Thursday, February 9, 2012


Baik Anwar mahupun Khalid Ibrahim langsung tidak menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin. Begitu juga dengan portal kegemaran juak-juak pembangkang langsung tidak 'highlight' dakwaan RPK, kecuali portal Free Malaysia Today.





“Seorang kawan baik saya telah dibunuh dan saya ingin tahu mengapa. Sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya memiliki bukti yang akan mendedahkan cerita ‘rasmi’. Sumber dalaman memberitahu saya ia bukan rompakan, ia satu pembunuhan berkait dengan perniagaan.

“Ini kerana selepas pertemuan di United Kingdom, Patrick meminta tempoh sebulan untuk mengumpul maklumat mengenai sindiket perlombongan pasir di Selangor, bererti pada November saya boleh mula menyiarkan pendedahan itu tetapi ia tidak berlaku.

“Beberapa minggu kemudian, Patrick dibunuh. Polis kata mendiang maut kerana terjatuh tetapi laporan bedah siasat mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan leher (seperti dicekik),”

Dalam pada itu, sebagai memperjuangkan kematian sahabat baiknya itu, Raja Petra berikrar akan mendedahkan segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Ujarnya, tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah ‘dihalalkan’ walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu. - UTUSAN MALAYSIA, 8 Februari 2012




'Loose Cannon' RPK sudah mula menjentik hidung dan mulut Anwar Ibrahim yang masih membisu. Anwar Ibrahim perlu menyalahkan pemimpin dan pengikut PKR yang terlalu kerap mencabar RPK untuk mendedahkan isu skandal rasuah pasir di Selangor.

RPK sudah membuka seluas-luasnya gelanggang untuk Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim untuk menafikan segala dakwaan. Tampak RPK lebh bijak kerana Patrick Wong bukan hanya seorang sahaja pemberi maklumat (whistleblower) berkenaan skandal rasuah pasir ini.

Ramai lagi 'whistleblower' yang turut membantu menyumbangkan maklumat dan bukti kukuh skandal pasir di Selangor. Dan kematian Patrick Wong adalah akibat mahu menutup skandal yang dikatakan oleh RPK sebagai "genuine risk of losing Selangor" ... memang Pakatan Rakyat akan tumbang di Selangor.




Semakin jelas UNDERWORLD menguasai Pakatan Rakyat di Selangor dan tidak salah GWM katakan kematian mendiang Teoh Beng Hock juga akibat desakan UNDERWORLD supaya beliau membunuh diri untuk menutup skandal salahgunakuasa yang cukup berleluasa dalam pentadiran kerajaan negeri.

Dua kejadian ini semakin berkait rapat dengan gerakan UNDERWORLD; kematian Teoh Beng Hock dan Patrick Wong. Kematian yang membabitkan isu mahu menutup skandal salahgunakuasa dan mendedahkan skandal rasuah pasir di Selangor.

Mustahil Anwar Ibrahim tidak mengetahui perkara ini ... cukup mustahil. Tidak ada sebarang penafian atau kenyataan rasmi menidakkan pendedahan RPK.

Apakah Anwar Ibrahim turut terlibat dalam kejadian ini?

Melihatkan gaya, usaha dan terdesaknya beliau mahu memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri, kebarangkalian tetap ada. Manusia terdesak akan melakukan apa sahaja untuk menguasai senario yang tidak menyebelahinya.

Polis DiRaja Malaysia, SPRM mahupun KDN perlu melakukan siasatan ini secara detail apabila RPK mula mendedahkan satu demi satu, skandal yang semakin mengotorkan bumi Selangor.




2 comments:

Tun Teja said...

1. Pada mulanya RPK melontarkan fitnah terhadap PM DS Najib dan Rosmah terlibat didalam pembunuhan Altatunya, lepas itu dia menafikan kerana didalang oleh BABI (brother anwar b ibrahim). Anwar Aljuburi mahu merosakkan nama PM DS Najib dan isteri untuk menghalangnya menjadi PM Malaysia.
2. RPK kemudian kata anwar tidak boleh jadi PM Malaysia kerana dia mengamalkan homosexuality. Nampaknya pendirian RPK sudah menjadi sedikit baik, seperti “katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.”
3. Sekarang RPK hendak menolong menumbangkan Selangor dengan membongkarkan pekong PK “Menjual pasir” oleh Khalid Ibrahim, Ronnie Liu bersama anwar, dengan mendedahkan rahsia sebenar kematian TBH dan Patrick Yong.
Lekas-lekas lah bongkar rahsia di atas ni, sebelum keputusan
PRU 13, jadi orang ramai “ Bila buka tempayan budu, barulah tahu.”

Khan is King said...

Tak kiralah dari RPK kah atau siapa sahaja sekiranya ia melibatkan jenahyah dan sudah ada orang yang sanggup membongkarnya siasatan perlu dilakukan dengan segera.

Hisham hang tunggu apa lagi. Betul ka semua ini.