Friday, February 17, 2012





DAP sudah tentu tidak mempunyai masalah untuk turut sama menetapkan pendirian seperti Anwar Ibrahim dalam mengiktiraf kewujudan Israel melalui 'two state solution'. Tinggal lagi PAS perlu dijinakkan untuk turut sama mengiktiraf kewujudan Israel sebagai negara berdaulat.

Walaupun umum mengetahui Hadi Awang dan Nik Aziz sudah menyatakan pendirian masing-masing malah mengharamkan pengiktirafan Israel sebagai negara berdaulat, parasit-parasit dalam PAS masih lagi menunggu isyarat dari Anwar Ibrahim sebelum mula menyatakan pendirian 'kedua' dari PAS.

Rakyat perlu tahu mengapa Anwar Ibrahim hanya akan menemui Nik Aziz pada Isnin hadapan. Sesi melobi Nik Aziz kini sedang giat berjalan dalam PAS oleh parasit-parasit parti. Hadi Awang tidak perlu dilobi kerana jangka hayat politik beliau sudah pun berakhir. Mat Sabu kini hanya tersenyum menunggu masa untuk dinobatkan sebagai Presiden parti.

Maka sempurnalah penguasaan parasit-parasit Anwar Ibrahim dalam PAS ...




Rakyat perlu melihat apa yang tersirat disebalik pujian melambung Michael Ordman, wartawan Jerusalem Post yang begitu bangga dengan pendirian Anwar Ibrahim mahu mengiktiraf kewujudan negara Israel.


Anwar Ibrahim secara jelas akan membuka pintu rundingan diplomatik dengan Israel jika ditabalkan sebagai Perdana Menteri, sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya umum kelak.

Amat mustahil bagi Israel untuk memuji sebarang tindakan dari Malaysia lebih-lebih melibatkan nama seorang pemimpin seperti Tun Dr Mahathir yang cukup tegas menolak kewujudan Israel. Anti Semitik dan Anti Yahudi gelaran terulung Zionis terhadap Tun Dr Mahathir. Begitu juga dengan bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor.


Kedua-dua bekas pemimpin parti ini telah menyatakan pendirian yang sama, tidak sama sekali akan mengiktiraf kewujudan negara Israel. Mengapa Anwar Ibrahim mahu membuka pintu rundingan diplomatik dan mengiktiraf kewujudan Israel sebagai negara berdaulat?





Rakyat tidak perlu terlalu pening dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang berbolak balik dan berbelit-belit. Apabila Anwar Ibrahim menyokong melindungi keselamatan negara Israel bermakna Anwar Ibrahim sebenarnya menganut ideologi Zionis.

Keselamatan Israel adalah agenda utama dan ideologi Zionis yang menggunakan isu keselamatan untuk menguasai kawasan persekitaran dan menghalalkan apa yang telah dilakukan sepanjang 63 tahun ke atas rakyat Palestin. Ini adalah fakta.

Mengapa pada awalnya Anwar Ibrahim berdiam diri dari mengiktiraf kewujudan Israel dalam temuramah bersama Wall Street Jornal, kini secara terbuka mahu mahu membuka pintu rundingan diplomatik dan mengiktiraf kewujudan Israel sebagai negara berdaulat?

Rakyat perlu tahu permainan politik belakang tadbir Anwar Ibrahim ...




Anwar Ibrahim berbohong dan pembohong besar apabila mengatakan pengiktirafan terhadap Isreal itu dibuat berasaskan kepada kehendak rakyat Palestin sendiri yang mahu mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada mereka seperti yang dipersetujui Hamas dan Fatah.

Realitinya, Hamas dan Fatah tidak pernah sekalipun bersetuju mahu mengiktiraf kewujudan negara Israel ...


Fatah official Nabil Shaath on Monday said the new the new interim Palestinian Authority government to be headed by Mahmoud Abbas "need not recognize Israel."

"It is the PLO, not the PA, that recognizes Israel," Shaath insisted in an interview with the Hamas-affiliated Arabic-language Al Quds. Shaath was attempting to justify forming a unity government with Hamas, which continues to call for Israel's destruction.



Begitu juga dengan tuduhan liar Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Malaysia telah lama menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel. BN dan UMNO dituduh sebaga rakan dagang Israel ke-15 terbesar. Hakikatnya kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan dagangan bersama Israel.


Realitinya, syarikat-syarikat persendirian negara ini yang mempunyai hubungan dagang dengan syarikat-syarikat persendirian di Israel, bukan diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Israel. Anwar Ibrahim sepatutnya lebih bijak dari menuduh melulu semata-mata mahu menutup kecabulan mulutnya yang mengiktiraf negara Israel.

PAS kini berada di persimpangan sama ada mahu turut mengiktiraf dan bersetuju dengan pendirian Anwar Ibrahim ataupun tidak. Bersetuju dengan pendirian Anwar Ibrahim bermakna PAS akan mengiktiraf secara rasmi kewujudan negara Israel.



1 comments:

Bengkerk said...

Melihat kembali akan pendirian Mursidul Am 'sanggup berkawan sekalipun dengan Syaitan' dan ditambah pula dokongan parasit-parasit pro-Anwar dalam Pas, besar kemungkinan Pas akan turut serta.