Wednesday, February 1, 2012


KUALA LUMPUR, 1 Feb - Program Walkabout Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan di Parlimen Wangsa Maju disambut laungan reformasi dari masyarakat yang majoriti dari kaum Tiong Hua menanti kehadiran beliau sejak pagi tadi.

Beliau turut berkata kadar elektrik di seluruh negara akan diturunkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum, di sini. Anwar dijangka akan meneruskan walkabout bersama rakyat di Parlimen Setiawangsa selepas ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sessi program Walkabout bersama rakyat di Parlimen Segambut bersempena sambutan Hari Wilayah.

Dalam ucapan ringkas kepada hadirin, Anwar turut mengulangi janji kepada rakyat bahawa harga minyak akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum nanti.




Ada sesuatu yang cukup menarik dalam program Walkabout Tuan Haji Anwar Ibrahim hari ini. Empat kawasan parlimen yang menjadi tumpuan utama adalah Parlimen Segambut, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Lembah Pantai.

Lebih menarik lagi tumpuan utama walkabout Tuan Haji Anwar Ibrahim ini adalah kawasan yang dihuni kaum Cina.

Belum lagi bermula pilihanraya umum, sudah ada dua janji besar, sekali lagi dilambung bagi menarik sokongan kaum Cina ... minyak dan kadar elektrik. Kedua-dua janji dibuat di dua kawasan Parlimen berbeza. Penurunan harga minyak di Segambut, penurunan kadar elektrik di Wangsa Maju.

Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin kalut dengan populariti dan penerimaan kaum Cina terhadap DS Najib ... ini adalah hakikat!




Pakatan Rakyat sudah lama mendapat 'signal' empat kerusi Parlimen bakal hilang dan terbang kembali kepada Barisan Nasional; Lembah Pantai, Titiwangsa, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak.

Majoriti penduduk di parlimen ini adalah terdiri orang Melayu dan kebanyakannya sudah kembali 'swing' kepada BN selepas undi protes sejak pilihanraya umum ke-12. Tuan Haji Anwar Ibrahim cukup sukar menerima berita kehilangan empat kerusi parlimen.

Lebih-lebih lagi parlimen Pantai Dalam semakin menolak PUTERI LIBERALIWAT yang sudah dicop tidak banyak menolong penduduk setempat. Rakyat lebih gemar mendapatkan pertolongan dari Raja Nong Chik. Krisis dalaman PKR Lembah Pantai lebih banyak membogelkan PUTERI LIBERALIWAT sebagai ahli Parlimen dengan program syok sendiri.




Apa yang lebih menggusarkan Tuan Haji Anwar Ibrahim adalah penerimaan kaum Cina terhadap Najib. Ini adalah bahaya paling besar dalam karier politik RAJA LIBERALIWAT. Majoriti pengundi yang memenangkan Pakatan Rakyat di parliemn Wilayah Persekutuan pada PRU 12 adalah kaum Cina!

Bagi masyarakat Cina cukup mudah ... bisnes berjalan dengan baik, komitmen kerajaan terhadap komuniti ahli perniagaan masyarakat Cina adalah tanda aras terbaik undi akan kembali 'swing' terhadap BN. Pakatan Rakyat sudah nampak impak yang cukup besar bakal berlaku.

Dan lawatan turun padang Najib di beberapa parlimen sekitar Wilayah beberapa minggu yang lalu, sudah cukup menjadikan para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP semakin melompat dengan karenah Tuan Haji Anwar Ibrahim yang lebih banyak memperjuangkan agenda peribadi berkaitan dengan undang-undang homoseksual dan sokongan terbuka terhadap regim zionis.




Tuan Haji Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terpaksa mencanang Najib cuba membeli undi dan sokongan kaum Cina dengan berbagai janji yang ditaburkan.

Tuan Haji Anwar Ibrahim juga terlupa bahawa hari ini dua janji besar sudah beliau taburkan kepada kaum Cina ... penurunan harga minyak dan kadar elektrik.

Soalnya bagaimana beliau mahu menurunkan harga minyak dan kadar elektrik? Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah tidak boleh lagi melakarkan retorik menurunkan harga minyak. Janji PU 12 masih belum disempurnakan oleh Pakatan Haram ini.

Tuan Haji Anwar Ibrahim sendiri pernah meretorikkan beliau akan menurunkan subsidi bagi meningkatkan daya saing ...

Rakyat perlu tahu penetapan harga minyak oleh kerajaan adalah berdasarkan kepada formula harga minyak antarabangsa. Apabila harga minyak setong naik, kerajaan perlu mengimbangi subsidi dengan kenaikan harga minyak. Semakin tinggi harga minyak di pasaran antarabngsa semakin tinggi kerajaan dibebankan dengan subsidi untuk turut mengelakkan harga barangan kawalan dari naik mendadak.

Berapa lama Tuan Haji Anwar Ibrahim mampu mengekalkan rentak retorik penurunan harga minyak dan kadar elektrik kepada masyarakat Cina. Kaum Cina pun bukan selalu boleh diperbodohkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.
















4 comments:

Anonymous said...

APASALH ANWAR TAK ARAHKAN KERAJAAN DI EMPAT BUAH NEGERI TU TURUNKAN HARGA MINYAK DAHULU??? LGE BOLEHMENGARAHKAN KER? KASI TURUNLAH TIU HARGA ELEKTRIK..DAI OLANG SEKARANG DI PULAU PINAN GITU DENDA CUKAI PINTU SULAH NAIK DARI RM1 KEPADA RM 5 MAAA...OIII ANWAR HARAMI AWAT TAK HABAK KAT LGE TURUNKAN DENDA TU??? SIALAN BETUL.

Anonymous said...

HELLOO MR SIVAGI THE BOSS SUDAH TURUN MALKABOUT. NAK IKUT MACAM DATO NAJIB TERLALU JAUH SEKALI. NAJIB MEMBANTU RAKYAT DENGAN MANDAT YAN GDIBERIKAN TETAPI ORANG LIAN MAIN BUNTUT RAKYAT WALAUPUN DAH ADE MANDAT. PUSIGN SATU DUNIA..PUSNG SATU MALAYSIA MAKAN GAJI BUTA. PM SIANG MALAM TERPAKSA FIKIRKAN APA YAN GTERBAIK UNTUK RAKYATNYA. THANK U DS NAJIB.

Wake UP! said...

Makan jelah babi panggang. Tu pun akan membuatkan Cina undi Al Jub.

Nam Ron said...

Gua mau telanjang bogel kalu Umno-BN dapat balik kerusi PKR kat KL ni!...kahkahkahkah