Monday, February 20, 2012








Bekas pekerja Kumpulan Semesta Sdn BHd (KSSB) mulai membuka segala pekung yang terpendam dalam isu penyelewengan rasuah pasir di Selangor.

1) Bekas pengurus keselamatan, Azmi Mohd Isa
Dipecat setelah melakukan siasatan dan melaporkan kepada pihak pengurusan kontraktor-kontraktor dilantik mengorek pasir diluar zon yang dibenarkan.

2) Bekas pekerja yang dikenali sebagai Ng
Dipecat kerana melaporkan kepada pihak pengurusan kontraktor-kontraktor yang dilantik tidak mengisytiharkan jumlah metrik tan pasir yang diambil. Ng turut dituduh tanpa bukti menceroboh sebuah kabin di sebuah lombong pasir sebelum dipecat.

3) Bekas penyelia, Halim
Dipindahkan ke sebuah lombong pasir terpencil sebelum ditamatkan perkhidmatan kerana melaporkan kepada pihak pengurusan terdapat aktiviti haram oleh kontrakot-kontraktor dilantik.



Tidak menghairankan jika Noh Omar berkata beliau mempunyai fakta dan bukti kukuh berlakunya penyelewengan rasuah pasir oleh KSSB, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri PKR.






Begitu juga dengan laporan polis dan Akuan Bersumpah bekas pekerja KSSB yang mendedahkan berlakunya kepincangan dan penyelewengan rasuah pasir di Selangor.

Nyata isu penyelewengan dan rasuah pasir di Selangor dibawah kerajaan negeri PKR sememangnya berlaku.





Tidak salah dikatakan juga pendedahan oleh bekas pekerja KSSB ini mampu mengesahkan syarikat ini sudah menjadi nadi penggerak aktiviti dan kegiatan haram PKR dan DAP dalam merompak hasil kekayaan Selangor. 

KSSB juga sudah menjadi nadi bagi menghalalkan kronisme dan nepotisme dalam Pakatan Rakyat.





GWM yakin rakyat sudah membuka mata dengan seluas-luasnya mengapa Khalid Ibrahim cuba untuk menutup penyelewengan dan kebobrokan kerajaan negeri PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor, dengan menidakkan hak untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.


Suruhanjaya Siasatan DiRaja dalam isu pasir perlu ditubuhkan segera untuk mendedahkan penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dibawah PKR.

Tiga perkara pokok bakal dibongkar jika Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dan kes ini mula dibicarakan

1) Rasuah dan penyelewengan dalam KSSB dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

2) Rahsia rampasan tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) bernilai RM250 juta oleh kerajaan negeri PKR.

3) Terbongkarnya dalang kes pembunuhan Patrick Wong sebagai pemberi maklumat kepada Raja Petra Kamaruddin.



2 comments:

Anonymous said...

keselamatan 9 org ni patut dijamin.kes bunuh dan buang dr bangunan menjadi2.mmg angkara gangster di selangor.

Anonymous said...

Ternyata ada penyelewengan yang disembunyikan ...

Semuanya diselindungkan oleh Exco Yaakop Sapari dan YB Suhaimi ..

Dari Sembilan itu ada Bekas Major dan Kepten yang merupakan pesara Angkatan Tentera Malaysia ..

Halim bekas polis, tidak disambungkan kontrek baru baru ini.. sebelum itu ditugaskan menjaga Sungai Rasau tempat Bugis Holding mengorek sungai sampai hancur dan jahanam dgn menggunakan excavator!!!

Bugis Holding itu milik bini muda Raja Kamaruddin aka Raja Komando .. dulu kroni anu war al juburi, sekarang sedang mengendeng Noh Omar pula ..

Oleh kerana kontrektor yang dilantik terdiri dari kroni tegar yang tak makan saman, maka susahlah kumpulan petugas bawahan dan pertengahan untuk melaksanakan tugas. Kalau lebih2 bertindak bakal menerima "arahan untuk berkemas" dari pihak atasan.

Dulu hasil sungai dan lombong tinggal 'dicuri' oleh orang kampung setempat, tetapi sekarang hasil sungai dan lombong itu disapu oleh orang luar dengan syarat ada habuan untuk YB berkenaan dari hasil 'rompakan' ...

>>AMK Subang.