Sunday, February 26, 2012




Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.




Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.




Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal.



Rasanya tidak perlu untuk Badrul Amin bercakap terlalu banyak dan hanya sekadar membuat penafian. Lebih baik beliau mengambil tindakan mahkamah ke atas mana-mana media yang dianggap beliau cuba memutarbelitkan kejadian tersebut.

Lebih baik lagi jika Badrul Amin mengambil tindakan saman ke atas Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz yang mengesahkan penangkapan beliau oleh pegawai penguatkuasa JAIP di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi.

Jika mahu menyelamatkan diri, adakan sahaja sidang media bersama media luar negara dengan menyatakan kejadian ini adalah konspirasi tertinggi UMNO ...

Apahal jumpa bini orang jam 3.00 pagi di bilik hotel? Mahu pecah rekod Mat Sabu gamaknya ...



1 comments:

Anonymous said...

kikikikik....no komen