Wednesday, February 22, 2012






Satu lagi perkara, Anwar telah bangkitkan isu soal dengan cuba menyerang kerajaan dengan mengatakan bahawa apa yang dikatakannya itu sama seperti pendirian kerajaan Malaysia.

Walaupun kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kita ada hubungan perdagangan dengan Israel.

Saya mahu menyatakan kerajaan Malaysia ada satu polisi dan pendirian yang jelas bahawa kita tidak ada hubungan politik dan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun sebagai ahli Parlimen saya sedar bahawa ada perdagangan di antara kedua-dua negara.

Tetapi perdagangan itu adalah diantara syarikat, contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang memerlukan bahan mentah dan tidak boleh diperolehi dari negara-negara lain.

Syarikat ini terpaksa impot dari Israel sebab ada syarikat yang tidak dimiliki oleh rakyat mahupun negara Israel yang berpengakalan di situ, contohnya, Intel.

Intel mempunyai kilang di Israel yang menyediakan bahan untuk membuat mikrocip, semi-konduktor atau bahan untuk dibuat peralatan komputer. Intel yang berpengkalan disini terpaksa impot dari Intel (yang berpengkalan di Israel). Kelonggaran ini telah diberi.


Namun saya ingin memaklumkan Anwar Ibrahim jangan hipokrit dalam hal ini. Hari ini dia kata kerajaan Malaysia membenarkan perdagangan dengan kerajaan Israel, seolah-olah beliau tidak tahu.

Saya mahu umumkan disini bahawa kawalan terhadap perdagangan dengan Israel dikawal dibawah Akta Kastam. Kastam berada dibawah Kementerian Kewangan.

Kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat-syarikat di Israel dibuat pada tahun 1996 oleh jemaah Menteri.

Jika sebelum itu kita tidak boleh berdagang dengan Israel. 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.

Kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia melakukan perdagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya Menteri yang membenarkan perkara ini.

Saya berharap perkara ini diketahui umum bahawa Malaysia berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini satu keperluan dari segi globalisasi.


Tetapi kalau beliau (Anwar Ibrahim) kata dia tak tahu dan dia serang kerajaan Barisan Nasional atas 'point' tersebut, beliaulah Menteri yang meluluskan pindaan tersebut. Jadi beliau tidak boleh berkata perkara ini dilakukan oleh kerajaan BN tanpa pengetahuan beliau sendiri.

Itu soal perdagangan, tetapi soal sokongan, politik, sokongan terhadap keselamatan Israel apa sahaja tindakan termasuk pembunuhan rakyat Palestin.

Kalau Israel, beliau (Anwar Ibrahim) akan memberi justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin, itu yang Anwar Ibrahim sokong.

Kita hanya berdagang dan ianya berbeza dari sokongan politik. Itu diantara syarikat antarabangsa dengan syarikat antarabangsa. Tetapi ini adalah sokongan politik.

Beliau (Anwar Ibrahim) 'support all efforts' termasuklah membunuh rakyat Palestin untuk menjaga keselamatan Israel. Itu yang disebut. Berbeza sebenarnya sokongan politik dengan kebenaran perdagangan, cukup jauh beza.

Dan jika dia kata tidak tahu tentang perdagangan ini, dialah Menteri yang telah meluluskannya pada tahun 1996.



4 comments:

Anonymous said...

Padan muka no Nuar, kakakaka kesian pencacai2 taik pr

Anonymous said...

Good work Khairy

Anonymous said...

tuan blog, adalah lebih baik kalau ada bukti yg lebih kukuh pasal benda ni, kalau ada video perbahasan dlm parlimen, lagi best.

Anonymous said...

ANWAR LULUSKAN SEMASA ANWAR DIDALAM UMNO, MAHATHIR PUN X HALANG KERANA MEMBERI PELUANG LEBIH KEPADA UMNO SAMPAI SEKARANG, ZAMAN PAK LAH N NAJIB X PULAK DI BATALKAN PINDAAN INI, NAJIB XDE KUASA KE NAK HALANG HUBUNGAN DAGANG DGN ISRAEL? BAGAIMANA PULA WANG SEDEKAH UMNO KEPADA APCO?