berlandaskan prinsip pemerintahan Islam kelak.

Errr ... excuse me Datuk Harun Taib! … Cakap boleh sebarang cakap, makan jangan sebarang makan. Apakah Al Syeikh Karpal Singh At Tantawi bersetuju untuk menjalankan pemerintahan berlandaskan Islam?

GWM bimbang nanti di jawabnya ...


Tak ke haru biru tu Datuk? …

Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


MELAYU ATAS PAGAR
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU